Makanan Untuk Melawan Sakit Senggugut

Senggugut

Senggugut
senggugut

Sakit Senggugut atau ‘period pain’ sangat sinonim dengan golongan wanita apabila datang bulan sekitar 2 ke 3 hari saat awal haid atau semasa haid sehinggakan keseluruhan badan terasa sakit, lesu malah ada antaranya terasa loya seolah olah mahu muntah.

Keadaan ini akan memaksa anda tidak mampu untuk turun dari katil dan berhadapan dengan emosi yang tidak stabil.

Kebanyakkan wanita masih praktikkan petua lama dengan kaedah melegakan kesakitan Senggugut dengan meletakkan botol atau ‘heating pad’ pada bahagian perut atau cara yang lebih berisiko dengan menelan pil tahan sakit sedangkan ada kaedah yang lebih selamat dan sihat dengan makan.

Bahan makanan yang patut anda makan seperti yang kami kongsikan akan bertindak melawan sakit Senggugut.

SAYURAN HIJAU
Makan sayuran berwarna hijau gelap mampu melawan Sakit Senggugut yg sering anda alami setiap bulan.

Kenapa sayur hijau, sebabnya anda kehilangan banyak darah setiap bulan dan ini bermakna anda akan kehilangan zat besi dalam badan.

Inilah punca badan terasa sakit atau lesu setiap kali sedang haid.

Harus rajin makan bukan hanya untuk kesihatan tubuh anda malah ianya membantu melawan Sakit Senggugut anda.

BUAH BUAHAN
Bukan setakat mahu cantik sahaja makan buah malah mahu lawan Sakit Senggugut juga harus makan buah.

Sebaiknya makan buah pisang, nanas dan kiwi kerana buah buahan ini secara tidak langsung akan meningkat jumlah vitamin B6, dos potassium, bromelain dan enzim actinidin yang terdapat dalam buah kiwi.

• Pisang mengandungi vitamin B6 dan dos potassium yang sihat membantu kurangkan tanda tanda perut kembung dan ‘cramp’

• Nanas mengandungi bromelain sebuah enzim yang melawan inflamasi. Boleh tambah nanas segar pada ‘smoothie’ anda

• Kiwi membantu melawan ‘cramp’ dengan berkesan juga membantu hadam protein dengan lebih mudah juga melancarkan sembelit

OAT
Antara makanan untuk anda yang sedang diet atau menurunkan berat badan tetapi sangat berkhasiat dan kaya dengan kandungan serat.

Oat juga merupakan sumber paling bagus untuk zink dan magnesium.

Magnesium berfungsi untuk membantu merehatkan saluran darah dan selia serotonin, ianya sejenis bahan kimia dalam otak yang membantu melawan kemurungan.

COKLAT GELAP
Makanan kegemaran ramai. Anda pasti akan tersenyum lebar apabila coklat antara makanan yang mampu membantu melawat sakit Senggugut anda.

Makan coklat gelap (dark chocolate) sedang anda haid sekaligus membantu bekal magnesium dan serat dalam tubuh anda.

Pilih coklat gelap yang mengandungi kadar koko sebanyak 85% untuk hasil yang terbaik.

AIR
Biasanya bila saat Senggugut, anda akan berasa kembung perut.

Sepatutnya tidak perlu minum air lagi tetapi sebenarnya minum air membantu badan anda daripada menyimpan air.

Minum banyak air, banyak buang air. Makan sayur sayuran atau buah buahan yang kami senaraikan di atas juga mengandungi banyak air dalam bentuk yang mungkin anda anggap lebih sedap.

Sebaiknya minum air suam atau pilihan lain adalah air teh chamomile.

SALMON
Ikan ini kaya dengan omega3 yang bantu kurangkan inflamasi sekaligus kurangkan kesakitan.

Selain dari sumber protein yang bagus, salmon juga merupakan sumber vitamin D yang menyerap kalsium yang boleh mengawal sakit Senggugut dan B6 pula membantu melegakan keradangan yang anda alami.

MENTEGA KACANG ‘PEANUT BUTTER’
Kacang adalah sumber baik untuk magnesium juga. Ianya bantu mengawal selia serotonin, mentega kacang ini juga membantu anda menggelak dari berasa kembung perut.

TELUR
Telur yang dimaksudkan bukan telur dadar atau teluk mata ya.

Pengambilan telur dalam konteks melawan Sakit Senggugut adalah telur separuh masak kerana ianya mengandungi vitamin B6, D dan E yang bantu melawan Sakit Senggugut atau tanda tanda di serang ‘cramp’.

HALIA
Umum usah tahu akan bagusnya Halia untuk buang angin dalam badan malah halia juga membantu melawan Sakit Senggugut sekaligus membantu legakan rasa loya dan kurangkan kembung perut ketika hari haid anda.

Kami sendiri tidak lepaskan peluang mengguna pakai khasiat ini pada LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA yang sudah nyata bagus apabila kami jadikan Pati Halia Tulin sebagai ramuan utama pada Losyen Mustajab Kuning kami.

Selain dari makanan yang digalakkan makan untuk legakan Sakit Senggugut, kini anda boleh padukan usaha anda hanya dengan sapu Losyen Mustajab ini.

Kaedah makan adalah untuk manafaat bahagian dalaman manakala Losyen Mustajab ini untuk bahagian luaran.

Hanya perlu disapu pada bahagian Ari Ari, Perut, Pinggang juga di bahagian lain yang terasa sakit atau kurang selesa.

Penggunaan yang kami syorkan sekurang kurangnya 5 hari sebelum hari haid pertama sehingga ke hari terakhir.

Persediaan awal itu adalah lebih baik. Sifat serbaguna Losyen Mustajab Kuning ini amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga sehingga untuk kanak kanak berusia lima tahun ke atas.

Losyen Mustajab ini cenderung pada beberapa fungsi seperti sakit Sendi, Otot, Lutut, Pinggang, Tumit Kaki, Gout, Kembung Perut dan banyak Angin Jahat tersimpan dalam badan.

Maka tidak ada sebab untuk anda menolak pelawaan mencuba sedangkan ianya sesuatu yang sangat baik untuk kesihatan dan telah menjadi pilihan utama Tukang Urut untuk disapu pada keseluruhan badan atas permintaan pelanggan.

Rumusannya anda sendiri perlu konsisten kerana kaedah yang kami kongsikan ini mungkin mujarab pada anda, siapa tahu!

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply