Meroyan Selepas Bersalin (Kemurungan Posnatum)

meroyan
RINA menjerit-jerit macam histeria. Dalam masa sama dia memaki hamun dengan kata-kata kesat. Lebih menakutkan, dia mengambil pisau dan berkali-kali diacah ke kepala si bayinya yang baru berusia dua bulan. Nasib baik perbuatannya berjaya dihalang si ibu yang baru datang dari kampung.

Ada kala, Rina cuba memotong rambutnya sendiri hingga menyebabkan telinganya berdarah akibat perbuatan dilakukannya tanpa sedar.

Melihatkan keadaan itu, Ezad suaminya, membawa isteri bertemu doktor pakar. Jauh di sudut hati, Ezad kesal kerana hubungan terlarang dengan wanita lain saat isteri bersalin di kampung berjaya dihidu sang isteri. Mungkinkah itu punca Rina ‘meroyan’? Rasa kesal itu mengetuk pintu hatinya.

Sebaik melakukan pemeriksaan, Rina disahkan kemurungan dan meroyan selepas bersalin. Dia diberi ubat penenang selain kaunseling untuk memulihkannya kembali.

Rina mungkin antara ribuan ibu muda yang diuji dengan penyakit ‘meroyan’. Sebenarnya, meroyan boleh menimpa sesiapa saja terutama ibu yang baru melahirkan bayi.

Punca Meroyan
Berlaku seawal dua minggu selepas melahirkan. Wanita juga paranoid dan berhalusinasi. Paling kerap menangis, malu akan sesuatu selain berasa kesepian.
Oleh itu, jika ada ciri-ciri begitu pada isteri atau saudara anda, jangan tinggalkan dia berseorangan. Kecenderungan membunuh atau mencederakan sesiapa termasuk dirinya boleh berlaku sekiranya tidak dikawal.

Jenis-jenis Meroyan

1. Gila Meroyan
– Berpunca dari angin dan darah kotor (nifas) yang terkumpul dalam badan kerana pengeluaran darah kotor yang tidak sempurna boleh jadi punca sakit kepala, sakit urat sekali gus mendorong kepada angin meroyan.
– Boleh bertindak di luar kawalan

2. Meroyan Urat
– Alami ketegangan urat, kelihatan pucat, mata pudar, rambut gugur dan badan susut.

3. Meroyan Tinggal
– Bercakap seorang diri dan ketawa mengilai dengan tiba-tiba, cenderung untuk mencuba larikan diri.

4. Meroyan Kulit
– Sentiasa tergaru-garu, alami gatal pada kulit

5. Meroyan Bulu
– Sentiasa seram sejuk, badan mengigil dan menggeletar hingga kancing gigi.

Aktiviti Yang Dapat Membantu
– Mengurut dan melakukan senaman tertentu
– Berpantang secara tradisional
– Lakukan aktiviti keagamaan
– Gembirakan dirinya sentiasa
– Persekitaran yang ceria

Shares

Leave a Reply