Petua Atasi Masalah Lemah Badan

Badan adalah susuk penting setiap manusia kerana ia memainkan peranan yang sangat signifikan untuk melaksanakan pelbagai pekerjaan seharian.

body

Jadi, memiliki badan sihat, cergas dan bertenaga adalah sesuatu yang amat dikehendaki sesiapa saja supaya mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti rutin termasuk kerja di pejabat, kerja rumah, bersukan dan beriadah serta beribadat dengan lancar.

sado

Tiada gunanya seseorang memiliki bentuk badan montok tetapi tidak bermaya. Tidak guna juga memiliki bentuk badan yang didambakan semua orang baik lelaki atau wanita tetapi lesu ibarat pemain bola sepak yang tidak mampu beraksi selama 90 minit perlawanan.

 

Lemah Badan

Terdapat banyak faktor lemah badan dan cara mengatasinya:

 

  1. Pemakanan dan kurang minum air putih

Makanan memainkan peranan penting terutama dalam menjana tenaga kepada manusia untuk melakukan pelbagai aktiviti tidak kira yang biasa-biasa saja atau ekstrem. Cara pemakanan teratur mengikut waktu iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan malam mampu menjadikan badan kita tidak kehabisan tenaga.

piramidmakanan

Malah, ia perlu diselaraskan dengan makanan yang kita makan berdasarkan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.

Badan kita memerlukan karbohidrat merangkumi gandum dan nasi, protein (ikan, ayam dsb) dan vitamin (terdapat dalam buah-buahan) untuk mencerna tenaga yang diperlukan sepanjang hari.

Namun, jika makan berlebihan juga menyebabkan badan kita lemah. Jadi makanlah sekadar mencukupi atau lebih afdal lagi kalau kita mengikut Sunnah Nabi iaitu ‘makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang’.

Cuba elakkan makan makanan segera seperti jeruk, ‘fast food’ yang belum tahu lagi sejauh mana khasiatnya. Lebih elok jika anda memasak sendiri makanan anda kerana ia diyakini lebih berkhasiat.

index

Petua berguna mengikut amalan turun-temurun dan Sunnah adalah, jangan campur makanan. Contohnya, jangan makan makanan laut dan darat serentak kerana ada sesetengah makanan akan menghasilkan asid bahaya jika bercampur.

Adalah baik jika kita amalkan diet Sunnah termasuk makan buah tamar atau kurma yang mempunyai pelbagai khasiat seperti unsur karbohidrat, protein , serat, lemak dan zat logam.

Selain maknanan, minuman juga amat diperlukan badan kita. Jadi, air putih juga memainkan peranan penting untuk tubuh manusia. Sebab itulah kita digalakkan meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.

air

Minuman ini walaupun tiada rasa, namun memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuk menyegarkan tubuh badan, menguruskan badan, meningkatkan kesuburan dan melancarkan sistem pencernaan.

Lebih afdal sebelum minum bacalah Bismillah dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

 

  1. Tidur secukupnya (Jangan pula berlebihan)

tidur

 

Tidur mampu merehatkan badan kita yang keletihan selepas seharian bekerja. Tidur juga amat berguna untuk memperbaiki sel tubuh dan cara terbaik mengurangkan penyakit seperti demam dan selsema.

Tidurlah sebolehnya lapan jam sehari untuk mengembalikan tahap kondisi badan supaya lebih baik untuk menjalani rutin harian.

bangun tdo

Jika tidur berlebihan pula ia akan menyebabkan badan menjadi semakin lemah. Petua turun-temurun mengatakan elakkan tidur selepas waktu asar kerana pada waktu itu adalah lebih baik beriadah.

 

  1. Tekanan

stress

Tiada siapa di dunia ini dapat lari dari masalah dan tekanan. Cuma bergantung pada kita sama ada kita dapat mengawal tekanan seterusnya menyelesaikan masalah. Fikiran runsing akibat masalah sekali gus meningkatkan tekanan bukan saja menyebabkan kondisi badan tidak menentu, malah ia boleh menyebabkan kita mendapat penyakit berbahaya termasuk sakit jantung dan darah tinggi.

sakit jantung

Kawallah tekanan yang dihadapi dengan tenang. Jangan jadikan tekanan sebagai batu penghalang untuk anda maju ke hadapan.

Pesan orang-orang tua apabila menghadapi tekanan adalah kembalilah kepada Allah s.w.t. Banyakkan beristigfar ketika berada dalam kesusahan. Jagalah solat kerana dengan ibadat ini mampu menjadikan hati lebih tenang.

solat

Konklusi

Walaupun terlalu banyak produk untuk meningkatkan daya kecergasan badan di jual secara meluas di pasaran terbuka dan ada yang tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pokoknya kita harus kembali kepada fitrah kita sebagai manusia yakni dekatkan diri dengan Pencipta dan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan Sunnah.

doa

Kita juga tidak boleh tidakkan produk yang baik di pasaran. Namun, semua itu perlu dibayar dengan harga yang mahal. Mengapa perlu membazir duit sedangkan cara mengatasi lemah badan secara terang-terangnya sudah merangkumi sekalian kehidupan. Insya-Allah…

Shares

Leave a Reply