Obesiti Perlu Dirawat Segera

Obesiti menjadi satu masalah kesihatan utama di Malaysia, dengan jumlah obesiti di kalangan rakyat Malaysia meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak 15 tahun yang lalu, iaitu dari 4 peratus pada tahun 1996 kepada 14 peratus pada tahun 2010.

obesiti

Apa yang lebih menyedihkan ialah kadar obesiti di kalangan kanak-kanak juga meningkat pada kadar yang membimbangkan dan ia kini merupakan salah satu masalah pemakanan yang paling lazim di seluruh dunia.

Faktor-faktor risiko utama yang menyebabkan berat badan berlebihan dan obesiti termasuk:

– Tabiat pemakanan yang kurang baik – pengambilan makanan yang tidak seimbang; diet yang tinggi dengan kalori, gula dan lemak.

– Gaya hidup yang tidak sihat – gaya hidup yang tidak aktif; kurang atau tiada aktiviti fizikal.

Namun, faktor-faktor risiko ini boleh dicegah. Jika ahli keluarga anda mempunyai berat badan yang berlebihan/ obes, anda menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes. Namun, ini tidak bermaksud bahawa anda tidak boleh mencegah atau mengurangkan risiko masalah ini.

Berat badan yang berlebihan dan obesiti adalah antara faktor risiko utama beberapa penyakit kronik yang berkaitan dengan gaya hidup. Berlebihan berat badan meningkatkan risiko anda untuk mendapat tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan paras gula darah tinggi. Berat badan berlebihan dan faktor-faktor risiko ini pula akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti:

– Penyakit kencing manis;

– Strok;

– Penyakit jantung;

– Kanser.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, semakin ramai kanak-kanak mengalami masalah berlebihan berat badan dan obes. Oleh sebab itu, semakin ramai orang menghidapi penyakit kencing manis pada umur muda.

Jangan jadi sebahagian daripada statistik ini; pencegahan adalah semudah makan secara sihat dan jadi lebih aktif. Mula jadi aktif dari hari ini, contohnya naik turun tangga lebih kerap di pejabat anda setiap hari. Lebih baik lagi, sasarkan untuk mencapai 10,000 langkah setiap hari! Hantarlah anak anda belajar kelas berenang, seni silat atau menari, atau bawalah mereka ke taman-taman untuk permainan yang menyeronokkan seperti bola keranjang, badminton atau lompat tali.

Malah, lakukan kerja rumah bersama-sama, contohnya mencuci kereta, juga boleh menjadi satu senaman yang menarik untuk seisi keluarga.

Di samping itu, jangan lupa menjaga cara makan. Anda juga harus mengambil makanan yang kurang lemak, gula dan garam secara berterusan, walaupun anda bersenam. Gunakan Piramid Makanan sebagai panduan untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ingatlah, gunakan cara memasak yang lebih sihat seperti mengukus, merebus, membakar atau memanggang, dan elakkan menggoreng.

Statistik yang menakutkan!

– 2 daripada 5 orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes

– Hampir 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah (umur 7-12 tahun) mempunyai berat badan berlebihan dan obes

– 16 peratus daripada kanak-kanak prasekolah (umur 4-6 tahun) mempunyai berat badan berlebihan dan obes

Konklusi :

jom singgah DH

Namun dalam pada masa yang sama, Dunia Herbs menawarkan banyak rangkaian produk untuk mengurangkan lemak terutama di bahagian utama seperti perut.

Sebagai contoh, Losyen Mustajab Pati Halia. Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan.

Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit.

Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut.

Jadi, gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Ia adalah antara cara terbaik untuk mengurangkan lemak dalam badan yang mana akan memburukkan lagi tahap Obesiti.

Shares

Leave a Reply