Petua Mengatasi Masalah Pedih Ulu Hati atau Gastrik

Assalamualaikum…. Semua Pembaca…

Hari ini, Tok Aki beristirehat di rumah kerana tiada apa-apa aktiviti yang boleh dilakukan. Nak joging rasa malas dengan cuaca sekarang yang agak panas dan bahang.

Jadi Tok Aki putuskan untuk berehat saja di rumah sambal menikmati teh hijau yang isteri sediakan sambal menonton televisyen.

Sambil duduk lepak bersama isteri di depan televisyen hari ini, Tok Aki teringat kisah lama sewaktu bertandang ke rumah anak Tok Aki di Kuantan, beberapa bulan lepas.

Al-kisahnya, tengah Tok Aki dok bercerita dengan anak-anak dan cucu Tok Aki di ruang tamu, baru Tok Aki perasan yang menantu perempuan Tok Aki tidak bersama.

Tok Aki tanyalah anak isterinya tak sihat ke?. Rupa-rupanya, jawab si anak Tok Aki, isterinya kena Gastrik atau Pedih Ulu Hati. Sebab tu la dia tak bersama kami semua.

Pedih Ulu Hati

Masa tulah Tok Aki bertanya anak keadaan menantu Tok Aki… Dia kata Gastrik tu biasa untuk isterinya dan adakalanya terpaksa menahan sakit dan bergantung pada ubat… Lebih buruk lagi ketika bulan Ramadan..

Tok Aki marahkan anak kerana berat mulut menanyakan rawatan atau petua untuk atasi masalah yang dihadapi isterinya.. Sedangkan Tok Aki banyak petua untuk dikongsikan.

Jadi dengan ringan tangan sambal menonton TV, Tok Aki mencapai komputer riba untuk berkongsi Petua Mengatasi Masalah Pedih Ulu Hati atau Gastrik bersama pembaca yang Tok Aki hormati.

Petua 1 : Kurma dan Susu Kambing

Kedua-dua sumber khasiat ini boleh didapati dengan mudah. Tinggal usaha untuk mencari atau membiarkan Gastrik berterusan. Caranya amat mudah, dengan hanya mencampurkan Kurma dengan Susu Kambing. Lebih elok jika, Kurma itu dikisar terlebih dulu pada kuantiti yang dirasakan cukup untuk segelas Susu Kambing. Cuba amal meminumnya 2 kali sehari.

Petua 2 : Hempedu

Bunyinya agak pelik terutama bab Hempedu ayam… Sudah tentu pembaca juga seperti Tok Aki… Hempedu tentunya pahit… Apatah lagi memakannya… Bagi petua ini, Tok Aki harap pembaca yang mengidap Gastrik perlu kuat sedikit untuk menelan.

Caranya mudah, hiris Hempedu halus-halus kemudian jemur hingga kering. Selepas itu, tumbuk Hempedu yang dihiris tadi hingga lumat dan campurkan dengan air suam.. Amal meminumnya tiga kali sehari..

Petua 3 : Kunyit Hidup, Madu dan Kuning Telur

Ambil beberapa tongkol Kunyit Hidup (bersihkan terlebih dulu). Kemudian campurkan dengan sedikit air dan kisar dengan halus. Selepas itu tapis dan ambil airnya.

Kemudian, campurkan dengan sedikit Madu dan Kuning Telur sebelum meminumnya.

Petua 4 : Getah Betik Muda

Ambil beberapa titik Getah Betik Muda dan campurkan dengan air suam. Amalkan meminumnya pada waktu pagi selepas sarapan pagi.

Semua petua yang Tok Aki kongsinya bergantung kepada izin Allah. Namun, tabiat seharian kita juga perlu diubah termasuk makan dengan teratur iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan malam mengikut kadar dan gizi yang sesuai. Tok Aki juga ingin berpesan kepada perokok supaya hentikan tabiat tidak berfaedah untuk mendapatkan kehidupan lebih menyihatkan.

Selamat mencuba…

Sekian

Shares

Leave a Reply