Persediaan Sebelum Bersalin Dan Berpantang

Bersalin

Bersalin
Bersalin

Tidak dapat digambarkan kegembiran apabila dikhabarkan oleh doktor yang anda sah mengandung.

Tidak kiralah kandungan yang keberapa, pertama, kedua atau yang ke sembilan sekalipun, anda tetap akan teruja bila ada bayi yang berada di rahim anda.

Setiap detik adalah pengalaman yang paling terindah.

Pada anda yang baru pertama kali mengandung, pastinya ada banyak perkara perkara penting yang perlu anda tahu sebagai persediaan mengandung, melahirkan, berpantang dan penjagaan bayi.

Ada beberapa perkara yang anda sudah boleh mula buat persiapan awal kelak anda tidak kelam kabut di saat akhir sebelum melahirkan.

Tidak pasti apa yang anda perlu siapkan sebelum ke hospital, kami kongsikan senarai perkara yang anda perlu untuk di catatkan dalam ‘check list’ anda.

BUKU PINK
Perkara pertama yang perlu dilakukan apabila disahkan positif mengandung adalah ke klinik untuk daftar sekaligus mendapatkan buku pink pada mereka yang memilih menjalani pemeriksaan bulanan diklinik kerajaan tetapi jika memilih klinik swasta anda boleh terus ke klinik pilihan anda.

HOSPITAL BERSALIN

Di awal kehamilan anda dan suami sudah boleh mula berbincang mengenai hospital yang menjadi pilihan saat bersalin kelak.

Setelah senaraikan nama hospital pilihan, anda boleh luangkan masa untuk ‘review’ pengalaman ibu ibu yang pernah bersalin di hospital berkenaan sebagai rujukan.

MAKLUMKAN PADA MAJIKAN
Majikan perlu tahu status anda yang kini mengandung sekiranya anda seorang wanita berkerjaya.

Ini akan memudahkan pihak majikan bersedia pada tarikh anda akan bersalin dan cuti berpantang.

Lebih awal mereka tahu, lebih cepat mereka bertindak untuk dapatkan ‘staff’ sementara mengantikan tempat anda.

Apabila kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita juga, In shaa Allah.

INFORMASI BERKAITAN FASA MENGANDUNG, MELAHIRKAN DAN PENYUSUAN BAYI
Tidak ramai ibu bapa yang rajin ‘google info’ tentang mengandung, melahirkan dan penyusuan bayi.

Informasi ini penting supaya ibu bapa tidak kekok apabila berhadapan dengan situasi mengandung, melahirkan, menjaga dan menyusukan bayi.

Informasi ini anda boleh dapatkan dari membaca buku yang dibeli atau membaca secara ‘online’.

BARANGAN KEPERLUAN BAYI
Saat yang paling teruja dan menyeronokkan apabila mahu ‘shopping’ barangan bayi tetapi berpada pada, ingat pesanan orang tua, jangan terlalu seronok.

Biasanya apabila usia kandungan mencecah 5 bulan sudah boleh mula sediakan barangan atau kelengkapan bayi anda.

Jangan membazir dengan membeli barangan yang tidak perlu sebaiknya senaraikan barangan yang perlu sahaja supaya tidak tersalah pilih.

Anak pertama lebih memerlukan banyak barang berbanding anak kedua, ketiga dan seterusnya yang masih boleh gunakan sesetengah barang yang sedia ada dan dalam keadaan yang masih baik.

BARANGAN KEPERLUAN IBU
Ibu juga ada keperluannya sendiri dan ianya sama penting dengan bayi anda.

Antaranya set berpantang, alatan penyusuan seperti ‘breast pump, pemanas susu, plastik simpanan susu, ‘maternity pad’ dan pakaian semasa di hospital.

PERSEDIAAN DARI SEGI KEWANGAN
Menyambut kelahiran orang baru memerlukan belanja yang agak besar.

Diperingat awal kehamilan, anda sudah boleh mula berbincang dengan pasangan mengenai peruntukan kewangan.

Berapa jumlah yang perlu di peruntukan untuk kelengkapan bayi, ibu, penyusuan dan boleh selitkan peruntukan untuk majlis cukur jambul dan aqiqah sekiranya anda mampu.

PENJAGAAN ANAK ANAK YANG SEDIA ADA
Anda perlu buat perancangan tentang penjagaan anak anak yang lain semasa anda dalam ‘labor room’ di temani en suami.

Anda boleh minta bantuan ibu bapa atau mertua anda sekiranya mereka tinggal berhampiran anda atau berbincangkan dengan pihak taska atau pengasuh untuk penjagaan sementara ketiadaan anda dan suami.

BAG HOSPITAL
Bila kandungan sudah mencecah ke usia 36 minggu, anda boleh sediakan bag untuk di bawa bersama bila ke hospital untuk bersalin nanti.

Sediakan awal agar tiada barang yang tertinggal.

Sebaiknya bag hospital yang sudah di kemaskan, boleh disimpan di dalam ‘bonet’ kereta.

Barangan keperluan yang dicadangkan antaranya keperluan bayi, ibu dan ayah (jika menemani isteri di hospital).

NAMA ANAK
Pilih nama yang indah dan memberi maksud yang baik.

Anda boleh rujuk pada buku buku senarai nama islam untuk anak lelaki dan perempuan.

Nama yang baik adalah antara doa kita buat anak untuk sepanjang hayatnya.

MAJLIS CUKUR JAMBUL DAN AQIQAH
Sekiranya anda berkemampuan dan ianya tidak membebankan, anda bolehlah merancang majlis ini untuk bayi anda.

Majlis ini bukan sesuatu yang wajib, jika anda belum berkemampuan cukup sekadar mencukur rambut bayi, kata orang tua tua, buang rambut yang tidak bersih.

BERPANTANG
Perlu berbincangkan dengan encik suami atau anda sendiri perlu tahu beberapa perkara yg berkaitan dengan berpantang ini.

Di mana anda akan berpantang, siapa yang akan menjaga anda, berpantang di rumah ibu sendiri atau mertua, berpantang di rumah sendiri dengan bantuan suami, berapa lama pula encik suami akan bercuti atau anda memilih untuk mengupah ‘confinement lady’.

Terpulang pada anda untuk memilih yang terbaik untuk anda dan bayi mengikut kesesuaian.

Di mana pun anda berpantang atau siapa yang akan menjaga anda, yang penting diri sendiri, hanya anda yang berhak ke atas diri anda.

Beri peluang untuk pulihkan kesihatan dan kecantikan anda.

Lantaran itu kami sediakan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS dari rumusan Pati Halia dan Pati Limau Nipis Tulin khusus untuk wanita selepas bersalin atau masih berpantang.

Losyen Mustajab dengan bentuk yang lebih moden bukan serbuk yang perlu di bancuh atau di rebus.

Sekadar di sapu secara membulat pada bahagian antaranya Tengkuk, Bahu, Belakang Badan, Pinggang, Pinggul, Peha & Betis yang terasa Kejang atau Lenguh Lenguh.

Tidak perlu lagi segala minyak angin atau minyak urut cukup sekadar Losyen Mustajab Hijau yang boleh mengantikan fungsi Pilis, Param dan Tapel.

Cara penggunaan yang mudah, sapu secara membulat pada bahagian Dahi, Keseluruhan Badan kecuali payudara dan Perut kemudian lilit kemas dengan bengkung untuk kembali pada potongan badan yang Langsing dan Ramping malah dengan Losyen yang sama kesan Rekahan di Perut dan Pinggul sekaligus masalah Selulit akan turut di rawat.

Jangan lupa sapu pada bahagian Kaki sebelum anda berstokin untuk cegah dari masuk Angin. Anda juga boleh cadangkan Losyen Mustajab Hijau ini pada tukang urut agar badan anda diurut menggunakan Losyen ini.

Losyen Pati Halia Limau Nipis ini banyak cabang fungsinya sehingga boleh di manafaatkan pada keseluruhan badan dengan bauan aroma yang menyegarkan buat anda lebih tenang.

Kini persiapan untuk berpantang tidak lagi merumitkan.

Lebih praktikal dan kosnya lebih jimat. Kesannya lebih optimum jika diguna dengan konsisten untuk anda kembali Sihat, Langsing dan Ramping.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply