Minum Air Dengan Banyak Untuk Sihat

air2

Jika ingin sihat, minum air yang mencukupi adalah perkara penting bagi memperoleh kesihatan yang baik.

Pastinya semua mengetahui bahawa badan kita memerlukan lebih kurang 60 hingga 70 peratus cecair bersesuaian dengan darah selain penting untuk otot, paru-paru dan otak.

Air amat diperlukan dalam tubuh manusia bagi menyelaraskan suhu badan selain membekalkan nutrien kepada organ tubuh, membuang bahan toksid dan memberi perlindungan kepada sendi serta organ kita.

Adakah kita sedar kandungan air dalam badan dirembes secara semula jadi menerusi peluh. air kencing dan pernafasan.

Mereka yang aktif bersukan juga mencatat kadar kehilangan air lebih banyak berbanding dengan mereka yang tidak aktif, begitu juga dengan penggemar kopi.

Jika tubuh kekurangan air, ia boleh mengakibatkan kesakitan pada sendi dan otot kronik, kesakitan pada bahagian bawah belakang, sakit kepala dan haus di samping air kencing juga kuat berbau, kuning atau keperangan yang menandakan anda mengalami hidrasi.

Jadikan amalan meminum air sepanjang masa tanpa menunggu rasa haus.

Kadar pengambilan air adalah lebih baik mengikut berat badan kita bagi mengetahui hasilnya berhubung jumlah auns air yang diperlukan oleh tubuh.

Contohnya jika berat anda ialah 72 kilogram, anda hendaklah minum sekurang-kurangnya 80 auns air sehari, malah anda juga perlu menambah lebih lapan auns air lagi pada setiap 20 minit ketika bersenam.

Keadaan sama juga jika anda berada dalam kapal terbang. Langkah terbaik ialah meminum lapan auns air bagi setiap jam anda berada dalam pesawat itu.

Selain air putih, meminum teh herba yang tidak bersifat diuretik juga elok begitu juga dengan jus buah yang mengandungi vitamin dan nutrien.

Shares
One Comment
0 Pings & Trackbacks
0 Pings & Trackbacks

Leave a Reply