Perubahan Sesudah Bersalin

Bersalin

Bersalin
Bersalin

Apabila diberitakan yang anda sah hamil, tidak terungkap betapa terujanya untuk menimang cahaya mata sekaligus bergelar ibu.

Saat yang diidamkan oleh mereka yang telah berumahtangga.

Terbayang bayang betapa comelnya bayi itu nanti, ikut muka siapalah ya, ibu atau ayah?

Selama tempoh kehamilan adalah tempoh membahagiakan bagi setiap bakal ibu dan ayah.

Namun di sebalik kebahagiaan itu, ada tanggungjawab yang besar buat kedua duanya.

Harus teliti dalam pemilihan makanan, minuman dan aktiviti harian, ada antaranya harus di hindari kerana berpontensi mengganggu kondisi kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Ada juga pantang larang yang perlu ditaati agar terhindar dari segala yang tidak sihat.

Selepas 9 bulan 10 hari melalui proses kehamilan, anda akan berdepan detik melahirkan atau bersalin yang lebih mencemaskan.

Apabila lahirnya bayi ke dunia ini maka bermulalah sesi berpantang pula buat si ibu.

Tidak habis di sini, sepatutnya sejak dari kehamilan lagi anda perlu bersedia dengan beberapa perubahan setelah melahirkan.

Bukan hanya perubahan dari segi fizikal sahaja malah perubahan hormon.

Sebelum anda di kejutkan dengan beberapa perubahan yang drastik, apakata kami kongsikan huraiannya.

SUSUK TUBUH BADAN
Sejak hamil lagi akan banyak perubahan terutama pada fizikal tubuh anda.

Rata rata ibu amat risau dengan perubahan susuk tubuh berbanding perubahan yang lain.

Jadi tidak hairanlah ramai ibu yang mengeluh dengan perubahan ini dan sesuatu yang sulit untuk kembali pada susuk tubuh ideal sepertimana sebelum hamil.

Sedangkan jika anda konsisten dengan pola makanan yang sihat, aktif bersenam dan tidur secukupnya, ianya mampu membantu kelangsingan tubuh anda.

Ada lagi yang buat ibu cemas apabila keadaan perut masih terlihat buncit dan menggelebeh terutama pada ibu yang bersalin secara ‘cesarean’ meskipun rahim tidak lagi berisi bayi.

Pada saat hamil, otot perut akan mengembang dan kembali mengecut setelah melahirkan namun ukuran perut tetap berbeza, saiznya akan lebih besar.

Untuk kembali pada perut yang kempis, anda perlu gigih melakukan latihan otot dan perut untuk mengembalikan kekuatan dan mengencangkan otot perut.

SAIZ FARAJ
Walaupun dikatakan saiz faraj kembali pada asal selepas melahirkan tetapi kebanyakkan wanita akan mengalami kelonggaran faraj.

Ada beberapa faktor yang menyumbang pada perbezaan ini antaranya kaedah bersalin, saiz bayi atau faktor genetik.

Ada juga antaranya mengadu tentang inkontinensia yang ada kaitan dengan ketidakmampuan menahan air kencing ketika bersin berpunca dari kesan faraj yang semakin longgar.

PAYUDARA BERUBAH SAIZ
Payudara wanita akan melalui beberapa perubahan semasa dan selepas mengandung.

Saiznya akan lebih besar pada mulanya kerana tisu lemak yang tidak aktif di payudara akan digantikan dengan tisu yang berfungsi sebagai persediaan untuk pemyusuan.

Namun selepas tempoh penyusuan berakhir, payudara akan mengempis dan tidak digantikan dengan lemak serta merta.

Pada wanita yang punya tabiat merokok atau mengalami berat badan naik secara mendadak, besar kemungkinan payudaranya akan lebih mudah jatuh selepas bersalin.

SAIZ PINGGUL MELEBAR
Ada segelintir wanita akan perasan yang pinggul mereka lebih lebar dari sebelum hamil sehinggakan seluar yang ada sudah tidak muat lagi dan terpaksa ‘shopping’ seluar yang bersaiz baru.

Perubahan ini bukan disebabkan hormon yang sama penyebab pada saiz kaki berubah.

