Memiliki Postur Badan Yang Ideal!

Postur Badan
Postur Badan

POSTUR badan adalah kedudukan tubuh seseorang pada posisi baik semasa berdiri, duduk mahupun berbaring. Ia memerlukan keseimbangan otot dengan tulang belakang, fleksibiliti otot dan gerakan normal pada bahagian sendi.

Jangan sangka kerja berat sahaja yang berisiko malah duduk sepanjang hari di pejabat atau kuliah juga lebih mudah berdepan dengan penyakit apabila kurang pergerakan sehingga lemah otot dan keseluruhan anggota tubuh.

Kedudukan postur yang baik boleh mencegah keletihan pada otot dan sendi belakang, mengurangkan kehausan pada sendi, ligamen, tulang serta menyumbang pada penambilan yang lebih menawan sekaligus membantu melancarkan pernafasan, menguatkan daya ingatan, meningkatkan keyakinan diri dan hindari dari masalah kesihatan.

Betapa pentingnya postur tubuh pada kondisi yang baik. Mari kita teliti bagaimana postur yang sebetulnya dengan semak tip di bawah.

POSISI APABILA DUDUK
Adakala tanpa disedari, kedudukan anda mula meluncur ke bawah dari tempat duduk asal ataupun membongkok. Kerusi empuk atau yang paling selesa di dunia sekalipun tidak memberi makna jika cara duduk anda masih pada posisi yang tidak betul.

Ini kurang baik kerana otot anda akan terasa kurang selesa dan tidak mampu memperbaiki postur tubuh anda. Sebaiknya cuba kekalkan posisi yang tegak dan tidak di galakkan membongkok, jangan terlalu rapat dengan keyboard, skrin komputer dan menyilang kaki.

Kurangkan pergerakan dengan gaya pemalas. Lebih bagus jika mata anda selari dengan bahagian atas skrin komputer.

LETAKKAN BANTAL ATAU KUSYEN
Biasakan meletak bantal atau kusyen bersaiz kecil pada belakang pinggang anda. Ini memberi keselesaan pada pinggang dan lebih santai semasa anda duduk.

PERIKSA POSTUR TUBUH BADAN
Bagaimana anda mahu tahu jika tubuh anda perlukan perubahan pada postur tubuh badan? Cuba kaedah ini, rapatkan tubuh anda pada pintu, dinding atau berhadapan dengan cermin untuk periksa postur tubuh anda.

Anggota bahu, belakang kepala dan lutut sepatutnya pada posisi yang selari.

BERGERAK UNTUK REGANGKAN OTOT
Kebanyakan daripada anda menghabiskan masa berdepan dengan komputer sehingga 8 jam di pejabat. Elakkan duduk seharian di kerusi.

Untuk berlaku adil pada tubuh anda, sila bangun dan berjalan pada setiap 30 minit untuk regangkan otot. Pergerakan ini membantu tubuh anda daripada keras kejung.

LIHAT POSTUR TUBUH BADAN KETIKA BERJALAN
Kaum wanita biasanya yang lebih memburukkan postur tubuh anda dengan menggalas tas tangan. Nampak cantik dan feminin tetapi membebankan dan bahaya pada anggota bahu anda.

Dengan barangan yang banyak dalam tas tangan anda secara automatik telah memberi beban yang tidak seimbang pada salah satu bahu dan ini akan mengakibatkan kesakitan.

Kalau anda masih perlukan tas tangan, usahakan hanya membawa barang yang perlu sahaja agar tidak terlalu banyak dan jangan mengangkat bahu untuk meletakkan bag pada posisi yang betul.

LURUSKAN BAHU
Cuba perhatikan bahu anda, adakah ianya meninggi sehingga ke telinga anda? Tanpa sedari, anda akan di serang sakit otot. Pastikan anda kekal relax dengan posisi seperti biasa.

ELAKKAN MENYARUNG KASUT BERTUMIT TINGGI
Dikalangan wanita lebih gemar memilih kasut bertumit tinggi untuk tampil lebih bergaya tetapi tahukan yang ianya tidak bagus pada pembentukan postur tubuh anda.

Anda telah memaksa tubuh anda bekerja keras untuk pertahankan keseimbangan. Maka gantikan dengan kasut rendah atau ‘flat’.

BERSENAM ATAU BERSUKAN
Ramai yang mungkin terfikir kenapa senaman yoga? Senaman Yoga bisa membantu meningkatkan keseimbangan otot utama dan dapat memperbaiki kesejajaran tulang belankang anda.

Senaman ini juga mengajar anda bagaimana untuk sentiasa berkeadaan postur yang betul ketika duduk, berdiri dan berjalan.

Ada masa atau mungkin anda sudah kerap di serang kesakitan apabila terlalu lama berada pada kerusi ketika menyelesaikan tugasan harian.

Ini petanda postur tubuh anda pada posisi yang tidak bagus. Selain dari memperbaikinya, dalam masa yang sama anda boleh minta bantuan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA kami.

Losyen Mustajab Kuning ini antara tip yang wajib anda cuba untuk kelegaan sakit pada anggota Tengkuk, Bahu, Pinggang, Pinggul, Peha & Betis anda setelah seharian berperang dengan rutin di pejabat atau kuliah.

Pastikan sebelum anda melangkah kaki keluar dari rumah untuk memenuhi aktiviti harian, sapu dahulu Losyen Mustajab kami untuk elakkan dari kesakitan atau lenguh lenguh satu badan sambil manafaatkan tip tip kami.

Jangan abaikan bahagian Perut anda ya, bila terlalu leka dengan tugasan yang bertimbun, ini akan menyebabkan anda malas bergerak maka lemak dalam tubuh anda makin berlipat ganda. Losyen Mustajab Kuning inilah yang akan usahakan lemak lemak tersebut semakin menipis.

Bersedialah untuk pulihkan postur tubuh anda pada yang lebih ideal. Mana yang silap, cuba ubah dengan segera. Risikonya di masa akan datang, contoh yang biasa terjadi ialah sakit belakang. Oleh itu, berikan perhatian pada cara anda duduk, berdiri dan berjalan.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply