Petua Atasi Jerawat Secara Tradisional

Assalamualaikum…Semua Pembaca….

Tok Aki masih ingat masa muda-muda dulu masalah jerawat sering membelenggu kita. Bila muka berjerawat kita akan malu untuk bergaul kerana bimbang dikatakan mengabaikan penjagaan wajah sedangkan jerawat tumbuh bukannya atas kehendak kita.

Muka berjerawat bukan disebabkan kita tidak pandai menjaga wajah tetapi berkait dengan pelbagai faktor termasuk pemakanan yang kadangkalanya kita sendiri tidak sedar ia ibarat ‘baja’ untuk jerawat.

Adakala jerawat menyakitkan seolah-olah sakit gigi berdenyut-denyut. Lebih menyakitkan apabila tersentuh secara tidak sengaja.

Sudahlah muka Tok Aki ni tak berapa hensem, naik pula jerawat.. terus hilang keyakinan diri dan paling sadis dipandang serong oleh wanita..Pendek kata jatuh saham seketika.

jerawat

Memandangkan masalah jerawat adalah isu lazim bagi semua. Maka, ini adalah masa yang tepat untuk Tok Aki berkongsi tips menghilangkan jerawat secara tradisional.

Rawatan moden memang banyak di pasaran.. tetapi kita perlu tahu bahawa cara tradisional tidak kurang hebatnya untuk mengatasi masalah ini

Namun, adalah eloknya kita ketahui puncanya terlebih dulu….

  1. Pemakanan
  • Ada yang kata makan kacang senang tumbuh jerawat. Sebenarnya tiada bukti saintifik untuk mengesahkan makanan kekacang menjadi penyebab muka berjerawat. Tetapi, cuba elakkan makan makanan berminyak dan pedas berlebihan.
  1. Masalah Hormon
  • Sebagai manusia, hormon kita berbeza. Menjadi suatu kebiasaan bagi remaja mendapat jerawat kerana hormon mereka pada usia ini amat aktif. Jangan pening-pening kalua tumbuh jerawat. Ia sesuatu yang normal. Tok Aki nak cakap satu jer… jerawat ni tumbuh sekejap je…paling lama pun seminggu…nanti hilanglah.. Jadi jangan bimbang sangat ye..
  1. Stress atau Tekanan
  • Bagi segelintir daripada kita, adalah normal bila stress je akan tumbuh jerawat. Stress turut menjadi simptom kepada tumbuhnya jerawat. Rawatlah stress dengan cara sihat. Stress akan mengakibatkan perkara lebih buruk termasuk tekanan darah tinggi dan mungkin penyebab kepada masalah jantung. Jadi, Tok Aki nak pesan supaya bijak tangani stress.

Jom Tok Aki kongsi pula petua untuk manfaat semua….Insya-Allah…

Petua 1: Air Beras

  • Pembaca boleh mencuba petua ini. Ambil air basuhan beras dan basuh muka secukup rasa. Jangan lap tetapi biar ia kering secara semula jadi. Lepas kering barulah cuci dengan air bersih.

Petua 2 : Bedak Sejuk

  • Ambil bedak sejuk dan campurkan dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di tempat berjerawat. Tapi sebelum sapu baca selawar ke atas Nabi Muhammad SAW sebanyak tiga kali

Petua 3: Pucuk Daun Jambu

  • Tok Aki masih ingat dulu masa muda-muda. Rakan-rakan sering mengambil pucuk daun jambu kemudian ramas hingga lumat sebelum di sapu pada jerawat. Ia memberi hasil yang positif.

Petua 4: Putih Telur Ayam Kampung

  • Ambil putih telur ayam kampong bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaulkan bahan ini dan sapu ke muka. Biarkan hingga kering sebelum membasuhnya dengan air bersih.

Petua 5: Limau Nipis

  • Petua ini agak menyakitkan sedikit kerana perahan air limau nipis memang memedihkan. Tetapi ia sementara. Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak mayak dan sapu ke muka.

Petua 6: Daun Sireh

  • Ambil sehelai daun sireh dan rendam dalam air panas. Jangan pula basuh muka ketika air rendaman masih panas. Sebaliknya tunggu hingga sejuk sebelum basuh muka dengan air tersebut. Jangan lupa selawat tiga kali.

Selamat mencuba..

Sekian…

Shares

Leave a Reply