Petua Menghilangkan Bau Badan (Bahagian 1)

Bau badan memainkan peranan penting terhadap apa yang dikatakan “first impression”. Jika bau badan kita tengik atau bahasa lebih sopan adalah kurang menyenangkan , orang di sekeliling kita mungkin akan memandang serong atau menjauhkan diri (hmm malas nak layan) dan kepada mereka yang mulut celupar, mungkin akan “sound direct” sehingga boleh menjatuhkan maruah serta air muka kita.

Tidak kiralah siapa kita, bau badan yang kurang menyenangkan adalah satu masalah hingga boleh membuatkan kita lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri dari orang lain ibarat kera sumbang. Bau badan juga boleh mengekang diri kita dari menonjol berbanding orang lain walaupun kita mempunyai banyak kelebihan lain. Jom kita atasinya dengan cara berkesan.

 

Terdapat beberapa punca bau badan:

  1. Mandi tidak tidak bersih atau orang kampung panggil mandi kerbau. Pakai jirus je tanpa bersabun. Kononnya nak cepat.
  2. Kurang menjaga kebersihan diri. Contoh, bulu ketiak mungkin panjang berjela…Pengotor!!!
  3. Pakai baju sama untuk tempoh lama (mungkin malas nak basuh baju kot).
  4. Makanan juga adalah penyebab bau badan seperti bawang putih, bawang merah, makanan pedas, kari dan sebagainya jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.
  5. Masalah penghadaman dan berat badan berlebihan (kegemukan).
  6. Faktor genetik yang berkaitan kelenjar peluh menyebabkan peluh keluar secara berlebihan.

 

Terdapat beberapa tips kebiasaan atau lebih moden untuk mengatasi bau badan:

  1. Mandi lebih kerap. Mungkin tiga atau empat kali sehari. Jika tidak berkesempatan kerana seharian bekerja. Mandilah dengan sebersih-bersihnya termasuk shampoo kepala, sabun seluruh anggota badan, kemudian bilas. Jangan berlebihan sehingga ambil masa sampai sejam.. Itu membazir namanya..
  2. Gunakan sabun antiseptik kerana ia mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan berbanding sabun wangi yang biasa.
  3. Tukar pakaian lebih kerap.
  4. Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh supaya bakteria tidak bercampur dengan peluh yang menjadi penyebab bau kurang menyenangkan.
  5. “Trim” bulu ketiak kerana bulu ketiak yang panjang, jika bercampur dengan bakteria boleh menyebabkan orang lain kat sebelah pitam dek penangan bau tengik, hapak dan busuk.
  6. Gunakan deodoran dan pewangi mengikut bau yang difikirkan sesuai dan selesa dengan anda.

 

Walaupun terdapat pelbagai cara moden dan kebiasaan, namun petua turun-temurun paling best dan kosnya lebih rendah. Adakalanya tidak perlu beli pun, ambil belakang rumah saja.

bau badan

1. Daun Sireh atau nama saintifiknya Piper betle.

Caranya:

  • Rendam 2-3 helai daun sireh dalam setengah gelas air panas. Kemudian, masukkan 1 sudu teh gula dan biarkan suam. Asingkan daun sireh kemudian diminum. Amalkan 2-3 kali seminggu.
  • Untuk menyegarkan badan pula, rebus daun sireh secukupnya untuk dibuat mandian.

 

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Roscoe

2. Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Roscoe

Caranya:

  • Halia segar boleh dapat menghilangkan bau badan dengan cara meminum air halia yang dikisar atau untuk lebih enak boleh dicampur dengan minuman lain seperti teh halia.

 

3.Limau Nipis atau nama saintifiknya Citrus aurantifolia

3. Limau Nipis atau nama saintifiknya Citrus aurantifolia

Caranya:

  • Ambil dua biji limau nipis kemudian perah dalam mangkuk kecil. Selepas itu, masukan masukan sedikit kapur sireh dan kacau hingga sebati. Sapukan pada kulit ketiak dan bahagian kulit punca bau badan selepas mandi 2 kali sehari.

 

4.Bunga Cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum; Eugenia aromatic

4. Bunga Cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum; Eugenia aromatic

Caranya:

  • Rendam bunga cengkih dalam air biasa, kemudian gunakan air tersebut untuk disapukan ke kawasan penyebabbau badan.
  • Untuk tujuan minuman. Anda boleh rendamkan bungi cengkih secukup rasa dalam air suam, kemudian tambahkan sedikit gula sebelum diminum. Jangan terlebih bunga cengkih takut anda xtak mampu nak minum.

 

5.Timun / Mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus

5. Timun / Mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus

 

Caranya:

  • Potongkan sebatang timun menjadi beberapa bahagian. Kemudian tampal atau gosokkan ketiak selepas mandi.

 

BERSAMBUNG…

Shares

Leave a Reply