Menaik Taraf Mutu Laman Web Terbaharu Dan Perkhidmatan

Menaik Taraf Mutu

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T diatas limpahan kemudahan, ilham dan kurniaNya sehingga Laman Web Dunia Herbs terbaharu dengan imej yang lebih baik dapat disiapkan dengan jayanya.

Terima kasih dan tahniah pada ‘team’ syarikat Dunia Herbs yang telah bertukus lumus bagi menyiapkan laman web ini tepat pada masanya.

Dari awal pemilihan konsep dan grafik kami benar-benar ingin yang terbaik bagi memastikan pelanggan dan bakal pelanggan akan dapat melayarinya dengan lebih lancar, selesa dan paling penting mendapat info yang tepat tentang produk dan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat Dunia Herbs Sdn Bhd.

Sesuai dengan usia syarikat Dunia Herbs yang telah mencapai 10 tahun dalam pasaran maka imej terbaharu laman web ini dipilih dengan imej yang lebih matang, jelas dan lebih ‘classy’ dan yang lebih penting ianya mesra ‘android’ dan telefon pintar supaya segala info dapat diakses dan dilayari dimana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Dengan segala usaha menaik taraf mutu perkhidmatan kami ini, kami berharap agar semua pelanggan dan bakal pelanggan akan berpuashati dan terus menyokong produk-produk keluaran Dunia Herbs.

Dunia Herbs….memang mustajab!!

Salam dan terima kasih diucapkan.

Shares

Leave a Reply