Sebaliknya, saiz pinggul melebar mungkin disebabkan oleh pemendapan lemak ke bahagian tubuh yang mempunyai sel lemak tambahan.

Sesetengah wanita berdepan dengan keresahan disebabkan terhimpunnya sel sel lemak bukan kerana tulang pinggul bertukar pada saiz lebih lebar.

RISIKO KANSER PAYUDARA MENURUN
Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko seumur hidup untuk kanser payudara.

Setiap 12 bulan seorang wanita itu menyusukan bayi, risiko kanser payudara menurun sebanyak 4 peratus.

SAIZ KASUT
Hormon ‘relaxin’ yang terhasil semasa proses bersalin bukan sekadar meregangkan bahagian pelvik wanita malah turut mempengaruhi ligamen lain pada tubuh anda antaranya bahagian kaki.

Ini adalah penyebab saat menyarung kasut terasa sempit sehingga anda perlukan kasut baru yang saiznya lebih besar dari kasut sebelumnya.

KEGUGURAN RAMBUT
Selepas tahap hormon kembali normal selepas bersalin, akan tiada lagi rambut secantik semasa anda hamil.

Namun masalah rambut luruh bersifat sementara dan kebiasaannya akan kembali normal dalam masa 12 hingga 18 bulan selepas bersalin.

KEINGINAN SEKS MENURUN
Wanita yang bersalin biasanya akan ambil masa lebih kurang setahun untuk kembalikan keinginan seks pada tahap biasa.

Perubahan ini normal dan ada kaitan dengan kepenatan menjaga anak dan sebab lain adalah penyusuan ibu.

Wanita yang menyusukan anak mempunyai tahap estrogen yang rendah di mana mereka tidak mudah terangsang.

Maka encik suami perlu memainkan peranan agar isteri anda mampu berehat apabila anda ringan tulang dalam membantu urusan di rumah.

Walau sesulit mana pun untuk anda kembali pada susuk tubuh yang asal, perubahan ini tidak boleh dipandang ringan.

Anda perlukan ‘extra’ usaha untuk rampingkan yang kembang dan susutkan yang buncit.

Selain dari pola makanan dan latihan senaman, anda masih perlukan solusi tambahan, LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU NIPIS untuk impak yang wow.

Ramuannya tidak hanya Pati Halia Tulin tetapi kami tambahkan Pati Limau Nipis yang ternyata berfaedah memerlihara kesihatan kulit dan sebagai ubat kurus.

Losyen Mustajab Hijau ini umpama pek berpantang yang mampu mengantikan fungsi Pilis dan Param.

Tiada lagi kesan comot dari bancuhan herba.

Sebelum berbengkung sapu dahulu Losyen Mustajab Hijau ini pada Perut Buncit agar segera Kempis.

Saat berpantang, sudah pasti anda tidak ketinggalan melalui kaedah Berurut dan Bertangas, apa lagi manafaatkan Losyen Mustajab yang sama pada keseluruhan tubuh anda.

Antara fungsi lain Losyen Mustajab Hijau ini membantu Buang Angin dalam badan dan mengurangkan Parut Rekahan di Perut ibu selepas melahirkan.

Jangan lupa pada Tapak Kaki yang tidak kurang pentingnya untuk di sapu sama sebelum berstoking supaya Angin tidak berani masuk kedalam tubuh anda.

Nampakkan penggunaan Losyen Mustajab ini dari hujung rambut ke hujung kaki bermula dari bahagian Dahi, Lengan, Belakang Badan, Perut, Pinggang, Pinggul, Paha dan Betis.

Tidak rugi untuk anda dapatkan Losyen Mustajab Hujau ini dengan faedah yang berlipat ganda tetapi bermodalkan kos yang diparas murah.

Perubahan sesudah bersalin akan terus kekal pada tubuh anda jika tidak diurus dengan baik.

Rasa panik sahaja tidak cukup, berusaha dengan jayanya disertakan dengan displin diri dan produk tambahan Losyen Mustajab Pati Halia dan Limau Nipis bersama akan membantu perubahan fizikal dan dalam tubuh anda pada keadaan asal dan kekal sihat.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply