Memperkenalkan Kak Seb

kak seb 2

Bismillahirahmanirrahim,

Saya ingin memperkenalkan Puan Sabariah atau selepas ini akan dikenali dengan nama glamer ‘Kak Seb’ yang akan mewakili saya dan syarikat Dunia Herbs sebagai jurucakap produk.

Kak Seb ini sangat berpengalaman luas dalam bidang jurucakap produk kesihatan dan kecantikan dan beliau inshaAllah akan ke udara di ‘talkshow’ radio dan juga televisyen bagi memperjelaskan secara terperinci dan memberi info yang tepat tentang kebaikan produk-produk Dunia Herbs kepada orang ramai diluar sana.

Beliau yang sangat peramah ini berasal dari Kampung Telok Dalam Perak dan merupakan seorang ibu dan isteri yang sangat komited pada kerja dan tugas yang diberikan.

Saya secara peribadi telah mengenali beliau hampir 2 tahun dan saya percaya kerjasama dengan beliau dalam mempromosi produk-produk keluaran Dunia Herbs kali ini kan dapat menceriakan lagi suasana dan juga dapat memberi banyak menafaat kepada orang ramai sebagai pengguna dan juga bakal pengguna produk.

Dunia Herbs…Memang Mustajab !

Shares

Leave a Reply