Menangani Masalah Kembung Perut

kembung perut
kembung perut

KEMBUNG PERUT adalah gangguan pada dalaman perut yang mana penghidapnya merasa perutnya berada pada tahap yang tidak selesa, penuh dan berangin. Fizikal perut juga terlihat membesar. Situasi ini umumnya di alami bukan hanya pada golongan dewasa sahaja malah pada kanak kanak juga.

Masalah Kembung Perut ini sudah menjadi isu kesihatan yang semakin umum. Sering kedengaran mereka mengadu masalah angin dan pada masa yang sama tertanya tanya akan puncanya.

Penyebab pada Kembung Perut ini apabila angin yang di simpan di dalam usus di sekat dan tidak berupaya untuk keluar. Kesakitan ini bisa menganggu aktiviti harian juga emosi seseorang.

Ada beberapa faktor yang lebih berisiko penyebab pada perut anda masuk angin. Faktor yang perlu anda tahu agar lebih berhati hati terutama dari aspek pemakanan harian atau jauhi dari tabiat yang terlarang ini :

• Individu yang tertekan
• Kerap mengunyah gula gula getah atau mengulum gula gula yang pejal
• Minum guna penyedut minuman (straw)
• Tabiat makan dengan laju
• Makan makanan berat sebelum tidur
• Makan makanan yang banyak lemak
• Pengemar minuman berkarbonat

Kesihatan tubuh badan lebih bergantung pada kesihatan perut anda. Bila kesihatan perut terjaga maka tubuh badan berisiko rendah untuk di serang penyakit. Begitulah sebaliknya, jika kesihatan perut kurang memuaskan, risiko di serang penyakit lebih tinggi.

Kami mahu kongsikan bahan bahan yang terpilih untuk di amalkan terutama pada yang sering perutnya berangin. Jangan ragu ragu untuk mencuba bahan bahan ini, siapa tahu mungkin ikhtiar ini membantu tangani masalah dan jauhi tabiat yang kurang baik agar kesakitan ini tidak berulang lagi.

PENGAMBILAN TAMBAHAN VITAMIN C
Fungsi kebaikan VITAMIN C antaranya membantu buang angin yang singgah pada tubuh badan anda kerana Vitamin C ini sangat penting pada kesihatan diri. Juga membantu tingkatkan imuniti dan keseimbangan dalam ketahanan tubuh badan. Tubuh badan anda akan terasa kembali sihat.

Pengambilan makanan yang mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi seperti buah buahan dan sayur sayuran juga sangat di galakkan.

REBUSAN DAUN BETIK
Cara untuk sediakan Rebusan Daun Betik ini dengan merebus empat atau lima helai daun betik bersama satu liter air. Minum rebusan ini selepas suhu air itu pada kadar suam. Rasanya agak pahit tetapi lebih mujarab.

HALIA
Petua buang angin yang paling popular dan paling mudah di amalkan. Kandungan bahan anti radang dan anti bakteria dalam Halia berfungsi baik untuk masalah Kembung Perut. Minuman air Halia yang di proses secara semulajadi adalah lebih berkesan untuk buang angin dalam tubuh badan anda.

Cuba minum secawah teh Halia suam, boleh juga di campur sedikit lemon dan madu, sebelum, semasa atau selepas makan akan bantu tubuh badan anda merangsang air liur, hempedu dan jus perut untuk lancarkan sistem penghadaman.

BAWANG PUTIH
Segelintir orang agak kurang gemar pada rasa dan bau Bawang Putih tetapi Bawang Putih punya khasiat yang di percayai dapat melegakan Kembung Perut.

Cuma elakkan makan Bawang Putih bersama makanan yang tinggi kandungan garam (sodium), inilah yang akan menyebabkan Kembung Perut tetapi jika di makan secara berasingan, ianya mampu usir angin dari dalam perut dengan efektif.

Anda bolah cuba kunyah Bawang Putih mentah mentah. Badan anda akan mula terasa hangat dan perlahan lahan angin akan baransur keluar. Anda boleh juga cuba sup Bawang Putih untuk legakan kembung.

Mudah sahaja dengan hanya cincang dua ke tiga ulas bawang putih, goreng sebentar bersama sedikit minyak zaitun dengan api kecil. Kemudian tambahkan stok sayuran dan di didih selama sepuluh minit.

