Manfaat Dari Rutin Joging

joging

Masa hujung minggu adalah saat yang paling sesuai untuk berehat dan bersantai bersama keluarga setelah masing masing sibuk dengan aktiviti mencari rezeki dan bersekolah. Anda perlu kreatif agar hujung minggu di penuhi secara berkualiti bersama insan tersayang. Para pencinta kesihatan, mereka lebih teruja memilih pusat sukan dan taman taman rekreasi. Antara aktiviti pilihan yang membolehkan ahli keluarga anda juga terlibat adalah berjoging.

Joging adalah salah satu bentuk olahraga yang lebih cenderung dengan kegiatan berlari atau berjalan pada momentum yang lebih perlahan dan santai. Antara senaman yang paling mudah dan ringkas untuk hampir semua peringkat umur. Percaya atau tidak, impak pada elemen kesihatan anda ternyata amat bagus jika di amalkan sekurang kurangnya tiga kali seminggu. Lebih baik berjoging daripada tidak melakukan sebarang bentuk senaman. Cuba tanyakan pada para pelari, berjoging bukan lagi aktiviti riadah hujung minggu mereka malah sudah di jadikan sebahagian dari gaya hidup mereka.

Selain dari menghirup udara segar sambil cuci mata, joging adalah sebahagian dari usaha memiliki kekuatan jasmani dan rohani. Badan yang di sahkan sihat, cergas dan aktif melahirkan kehidupan yang lebih sempurna.

TIP-TIP SEBELUM ANDA GERAK BERJOGING :-

→ Nampaknya anda sudah bertahun tahun tidak joging sehingga lupa bila hari terakhir anda berjoging. Makanya anda perlu mulakan dengan joging yang perlahan. Cukup hanya sepuluh minit sahaja, tidak perlulah terlalu ‘over’ bimbang anda akan mengalami rasa pitam.

→ ‘Warm up’ dahulu sebelum mula berjoging. Penting agar otot otot pada tubuh badan tidak terkejut.

→ Cuba tukar laluan jogging anda, jangan guna laluan yang sama untuk beberapa hari supaya anda tidak jemu malah lebih rasa semangat dan bermotivasi.

→ Sebaiknya dua jam sebelum anda joging, pastikan jamah makanan yang ringan ringan sahaja. Elakkan joging selepas makan tenghari dan malam anda.

Artikel kali ini kami kongsikan manafaat berjoging untuk anda rasa lebih bersemangat. Hadiahkan impak yang baik baik pada keseluruhan tubuh badan anda sambil menikmati persekitaran ciptaan tuhan yang nyaman. Kenapa, mengapa dan sebab apa ya?.

CEGAH KEGEMUKAN
Pada anda yang obses menjaga potongan badan, joging merupakan cara yang di galakan untuk kembalikan berat badan yang ideal. Secara putaranya, jika anda berjoging selama satu jam, seribu kalori akan di bakar. Apabila berlakunya pembakaran kalori, ia akan lebih memudahkan anda untuk kurus. Ini bermakna, lebih lama anda berjoging atau lebih pantas, lebih banyak lagilah kalori akan terbakar.

IMUNISASI
Mereka yang kerap berjoging, biasanya akan jarang di serang sakit seperti selsema, alahan, keletihan melampau, senggugut, sakit belakang dan sistem pencernaan. Terbukti yang sistem imunisasi mereka sangat kuat, tidak mudah di jangkiti penyakit.

KESIHATAN JANTUNG
Berjoging merupakan salah satu cara yang sangat efektif untuk mengalakkan otot jantung anda bekerja. Kekerapan anda berjoging lebih melancarkan aliran darah di dalam tubuh badan dan secara tidak langsung risiko serangan jantung, darah tinggi dan angin ahmar atau stroke berada pada tahap yang rendah.

MENGUATKAN OTOT DAN TULANG
Menambah kepadatan tulang. Boleh cuba tengok kaki para atlit atlit kita yang kuat berlari, fizikal nampak kurus melidi tetapi sebenarnya kuat. Tulang akan di rangsang untuk menjadi lebih kuat dan tidak mudah di mamah usia.

PRODUKTIF
Mereka yang mulakan harinya dengan berjoging, di lihat lebih produktif berbanding dengan kelumpok yang tidak berjoging. Ini berpunca dari kecergasan badan mereka, secara tidak langsung otak juga akan lebih cergas dan cerdas. Pastikan anda berjoging dengan kadar yang bersesuaian, bimbang jika keterlaluan boleh membuatkan anda keletihan waktu bekerja.

MENTAL
Berdasarkan kajian, berjoging mampu tingkatkan mood dan membina keyakinan diri yang positif. Simpton kemurungan dapat di elakkan.

