Petua Menghilangkan Bau Badan (Bahagian 2)

Masih banyak cara dan petua turun temurun yang boleh diamalkan untuk menghilangkan bau badan supaya anda dapat tampil dengan lebih berkeyakinan tanpa bau yang kurang menyenangkan.

Bahagian 2 Petua Menghilangkan Bau Badan mendedahkan beberapa petua yang boleh anda cuba. Namun, masih banyak lagi petua yang belum dikupas.

6. Cuka Putih

6. Cuka Putih

Caranya:

  • Titiskan sedikit Cuka Putih pada kapas lembut, kemudian sapukan pada kawasan bau badan seperti ketiak.
  • Titiskan terus Cuka Putih pada bahagian badan yang berbau.
7. Daun Selasih atau nama saintifiknya Ocimum basilicum

7. Daun Selasih atau nama saintifiknya Ocimum basilicum

Caranya:

  • Mudah. Dengan hanya menguncah beberapa helai Daun Selasih segar setiap hari.
8. Daun beluntas atau nama saintifiknya Pluchea indica

8. Daun beluntas atau nama saintifiknya Pluchea indica

Caranya:

  • Sama seperti daun selasih, Daun Beluntas juga boleh di makan setiap hari.
9. Bunga kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior

9. Bunga kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior

Caranya:

  • Sapukan Bunga Kantan pada kulit ketiak, lipatan bawah lutut, lipatan lengan, dan leher (jika perlu) selama 10 minit. Kemudian lap dengan kain basah bersih.
10. Tawas atau nama saintifiknya Alum

10. Tawas atau nama saintifiknya Alum

Caranya:

  • Salah satu cara yang patut dicuba adalah dengan mengunakan Tawas seperti mana yang sudah lama dipraktikkan oleh ramai orang. Caranya pun cukup mudah iaitu hanya dengan menggosokan Tawas pada ketiak secara teratur setiap kali anda mandi.
11. Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon dan Limau Kasturi

11. Serai atau nama saintifiknya Cymbopogon dan Limau Kasturi

Caranya:

  • Ambil beberapa batang Serai dan buah Limau Kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandi dengan air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu.
12. Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan

12. Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan

Caranya:

  • Rebus secekak Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini 3 kali seminggu.
13. Beras

13. Beras

Caranya:

  • Goreng segenggam Beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 15 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

17. Lumpur

14. Lumpur

Caranya:

  • Mungkin ini adalah cara paling terdesak namun berkesan. Anda boleh menggunakan Lumpur dengan menyapu pada tempat punca bau badan seperti ketiak, kemudian biarkan ia kering. Selepas itu basuhnya. Kaedah ini adalah untuk menghilang dan menanggalkan sel kulit yang mati dan kesan peluh yang lama. Semua ini adalah faktor berlakunya masalah bau badan.
15. Hampas Teh

15. Hampas Teh

Caranya:

  • Gosokkan Hampas Teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama pada ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya 3 kali seminggu.
17. Hampas Kelapa

16. Hampas Kelapa

Caranya:

  • Lumurkan Hampas Kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

petua

17. Jus Lemon atau nama saintifiknya Citrus

Caranya:

  • Jus Lemon ataupun jus limau mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi. Oleh kerana itu, ia boleh dijadikan satu kaedah untuk menghilangkan bau badan dengan cepat dengan hanya sapukan jus pada ketiak ataupun kaki.
  • Anda boleh juga boleh menuangkan sedikit jus ke atas kain dan kemudian sapu, ataupun menggunakan potongan buah lemon/limau secara terus ke atas tempat yang berbau. Namun hati-hati jika anda memiliki kulit sensitif.

Kesimpulan

  • Terdapat banyak cara untuk menghilangkan bau badan. Semua senarai diatas telah diuji dan mendapat maklum balas yang baik daripada semua orang mencubanya.
  • Sekiranya anda mengalami sebarang masalah yang berkaitan ataupun cadangan, silalah meninggalkan komen di bawah.
  • Jika anda mendapat manfaat daripada entri ini, mohon kongsi dengan ahli keluarga dan teman-teman. Semoga semua mendapat manfaat dan anda juga beroleh pahala. Insya-Allah.

 -Sekian-

Shares

Leave a Reply