Petua Atasi Perut Kembung Bayi

Assalamualaikum..Semua Pembaca….

Tentu kepada mereka yang mempunyai anak kecil akan menempuh masalah perut kembung bayi. Tok Aki pun pernah alami masalah ini. Pendek kata tak tidur malam kalau gagal mencari dan menyelesaikan masalah ini.

Malah, ramai ibu bapa yang akan panik apabila berdepan masalah bayi..apatah lagi jika semua ikhtiar yang dilakukan tiada titik noktah.

Terdapat pelbagai aspek yang menyebabkan perut bayi kembung. Tok Aki nak kongsikan penyebab sebab ada kalanya ibu bapa terutama yang berusia muda kurang arif dan akhirnya panik sehingga membawa anak menemui doktor.

perut kembung bayi

Bayi biasanya terdedah dengan masalah perut kembung terutama yang alahan dengan susu formula. Ini kerana usus muda bayi masih belum matang untuk mencerna susu yang dihisap yang menyebabkan wujudnya angin dalam perut bayi.

Adakalanya ibu bapa yang kurang arif dengan situasi bayi kembung terutama selepas si ibu memberi susu badan. Sepatutnya, selepas menyusu bayi tidak kira susu badan atau formula, si ibu atau bapa perlu membuatkan bayi sendawa.

Sehubungan itu, cara untuk mengenalpasti bayi kembung atau sebaliknya adalah dengan melihat keadaan. Jika bayi menangis tanpa henti sepanjang hati tanpa sebab, Tok Aki berpendapat bayi anda itu sedang mengalami masalah kembung perut.

Melihat pengalaman isteri Tok Aki, jadi Tok Aki nak kongsikan petua untuk mengatasi masalah bayi kembung.

Petua 1 : Urutan
Urutan memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah kembung pada bayi. Anda boleh menyapu minyak pada perut dan sapu mengikut arah lawan jam. Selain itu, bagi bayi yang berusia 2 minggu, anda boleh sapu minyak pada betis dan urut perlahan-lahan. Selepas itu, bedung bayi anda supaya ia lebih selesa. Jangan bedung terlalu ketat atau terlalu longgar.

Petua 2 : Lada Hitam
Masukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk halus ke dalam pusat bayi. Ia akan melegakan masalah kembung perut sesuai dengan Lada Hitam yang agak panas. Orang-orang tua juga sering berpesan, jika ingin bawa bayi kurang 40 hari keluar rumah, seeloknya bawa sekali beberapa biji Lada Hitam yang diikat pada baju.. Untuk mengelakkan gangguan makhluk halus.

Petua 3 : Peluk dan dukung bayi
Dengan cara ini, bayi akan rasa lebih selesa. Tetapi pastikan perut bayi di urut dengan minyak, sudah dibedung dan menyusu. Bayi akan merasa nyaman dan akan nyenyak tidur.

Petua 4 : Sendawa setiap kali selepas menyusu
Kadang-kadang ibu bapa tidak peka dengan perkara ini dan membiarkan bayi dibaringkan setiap kali selepas menyusu.. Ini langkah yang salah, sepatutnya pastikan bayi sendawa terlebih dulu. Sendawa tidak hanya dapat menghindari daripada kembung perut, malah ia mengurangkan risiko bayi tersedak susu.

Bayi atau anak adalah kurniaan tidak terhingga dari Ilahi. Mereka adalah penyambung zuriat dan waris kepada generasi kita hari ini. Jagalah mereka dengan sebaiknya kerana jika betul didikan dan cara menjaga mereka, Tok Aki percaya mereka juga akan melakukan perkara sama apabila menguruskan kita tatkala usia senja kelak…

Sekian..

Shares

Leave a Reply