MINUMAN AIR LEMON
Lemon adalah diuretik semulajadi dan laksatif (julap) yang lembut bila di tambah ke dalam air suam. Minuman Air Lemon ini boleh bantu kurangkan jumlah garam yang terkumpul dalam tubuh badan anda.

Pastikan anda teguk Air Lemon ini terus dari gelas atau cawan tanpa straw untuk elakkan anda dari tersedut udara berlebihan.

BUAH TEMBIKAI
Selain dari buah lemon, Buah Tembikai juga mempunyai ciri diuretik semulajadi juga selain dari sumber kalium yang bagus. Keseimbangan antara kandungan natrium dan kalium sangat penting untuk kawal Perut dari Kembung.

BUAH PISANG
Bukan setakat sedap rasanya malah mudah nak dapatkan. Kandungan zat kalium yang agak tinggi pada Buah Pisang di katakan mampu bantu kurangkan Kembung Perut. Mahukan kelegaan pada perut, cuba makan Buah Pisang.

BATANG SADERI
Keratan hijau Batang Saderi ini rangup bila di kunyah boleh bantu sistem penghadaman dengan mengawal pergerakan usus dan gas dalam usus. Bahan kimia pada Batang Saderi ini dipercayai bantu kurangkan takungan cecair dalam tubuh badan.

Selain dari itu, ianya juga bantu proses detok yg mana kandungan airnya yang banyak mampu buang toksin dalam tubuh badan. Cubalah makan Batang Saderi ini untuk kesan yang lebih baik.

YOGURT
Kultur aktif hidup dalam Yogurt seperti lactobacillus dan acidophilus boleh bantu legakan simpton Kembung Perut. Jika suka, tambahkan potongan buah buahan, sebaiknya buah tembikai ke dalam Yogurt anda untuk nikmati snek yang lazat lagi kaya khasiat.

BERSENAM
Tidak di nafikan, mereka yang aktif Bersenam, bersukan atau bergerak aktif, di percayai jarang terkena Kembung Perut ini. Dengan bersenam, peluh akan mengalir dan menambah kelenturan otot otot dalam tubuh badan supaya tidak tegang.

Boleh kami tambah LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA yang patut di cuba untuk kesihatan perut anda. Yang anda makan dan minum, jika ianya bersesuaian dengan tubuh badan anda, terus nikmati khasiatnya cuma lipat gandakan ikhtiar anda dengan sapuan Losyen Mustajab Kuning ini.

Selain dari minuman rebusan Halia, Losyen Mustajab Kuning juga di proses dengan Pati Halia Tulin yang umumnya telah tahu akan khasiatnya untuk buang angin jahat yang boleh di anggap gangguan yang menyakitkan perut anda.

Penggunaan yang tidak rumit, hanya perlu sapu manja mengikut putaran jam bersama kesungguhan pada lapisan kulit Perut anda. Sebaiknya di syorkan sapu pada waktu pagi selepas anda mandi dan malam sebelum anda tidur.

Bukan setakat angin dihasut keluar malah kumpulan lemak lemak juga terhakis dek Losyen Mustajab Kuning ini.

Senyum sampai ke telinga bila perut yang maju ke depan kembali kempis bila angin dan lemak sudah di usir keluar dari perut anda. Badan akan terasa lebih ringan.

Kami tidak terhadkan penggunaan Losyen Mustajab ini hanya untuk si Perut sahaja malah turut boleh di kongsi guna pada bahagian Tengkuk, Lengan Tangan, Tapak Tangan, Lutut, Tapak dan Tumit Kaki bila terasa sakit atau kurang selesa.

Bukan satu, bukan dua malah keseluruhan tubuh badan boleh merasai manafaat dari Losyen Mustajab ini. Di galakkan juga sapu pada kanak kanak berusia lima tahun ke atas bila mereka merenggek Kembung Perut.

Apa pun, kebanyakkan penyakit yang menyerang, lebih berpunca dari diri kita sendiri yang mengabaikan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Perlu didik diri anda agar benar benar tegar akan kesihatan tubuh badan dan menitik berat akan carta pemakanan harian.

Percayalah, apa sahaja yang masuk ke mulut anda akan beri impak ke dalam tubuh badan anda sendiri.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply