Panduan Memilih Set Berpantang

Set Berpantang

Set Berpantang
Set Berpantang

Kehamilan merupakan salah satu fasa yang membawa perubahan yang sangat besar kepada wanita terutama yang pertama kali hamil, teruja bakal melangkah ke fasa keibubapaan yang penuh cabaran dan ilmu baru.

Saat hamil sehingga melahirkan antara saat bahagia seorang ibu dan seharusnya dinikmati sebaiknya.

Akan tiba pula saat persiapan untuk menyambut kehadiran bayi anda yang sesungguhnya mengharapkan serba-serbi yang terbaik.

Namun jangan dilupa pada persiapan dan penjagaan untuk ibu sepanjang tempoh berpantang.

Mungkin agak memeningkan atau mengelirukan terutama buat ibu yang pertama kali hamil untuk memilih set berpantang yang wajib di beli dan bagus untuk pulihkan kembali kesihatan badan anda.

Mari kami kongsikan beberapa tips untuk anda memilih set berpantang yang bersesuaian.

KENALI KEPERLUAN DIRI
Pertama, anda perlu tahu kaedah berpantang yang mana menjadi pilihan, samada secara moden, tradisional atau kedua duanya akan digabungkan.

Kebanyakkan set berpantang yang sedia ada dipasaran sudah lengkap dengan pelbagai produk untuk kegunaan bahagian dalaman dan luaran namun tidak semua produk akan digunakan.

Maka kami cadangkan anda memilih produk secara berasingan atau yang perlu sahaja terutama untuk kegunaan bahagian luaran.

Anda yang memilih berpantang secara tradisional, pastikan badan anda sesuai atau tidak untuk menggunakan jamu.

MESRA DOMPET DAN JIMAT
Sediakan badget agar tidak berlaku pembaziran dan harga set berpantang harus berpadanan dengan badget anda.

Pastikan setiap nilai yang anda laburkan berbaloi dan set pilihan anda boleh digunakan meskipun sesudah tempoh berpantang dan sesuai untuk kegunaan ibu bersalin secara normal mahupun pembedahan (ceaser).

Boleh juga berkongsi jumlah badget anda pada jurujual, ini akan lebih mudah untuk mereka cadangkan produk yang bersesuaian berpandukan badget anda.

MUDAH DIGUNAKAN
Kesesuaian dengan diri anda juga harus diambil kira.

Sebaiknya pilih set yang lebih ringkas dan mudah diurus samada oleh anda sendiri, suami, orang tua atau ‘confinement lady’.

Proses penyediaan yang rumit dan mengambil masa akan buat ibu atau sesiapa pun menjadi ‘stress’ dan merimaskan.

Untuk produk pemulihan bahagian dalaman, pilih produk yang ‘ready made’ agar mudah ditelan dan jimat masa.

Bayi anda lebih memerlukan perhatian dari ibunya.

SELAMAT UNTUK BAYI
Ibu yang berhasrat mahu menyusukan bayi sewaktu tempoh berpantang, penting untuk anda pastikan produk dalaman yang bakal diamalkan selamat untuk bayi anda.

Boleh berpandukan pada testimoni pengguna yang lain samada penggunaan produk tersebut akan mengakibatkan masalah cirit birit, ruam atau kembung perut pada bayi anda.

Sentiasa beringat yang susu ibu akan disalurkan kepada bayi melalui proses penyusuan.

TIDAK MENJEJASKAN SUSU BADAN IBU
Peringkat awal bersalin, ibu akan mewah dengan susu badannya.

Pastikan produk yang bakal ibu amalkan tidak menjejaskan pengeluaran susu badan.

Rujuk pada testimoni dari pengguna yang telah mencuba terutama anda yang baru melahirkan bayi pertama kerana terdapat beberapa produk berasakan jamu boleh mengganggu susu badan ibu.

KELULUSAN DARI PIHAK KKM
Sambil anda meneliti jenama, info dan penggunaan produk, jangan lupa pada kelulusan KKM pada produk yang bakal anda beli, adakah selamat untuk ibu dan bayi.

TANYA PENDAPAT
Selain dari merujuk pada testimoni pengguna produk tersebut, anda boleh juga bertanya pendapat teman teman, keluarga atau sanak saudara berkaitan dengan set berpantang yang mereka pernah amalkan dari segi kebaikan dan keburukan setiap produk tersebut agar bermanafaat pada anda.

Sebelum anda memilih set berpantang yang mana bagus, kami mahu anda berikan tumpuan dahulu pada LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU NIPIS yang sudah menjadi dambaan ibu bersalin dan berpantang diluar sana.

Bukan produk biasa biasa malah telah terbukti memberi kebaikan pada ibu di sepanjang tempoh berpantang.

Extra Halia bersama Extra Limau Nipis digabungkan pada Losyen Mustajab Hijau ini untuk membantu rawatan berpantang anda.

Mungkin nampak seolah olah tidak logik tiub Losyen Mustajab Hijau ini dikatakan mampu membantu.

Kenapa tidak ya? Jangan dilihat pada luarannya tetapi pada ramuannya yang padu khasiat.

Setiap pagi selepas mandi anda mulakan sapu pada bahagian Dahi sebagai mengantikan Pilis, kemudian diteruskan ke bahagian bahagian lain seperti di Tengkuk, Bahu, Lengan, Perut, Pinggang, Paha, Betis dan Tapak Kaki.

Secara tidak langsung, Losyen Mustajab Hijau ini turut ‘cover’ rawatan Param, Tapel, Berurut dan Berbengkung.

Perubahan pada potongan badan adalah perubahan yang paling jelas dan amat membimbangkan si ibu.

Lemak dalam badan terutama pada bahagian Perut sudah tidak segan segan melimpah seolah olah anda kelihatan sedang hamil 2 bulan.

Saat inilah rawatan Berbengkung dikira wajib jika anda mahu kembali pada potongan badan asal.

Sapu Losyen Mustajab Hijau ini secara membulat pada bahagian Perut dan Pinggul kemudian baru lilit dengan bengkung untuk kesan yang lebih efektif.

Dalam masa yang sama, masalah Angin Jahat dalam badan dapat dikeluarkan dari badan anda dan memudahkan anda sedawa lega.

Sapukan sebelum anda sarung stokin. Bauan aroma yang menenangkan mampu menghindari anda dari tekanan.

Bukan penggunaan bahan herba atau jamu itu tidak bagus tetapi kami lebih sensitif dengan situasi ibu berpantang yang sepatutnya memilih produk yang mesra pengguna sekaligus meringankan tugasan harian ibu.

Elakkan dari penyediaan yang melecehkan, tanpa perlu bancuhan yang mencomotkan, anda boleh uruskan sendiri tanpa perlu bantuan yang lain.

Yang penting Losyen Mustajab kami selamat digunakan oleh ibu, tidak menggangu penjagaan dan penyusuan bayi.

Tentunya halal, mesra wudhu, solat, tidak melekit atau berminyak, harga mampu milik dan lulus KKM.

Pastikan anda konsisten dengan rawatan berpantang bersama Losyen Mustajab Hijau agar memberi kesan yang memuaskan dan berterusan pada badan anda.

Boleh digunakan pakai meskipun sudah melepasi tempoh berpantang, sangat berbaloi.

Anda mahu tampil Sihat, Langsing dan Ramping di mata sang suami, jangan ragu ragu mencuba Losyen Mustajab Pati Halia & Limau Nipis ini yang pasti tidak mengecewakan.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply