Manfaat Daun Belalai Gajah

belalai

Assalamualaikum…. Semua Pembaca….

Minggu ini Tok Aki ingin menyentuh berkenaan pokok herba dikenali sebagai Daun Belalai Gajah atau nama saintifiknya ‘clinacanthus nutans’ daripada keluarga ‘acanthaceae’.

Tok Aki berpendapat ramai kalangan muda belia mungkin tidak mengenali daun ini… Kebiasaannya bagi Tok AKi menjadikan daun berkenaan sebagai ulam untuk dimakan dengan nasi. Rasanya sedikit lemak tetapi sedap. Tambah pula dimakan dengan nasi panas bersama sambal belacan.

Untuk pengetahuan umum, pokok Daun Belalai Gajah yang dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG) ini dikatakan berasal dari Thailand selain tumbuh di kawasan beriklim tropika.

Belalai gajah, sejenis herba popular dalam perubatan tradisional Thai dan China adalah tumbuhan herba yang mempunyai struktur batang kecil dan panjang.

Herba yang tumbuh renek dan menegak dengan batang berkayu mampu mencapai ketinggian 2.5 meter jika tidak dicantas.

Memandangkan batangnya yang kecil dan lembut, herba ini memerlukan sokongan bagi mengelak rebah ditiup angin.

Bagi meningkatkan pengetahuan anda semua terutama orang muda, batang belalai gajah mempunyai ruas-ruas berkayu, berwarna hijau dengan menegak dan kurang bercabang. Ia boleh membiak menerusi keratan batang.

Kegunaan pokok Belalai Gajah:

* Di Thailand, herba ini digunakan sebagai bahan untuk merawat kulit, manakala ekstrak daripada daunnya yang segar digunakan untuk merawat ruam kulit.

* Ekstrak pokok Belalai Gajah juga digunakan di dalam krim yang disapu pada badan ketika terkena cacar air (chicken pox).

* Mempunyai tahap antioksidan yang tinggi untuk melawan sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

* Kajian mendapati herba ini mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, selain mengandungi pelbagai mineral diperlukan tubuh badan, vitamin dan asid amino.

* Selain daun segar dan boleh dimakan begitu saja, herba ini boleh diekstrak untuk dijadikan suplemen dalam bentuk yang mudah diambil serta dijadikan serbuk dengan campuran perisa, kapsul dan teh uncang.

 

jus-mustajab-gold-slide

Tok Aki melihat Dunia Herbs tidak ketinggalan untuk menghasilkan produk menggunakan Daun Belalai Gajah. Ia terbukti menerusi pengenalan Jus Mustajab GOLD yang menawarkan pelbagai manfaat untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan dan bagi mereka yang sihat juga seharusnya mengamalkannya.

Harganya tidak mahal untuk merawat pelbagai penyakit iaitu RM128 (SM) dan RM138 (SS) sebotol (500 ml).

Dapatkan segera Jus Mustajab GOLD…

Sekian…

Shares

Leave a Reply