Penawar Dari Limau Nipis

Sungguhpun Limau Nipis ini memiliki bentuk dan saiz yang kecil namun terkandung 1001 khasiat yang lebih banyak berbanding sebiji buah epal hijau.

Sejenis buah sitrus yang masam, bulat dan berwarna hijau terang. Ianya sumber tenaga pemakanan yang tinggi kandungan vitamin C, antioksidan dan nutrien lain.

Ramai yang gemar menggunakan rasa masam Limau Nipis ini pada minuman malah sering juga di temui dalam sajian hidangan terutama pada menu makanan barat sebagai penambah rasa enak dan bahan hiasan.

Istimewa Limau Nipis ini tidak hanya setakat pada makanan atau minuman sahaja malah berkhasiat membantu merawat beberapa masalah pada diri anda.

Mungkin ada antara anda yang belum tahu akan khasiat Limau Nipis ini, jom baca perkongsian ini.

BATUK
Perah air Limau Nipis satu sudu teh yang dicampur bersama kicap manis.

Amalkan minum 3 kali sehari. Antara cara lain dengan memanggang Limau Nipis di atas api untuk seketika sahaja.

Kemudian biarkan sehingga suam suam kuku, belah Limau Nipis tersebut lalu di perah terus ke dalam mulut sehingga mengalir ke tekak.

DEMAM
Petik 2 – 4 genggam daun Limau Nipis untuk di rebus bersama 2 – 4 gelas air.

Gunakan air rebusan ini untuk dituam pada pesakit yang demam dengan cara basahkan kain dengan air rebusan tadi dan perah untuk di tempelkan pada bahagian dahi pesakit.

MEROKOK
Hisaplah sehiris Limau Nipis untuk membantu berhenti dari tabiat merokok.

Rasa masamnya akan membuat anda terangsang untuk minum air putih.

Cuba untuk beberapa kali sehari, cara ini bukan hanya membantu mengurangi keinginan merokok malah membersihkan nikotin yang melekat pada gigi dan mulut anda.

KENCING MANIS
Sumbat sebiji garam kasar kedalam Limau Nipis kemudian rebus dengan 3 gelas air.

Rebus agak lama dari 3 gelas air sehingga tinggal segelas dan hancurkan Limaunya.

Pastikan biji biji Limau dihancurkan dengan menggunakan senduk dan bila sudah hancur tapis air dan minum sesudah air sejuk.

Perlu sediakan makanan yang sedikit manis kerana biasanya selepas minum air Limau ini, tahap gula dalam badan akan rendah.

DARAH TINGGI DAN KOLESTROL
Limau Nipis mengandungi vitexsin.

Anda boleh cuba amalkan minum air Limau Nipis ini 2 kali sehari jika anda menghidapi penyakit darah tinggi atau kolestrol.

Caranya, sediakan 1 – 2 biji Limau Nipis, perah airnya ke dalam segelas air.

KEPALA BERBAU
Hiris sebiji Limau Nipis. Gosokkan pada keseluruhan kepala anda.

Biarkan beberapa minit kemudian baru cuci sehingga bersih.

Selain dari mewangikan rambut ia juga membantu melegakan pening kepala sambil menyejukkan kulit kepala anda.

KEMPISKAN PERUT
Perah Limau Nipis dan campurkan dengan kapur sirih.

Bancuh kedua dua bahan ini sehingga pekat kemudian lumurkan pada bahagian perut anda.

Setelah kering, anda boleh berbengkung.

Cuba amalkan setiap hari sebelum tidur.

MENGALAKKAN PENURUNAN BERAT BADAN
Air Limau Nipis mempunyai manfaat tambahan.

Asid sitrik yang terdapat dalam jus Limau ini membantu meningkatkan metabolisma anda yang mana membantu proses membakar lebih banyak kalori dan kurang menyimpan lemak.

Jika mahu senaraikan khasiat Limau Nipis ini akan berjela jela panjangnya.

Boleh digambarkan betapa bagusnya Limau Nipis ini pada kegunaan harian dan kesihatan anda.

Kami juga tidak terlepas pandang malah mengambil peluang untuk manafaatkan khasiat Limau Nipis ini pada LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS yang kami khususkan untuk Wanita Selepas Bersalin Dan Berpantang.

Untuk impak yang lebih efektif kami gabungkan Pati Limau Nipis ini bersama Pati Halia yang umumnya tahu bahawa Halia antara bahan wajib dalam setiap hidangan wanita berpantang.

Ada banyak petua orang lama yang mengaitkan Limau Nipis sebagai solusi pada masalah Perut Buncit dan Berat Badan di kalangan wanita selepas bersalin.

Maka terhasillah Mustajab Hijau ini untuk anda yang mungkin buntu untuk kembali Langsing dan Ramping selepas punya anak.

Penggunaan Losyen Mustajab ini lebih santai dan ini antara cara membantu wanita terutama anda yang berpantang sendiri dari penyediaan bahan rempah ratus atau herba yang rumit.

Dengan Losyen Mustajab Hijau ini anda hanya perlu picit pada telapak tangan kemudian sapukan secara membulat dan perlahan lahan pada bahagian badan antaranya di Dahi, Tengkuk, Bahu, Belakang Badan, Perut, Pinggang, Pinggul, Paha, Betis dan Keseluruhan Tapak Kaki.

Sapu Sapu Mustajab ini untuk membantu saat anda terasa Sakit, Bisa, Lenguh, Banyak Angin Jahat dalam badan atau yang di kesan Lemak Berlebihan.

Penggunaan Losyen Mustajab Hijau ini digalakkan ketika rawatan Pilis, Param, Tapel, Mandi Wap, Urutan, Berbengkung, Berstoking juga turut membantu mengurangkan Kesan Rekahan di Perut.

Parut rekahan ini walaupun terlindung oleh pakaian anda tetapi tidak seharusnya anda abaikan.

Biarlah cantik di mata suami. Proses berpantang anda sekali ini tidak perlukan pelbagai minyak, lebih menjimatkan dan anda punya banyak masa untuk hal hal yang lain. Bauan aroma yang menyegarkan buat anda lebih tenang.

Tidak salah untuk anda amalkan petua orang lama cuma anda boleh gandakan usaha dengan penggunaan konsisten Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis ini sekurang kurangnya khasiat Limau Nipis ini bertindak pada bahagian dalaman dan Losyen Mustajab Hijau pula bertindak pada bahagian luaran.

Impaknya akan lebih cepat.

Kini wanita selepas bersalin tidak mustahil untuk anda kembali Langsing dan Ramping.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

Beli Online : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply