Petua Atasi Sembelit

Assalamualaikum….Semua Pembaca…

Tok Aki kembali untuk berkongsi petua bermanfaat kepada semua. Tok Aki ni sudah tua, banyak pengalaman dan petua yang boleh dikongsi sebelum tutup mata. Kalau simpan pun tiada guna. Kan lebih elok jika petua yang ada dikongsi. Semua orang boleh cuba dan kongsikan kepada yang lain pula…

Semalam, Tok Aki tak lena tidur sebab cucu sulung Tok Aki berumur 3 Tahun alami masalah sembelit. Kesian cucu Tok Aki, nak teran tak keluar, sakit pulak tu..

Tok Aki pula yang terlebih risau sampai tak boleh nak tidur kerana menjaga cucu Tok Aki ni.. Cucu sulung Tok Aki ni lebih rapat dengan Tok Aki. Kalau ada apa-apa Tok Aki yang dicari dulu.

Bila dah kena pada cucu kesayangan, apa lagi Tok Aki pun naik risau dan pening. Kalau kena pada orang dewasa boleh lagi kawal. Tapi ni kanak-kanak kecil.Kesian…Tok Aki faham ia memang menyakitkan.

sembelit

Nasib baik, Tok Aki ada cara untuk atasinya. Berkat belajar dari orang-orang tua dulu. Jadi entri kali ini Tok Aki nak kongsi petua atasi sembelit tetapi kali ini khusus untuk dewasa. Untuk kanak-kanak atau bayi, nanti Tok Aki kongsi lain masa ye…

Biarlah Tok Aki bercerita sedikit penyebab kepada sembelit. Pertama, kurang minum air; Kedua, makan makanan kurang serat tetapi meilih untuk makan makanan berlemak; Ketiga, kurang bersenam; Keempat, masalah berkaitan hormon.

Petua 1: Banyakkan Minum Air Suam

  • Petua paling mudah dan senang disediakan. Bagi yang menghadapi sembelit, mereka boleh meminum sekurang-kurangnya 10 gelas air suam sehari. Semua sedia maklum, air adalah cecair atau pelincir terbaik untuk mencuci bukan hanya sisa toksid dalam badan malah bahan buangan.

Petua 2: Pisang

  • Sediakan beberapa Pisang Abu. Bukan makan begitu saja dengan kulitnya dibuang. Tapi pembaca yang berdepan masalah sembelit boleh bakar pisang dengan kulitnya sekali menggunakan api yang kecil. Bakar sampai kulitnya gelap, jangan sampai hangus. Selepas siap bakar, makan isinya, jangan makan sekali kulitnya. Semua tahu pisang juga seperti betik dapat membantu melawaskan sistem perkumuhan manusia.

Petua 3: Makanan Serat Tinggi

  • Jika anda menghadapi masalah sembelit, Tok Aki nasihatkan makanlah buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan mempunyai serat tinggi. Elakkan memakan makanan berlemak tinggi.

Petua 4: Senaman

  • Senaman tidak hanya menyihatkan badan, malah  dapat merenggangkan otot dan mengatasi masalah sembelit. Ia juga dapat meningkatkan kadar metabolism. Tapi Tok Aki nak pesan sikit, senaman dilakukan bukan untuk merawat sembelit saja. Tetapi perlu diamalkan selalu untuk mendapatkan badan yang sihat dan cergas.

Selamat mencuba…

Sekian….

Shares

Leave a Reply