Menu Makanan Luar Yang Sesuai Ketika Diet

Makanan Luar

Makanan Luar
Makanan Luar

Malaysia sebuah negara yang memiliki rakyat jelatanya yang berbilang kaum maka tidak hairanlah jika makanan rakyat Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis sehingga rambang mata untuk memilih.

Kesibukan dengan tugasan harian atau kekanggan masa telah mempengaruhi anda untuk memenuhi kehendak selera di luar kerana ia lebih mudah serta banyak pilihan berbanding menyediakan makanan sendiri di rumah sedangkan ianya adalah tabiat yang baik untuk kesihatan dan kecantikkan badan anda.

Ramai yang beranggapan bila terpaksa makan diluar setiap hari memang tak ada harapan nak kurus.

Sebenarnya anda masih mampu untuk kurus cuma perlu bijak dan berpada pada saat memilih makanan, tidak berlebihan atau tersilap pilih terutama makanan yang berminyak atau bersantan.

Jadi kami kongsikan menu sihat di restoran atau gerai makan untuk anda yang sedang gigih turunkan berat badan.

IKAN BAKAR
Biasanya di gerai nasi campur pasti ada hidangan ikan bakar.

Ikan bakar adalah pilihan bijak untuk menu makan tengahari kerana makanannya dipanggang, tidak menggunakan minyak yang banyak sekaligus membuatkan kandungan lemaknya kurang dan nutrisinya kekal dalam makanan tersebut.

Antara jenis jenis ikan yang gemar dibakar adalah ikan talapia, ikan pari, ikan kembung dan ikan keli.

Cuba padankan ikan bakar bersama sesenduk nasi putih dan ulaman tambahkan kuah asam atau kicap cili untuk rasa yang lebih lazat lagi.

Satu lagi pilihan yang sihat ialah ikan kukus. Ikan adalah sumber omega3 yang sangat baik untuk kesihatan dan untuk anda yang sedang diet.

ULAM ULAMAN
Sejak zaman nenek moyang lagi sudah amalkan makan ulam ulaman bersama nasi dan lauk.

Lazimnya ulam ini tumbuh melata dan harganya sangat murah.

Kaya dengan pelbagai khasiat mengandungi nutrisi untuk kesihatan anda.

Ulaman ini hidangan wajib ada di restoran atau gerai makan seperti daun selom, ulam raja, pegaga dan tenggek burung.

Ada antara ulaman ini boleh dikisar untuk dibuat jus. Cuba gantikan sayur yang masak lemak dengan ulam ulaman segar.

SUP
Makanan jenis sup amat bagus untuk kesihatan kerana nutrisi yang masih terkumpul dalam air rebusan itu samada sup ayam, sup daging atau sup sayur adalah lebih baik daripada makanan yang bergoreng.

Jangan bimbang dengan minyak yang terapung pada sup ayam atau daging yang lazimnya minyak itu hasil semulajadi daripada protein tersebut apabila direbus.

Boleh juga gunakan sudu untuk keluarkan minyak dari air rebusan. Sup dengan segenggam nasi pun sedap.

CAPATI DAN DHAL
Capati dan kuah dhal adalah menu sihat antara yang popular di restoran atau gerai mamak.

Dhal dibuat dari lentil sejenis kekacang yang tinggi dengan kandungan zat besi, protein dan asid folik manakala capati pula sejenis roti yang dimasak tanpa minyak.

Gabungan kedua dua makanan ini adalah lebih sihat berbanding roti canai dan kuah kari yang berminyak dan kalorinya pula tinggi.

Selain dari capati, tosai juga bagus, ianya dibuat daripada tepung beras dan lentil, bancuhan tosai ditapai (fermented) terlebih dahulu sebelum ianya sedia dimasak.

Mudah dihadam perut dan kandungan kalori juga lemak yang rendah sangat sesuai untuk anda yang jaga badan.

ROJAK BUAH
Puas rasanya jika dapat menikmati buah buahan tempatan yang ada dalam rojak buah antaranya buah mangga muda, mangga masak, kedondong, jambu air dan jambu batu yang wajib ada dalam rojak buah.

Potongan buah tersebut sendiri kaya dengan serat dan membantu proses penghadaman yang sihat.

Nikmat rojak buah ini terletak pada kuahnya yang masam, manis, pedas dan masin namun anda harus hati hati dengan kuah rojak kerana kandungan gulanya yang agak tinggi.

Kurangkan pengambilan kuah rojak untuk pastikan tiada pengambilan kalori yang berlebihan atau tidak sepatutnya.

AIR KOSONG
Masih ramai yang gemar memesan minuman manis atau bergas ketika makan diluar.

Minum air kosong paling baik kerana ia menghidratkan badan tanpa tambah kalori.

Ketika minum petang atau melepak bersama teman teman, pesanlah minuman teh kosong atau teh ‘o’ kurang manis.

Kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan boleh bantu kurangkan berat badan anda.

Sedang anda gigih mengatur pola pemakanan anda, usaha anda tidak habis di situ.

Anda boleh lebih kreatif dengan produk tambahan kesukaan ramai LOSYEN MUSTAJAB EXTRA HOT dengan rumusan Pati Halia Tulen yang berganda untuk hasil panas yang mampu membakar Lemak dalam badan penyebab pada kegemukan malah anda berisiko diserang penyakit.

Penggunaan Losyen Mustajab Oren tidak sukar malah memudahkan, hanya sapu pada bahagian yang biasa menjadi sarang lemak antaranya di Dagu, Lengan, Belakang Badan, Pinggang, Perut, Pinggul, Paha dan Betis.

Mudah meresap pada lapisan kulit tanpa kesan berminyak dan amat selesa sepanjang anda menggunakannya.

Pada anda yang gemar Berbengkung atau memakai Korset, kesannya akan lebih cepat membakar lemak apabila digabungkan dengan penggunaan Losyen Mustajab Oren ini.

Kesan panas Losyen Mustajab ini tidak hanya pada Lemak malah Selulit juga akan dirawat dari kulit anda.

Kini anda lebih terdedah dengan info sihat terutama hal hal pemakanan, kesihatan dan kecantikkan.

Jadi selepas ini tiada lagi alasan untuk mampu punya Tubuh Badan Sihat, Langsing & Ramping.

Berubah pada gaya hidup sihat dituruti dengan produk tambahan Losyen Mustajab Extra Hot akan buat diri anda lebih sihat, bersemangat dengan lebih berkeyakinan dengan penampilan anda.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Rumusan Khas Yang Berkualiti
Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot dirumuskan khas dengan ekstrak halia yang lebih tinggi untuk kegunaan dalam proses pelangsingan badan. Khasiat halia yang pelbagai sememangnya diketahui umum dan mempunyai manfaat khusus seperti menyingkir angin dari badan dan mengempiskan perut.

Khasiat Berganda
Selain dapat membantu melangsingkan badan dan mengempiskan perut yang buncit, losyen ini juga mampu membantu mengurangkan kesan selulit di peha, pinggul dan perut. Rasa hangat yang berpanjangan ianya memberikan rasa selesa dan nyaman kepada pengguna. Khasiat halia yang dipercayai sejak turun temurun untuk mengempiskan perut dan melangsingkan badan kini lebih mudah digunakan dengan adanya Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot.

Pelangsingan badan menjadi lebih efektif dengan Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot yang diakui sememangnya mustajab!!.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply