Petua Mengatasi Sakit Telinga

Assalamualaikum… Semua Pembaca…

 

Masa Tok Aki berusia belasan tahun,Tok Aki sering saki telinga tidak kira sebelah kiri atau kanan. Kadang-kadang sakit telinga datang tidak kira waktu lebih-lebih lagi ketika tarikh penting.

Pernah beberapa kali Tok Aki kena sakit telinga pada Hari Raya Aidilfitri. Masa itu, seingat Tok Aki berumur 16 tahun. Dek penangan sakit telinga Tok Aki tak dapat pergi beraya ke rumah sanak saudara. Terpaksalah Tok Aki merengkuk dalam bilik tidur.

sakit telinga

Sakitnya tidak boleh digambarkan. Telinga Tok Aki bengkak dan berair dan pendengaran juga berkurangan. Mujurlah tak sampai keluar nanah. Tok Aki pernah tengok rakan sekelas Tok Aki yang sering sakit telinga.

Gerun tengok sebab bukan saja bengkak malah ada lelehan nanah keluar dari telinga. Sudah pasti kesakitannya amat dasyat walaupun Tok Aki tidak pernah bertanya.

Masalah sering sakit telinga ni buatkan Tok Aki bimbang pendengaran akan terjejas apabila semakin berusia. Alhamdulillah… pada saat ini pendengaran Tok Aki masih jelas dan tidak bermasalah walaupun sudah berusia.

Tok Aki pasti sakit telinga ni jarang menyerang kita tetapi apabila terkena ia sudah pastinya sakit tidak tahan. Apabila tidur, kita hanya boleh tidur terlentang atau mengiring menggunakan bahagian badan sama ada kiri atau kanan.

Walaupun Tok Aki ni kurang arif dengan istilah moden, namun Tok Aki pasti sakit telinga disebabkan serangan kuman atau infeksi serta masalah berkaitan sarat.

Kadang-kadang Tok Aki fikir sendiri sebab Tok Aki ni ada satu tabiat iaitu suka mengorek telinga menggunakan pengorek telinga besi. Mungkin besi tidak bersih dan ada kuman yang menyebabkan telinga Tok Aki bermasalah.

Tok Aki bukan apa, Tok Aki ni jenis yang jaga penampilan dan tak suka benda-benda yang tak bersih. Mesti kita pernah lihat rakan-rakan yang mana kurang jaga penampilan sehingga dekat lubang telinga ada ‘bahan buangan’. Tok Aki memang tak suka macam tu.

Justeru, sakit telinga ini sebenarnya berpunca dari sikap kita sendiri dan sudah pasti kita juga sudah tentu ada yang kurang pengetahuan bahawa sakit telinga ni boleh dirawat secara tradisional dan tidak semestinya bergantung kepada ubat titis yang dibekalkan oleh hospital dan klinik.

 

Petua : Minyak Zaitun

Mungkin bunyinya agak pelik kerana anda perlu menitiskan minyak zaitun dalam telinga. Itulah hakikatnya, memang benar dan sudah diamalkan oleh nenek moyang kita dulu. Perlu dingat, jangan gunakan minyak lain selain minyak zaitun.

Terdapat banyak manfaat minyak zaitun yang mana kita juga boleh menelaahnya dalam internet atau mungkin boleh bertanya kepada orang tua kita.

Ia berguna untuk mengatasi pelbagai masalah termasuk mencegah penyakit Strok, Kanser, merawat rambut, mengawal tekanan darah dan selaras dengan apa yang dibincangkan dalam entri ini adalah merawat sakit telinga.

Caranya mudah. Cuma panaskan minyak zaitun dan apabila suam titiskan beberapa titik ke dalam telinga untuk mengurangkan bengkak.

 

Selamat mencuba..

 

Sekian…

Shares

Leave a Reply