TEKANAN
Jika anda sering kali tertekan dengan tugasan kerja atau pembelajaran, pilihlah untuk berjoging atau bersenam supaya kadar tekan anda dapat di kurangkan. Ini kerana semasa anda berjoging atau bersenam, tubuh badan anda akan menghasilkan hormon ‘endorphin’ yang bisa buat kita lebih tenang.

TIDUR
Pada mereka yang menderita ‘insomnia’, cuba cadangkan mereka untuk berlari selama dua ke tiga puluh minit setiap hari. Kemudian perhatikan hasilnya, mereka akan mampu tidur lebih awal, nyenyak malah durasi tidur mereka juga bertambah satu jam.

KULIT
Joging akan merangsang pengaliran darah dalam tubuh badan. Pada masa yang sama pembekalan nutrien dan pembuangan sisa toksik akan menjadi lebih efisyen dan secara tidak langsung menjadikan kulit anda lebih halus.

RASAI KEBAHAGIAAN
Joging mampu merangsang otak untuk menghasilkan hormon ‘endorphin’. Hormon ini lebih terkenal dengan nama jolokannya hormon bahagia.

Wah! Betapa bagusnya bila kita tahu nikmat dari berjoging. Aktiviti sihat yang tidak perlu pelaburan yang besar. Hanya perlu bersiap sedia dengan pakaian dan kasut sukan yang selesa. Untuk lebih kental lagi, jangan terlepas pandang pada LOSYEN MUSTAJAB SUPER HOT selain dari semangat berkobar kobar anda. Kenapa ya?

Mungkin ada antara anda yang sudah sekian lama tinggalkan aktiviti joging ini atau baru mahu berjinak jinak. Sudah tentu anda perlu persiapkan diri untuk sebarang risiko kesakitan atau kejutan pada mana mana bahagian tubuh badan anda.

Jangan pandang remeh pada kecederaan yang berkemungkinan semasa dan selepas anda berjoging. Hindari dari Kekejangan Otot, Sakit Sendi atau Lenguh lenguh Badan yang mampu membantutkan semangat anda untuk terus istiqomah berjoging.

Picit sedikit Losyen Mustajab pada tapak tangan anda dan mula sapu manja pada bahagian Pinggang, Pinggul dan lebihkan sapuan pada bahagian Peha, Lutut, Betis berterusan ke Tapak Kaki yang mana di kesan akan bergerak lebih aktif sepanjang anda berjoging.

Kemudian anjakan sapuan pada bahagian Perut pula yang mana tempat faberet si lemak. Ramuan Pati Halia masih kami kekalkan pada Losyen Mustajab Merah ini sebagai ramuan utama cuma kami tambahkan bersama ‘Capsicum’ untuk aura kepanasan yang berganda.

Semakin jauh langkah anda bersama pergerakan yang semakin aktif, kehangatan Losyen Mustajab Merah ini akan mula terasa pada lapisan kulit, masa inilah lemak lemak sudah tidak boleh duduk diam lagi, melecur dek kepanasan Losyen ini. Lega bila lapisan lemak semakin menipis dan kesakitan pun dapat di tepis. Tiada lagi ‘moody’ selepas berjoging malah anda akan lebih berazam untuk terus aktif.

Untuk kesan yang anda harapkan, jadikan berjoging bersama penggunaan Losyen Mustajab Super Hot ini secara konsisten. Penggunaannya ini tidak terhad ketika anda bersukan sahaja malah kaedah sapu sapu Losyen ini boleh di amalkan sebagai rutin harian pada waktu pagi selepas mandi dan malam sebelum anda lelapkan mata. Keistimewaannya yang mudah mesra, mudah meresap tanpa kesan berminyak dan mesra solat.

Pastikan usaha anda ini tidak hangat hangat tahi ayam. Setiap hari set pada minda, anda perlukan kehidupan yang lebih sihat dengan penampilan yang lebih menawan. Pada yang mahu kurus, jangan berangan kalau anda malas. Tahukah anda bahawa 7,700 kalori yang di bakar boleh turunkan satu kilogram berat badan, wow! Tunggu apa lagi, selamat berjoging.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB

Pembakar Lemak Yang Degil
Sesuai dengan kepanasan yang lebih tinggi dari losyen-losyen yang lain, Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot boleh membantu mengurangkan kesan selulit yang degil dan tebal serta membantu mendapatkan pinggang yang ramping dan potongan badan yang ideal. Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, gunakan bersama bengkung dan nantikan hasilnya yang sangat memuaskan.

Memberikan Kelegaan Pada Otot Dan Sendi
Kesakitan pada sendi serta kekejangan otot selepas melakukan sukan lasak seringkali menjadi masalah utama kepada penggemar aktiviti seperti ini. Namun kini, ia mampu dikurangkan dengan menyapu Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada pengguna dan mengurangkan kesan sakit akibat aktiviti lasak.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply