Lutut Tidak Sihat!

lutut
lutut

Semakin hari, kita semakin di mamah usia. Saat ini berbagai penyakit mula mengancam. Ini berpunca dari sistem imunisasi atau ketahanan badan semakin melemahkan seiring dengan pertambahan usia.

Kesakitan pada bahagian Lutut antara penyakit popular pada kelompok yang sedang meniti usia senja. Ini petanda sudah sampai masanya, anggota tubuh badan di tahap lelah untuk bekerja. Mula kedengaran keluhan sakit dan terasa ngilu. Biasanya kesakitan ini tiada kaitan dengan sebarang kecederaan cuma keadaan Lutut seolah olah tidak mampu untuk aktif berjalan, berdiri lama, sukar ketika solat, mendaki anak tangga, bangun dari kerusi dan terlihat Lutut membengkak.

Istilah perubatan untuk sakit lutut adalah Osteoartritis. Bahasa mudahnya, sejenis sakit sendi di sebabkan penuaan yang berlaku pada sendi. Rasa sakit menyerang apabila sendi pesakit bekerja keras ketika mereka aktif berlebihan. Punca kesakitan ini apabila mineral pada tulang mulai merosot dan menyebabkan kepadatan tulang menurun. Sendi akan menjadi lebih keras dan kurang fleksibel. Di tambah dengan cecair pelincir (Synovial) dalam sendi yang mula merosot akibatnya tulang rawan mulai bersentuhan antara satu sama lain.

Simptom mereka yang mengalami masalah sakit Lutut dan sendi ini, kedegaran seperti bunyi ‘klik’ pada lutut akibat geseran pada sendi dan sendi akan terasa ketat atau kaku akibat terlalu lama berehat contohnya seperti baru bangun tidur atau duduk yang terlalu lama. Komplikasi dari sakit Lutut dan sendi ini mampu menyebabkan mereka sukar untuk berjalan. Merbahaya apabila mereka menahan sakit ini untuk tempoh yang berlarutan tanpa sebarang rawatan. Keadaan ini boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada Lutut sehingga Lutut kehilangan fungsinya.

Di usia emas ini, sudah tentu mereka tiada pendedahan tentang penjagaan kesihatan sendi dan tulang malah tidak terfikir oleh mereka akan jalan penyembuhannya. Maka mereka perlukan anda sebagai anak, cucu atau adik beradik untuk berkongsi rawatan alternatif bagi tangani masalah sakit Lutut mereka. Mari kita cuba terapkan tip sihat ini untuk yang tersayang.

BERAT BADAN BERLEBIHAN ATAU OBESITI
Berat badan berlebihan memberi tekanan pada sendi sendi yang menampung tubuh badan seperti Lutut dan punggung. Obesiti berisiko berlakunya Osteoartritis. Kerosakan tulang rawan akan berlaku dengan cepat. Oleh itu mereka di nasihatkan untuk kurangkan berat badan ke paras yang lebih idel sebagai langkah pertama untuk atasi masalah sakit Lutut mereka.

Penyakit penyakit lain termasuklah reumatoid artritis (penyakit radang kronik yang menjejaskan sendi sendi di tangan dan kaki) juga gout (sakit perit, bengkak dan kemerahan merahan di sendi sendi yang biasa menyerang kaum lelaki).

REHATKAN SENDI
Pesakit perlu berhenti dari sebarang aktiviti mereka ketika kesakitan pada Lutut menyerang. Rasa sakit ini berpunca bila mana sendi di paksa bekerja keras secara berlebihan. Apabila sendi terbabit di rehatkan, ini akan lebih melegakan. Mereka perlukan masa sehingga beberapa jam untuk rasa sakit beransur lega dan hilang.

MAKANAN TAMBAHAN
Mengamalkan makanan tambahan untuk penjagaan kesihatan Lutut mampu mengurangkan sakit, kekejangan dan bengkak akibat dari gejala Osteoartritis. Antara pemakanan yang digalakkan :-

• Minyak Ikan yang membantu melincirkan sendi dan mengurangkan keradangan
• Vitamin C membantu bina semula tisu penghubung
• Glukosamin membantu membaiki tisu rawan
• Protein yang penting untuk pembaikan tisu tisu otot

DIET YANG SIHAT
Diet yang sihat membantu kurangkan risiko sakit Lutut secara semulajadi. Pilihan pemakanan untuk kesihatan sendi Lutut adalah salmon, tuna, sardin, sayur sayuran, buah buahan, bawang, kekacang juga bijirin penuh.

SENAMAN RINGAN BANTU KUATKAN SENDI
Apabila keradangan sudah mulai lega, mereka boleh mulakan senaman ringan dan sederhana antaranya berjalan di persekitaran rumah. Senaman ringan ini bagus untuk membantu kuatkan otot sekeliling sendi. Tetapi jika sakitnya semakin kronik, sila rujuk dengan pihak doktor terlebih dahulu.

TUAM AIR SUAM
Boleh cuba tuam dengan menggunakan botol yang berisi air suam atau pad panas pada lutut untuk memanaskan sendi dan susutkan bengkak. Selain dari itu, boleh juga mandi air suam untuk kurangkan keradangan. Lakukan cara ini beberapa kali sehari lebih kurang dua puluh minit.

TERAPI AIS
Gunakan ais antara terapi untuk redakan kesakitan yang paling berkesan. Bungkus ais bersama kain & letak pada permukaan Lutut selama lima belas hingga ke dua puluh minit. Teruskan tuam beberapa kali sehari untuk legakan kesakitan, dalam masa yang sama ianya terapi untuk hilangkan tekanan (stress).

BANTUAN ALATAN MEMUDAHKAN AKTIVITI
Mereka sudah tentu memerlukan alatan untuk bantu menyokong tubuh badan ketika mahu berdiri, berjalan dan memudahkan aktiviti harian mereka tanpa beri sebarang tekanan pada sendi lutut yang sakit itu. Tongkat antara alatan yang mampu membantu menyokong berat badan dari Lutut dan pinggul ketika berjalan.

RAWATAN AKUPUNTUR
Kaedah rawatan dengan meletakkan jarum halus ke dalam kulit pada tempat tertentu di tubuh badan ini di katakan amat bagus untuk melancarkan pengaliran darah, merangsang, dan mengaktifkan kembali saraf. Oleh itu apabila Lutut yang sedang sakit di cucuk, seolah olah ia mengalirkan darah yang baru pada Lutut tersebut. Selepas rawatan selesai, pesakit akan terasa ringan dan sedap pada tubuh badan.

SAPUAN DAUN PUDINA
Cuba cara trandisional ini, sediakan beberapa helai daun pudina yang telah di cuci bersih. Kemudian ramas daun bersama sama bancuhan bedak sejuk. Apabila sudah sebati, sapukan ramuan ini pada Lutut dan balut untuk beberapa lama.

Tidak cukup dengan tip di atas, anda boleh tambah rawatan alternatif bersama sapuan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA kami. Losyen Mustajab Kuning ini di rumus dari Pati Halia Tulin. Khasiat Halia yang kita tahu, ianya boleh membantu meningkatkan kesihatan tulang dan kurangkan kesakitan kerana sifatnya yang anti radang.

Tidak salah jika mereka cuba tingkatkan usaha, tidak hanya tertumpu pada satu rawatan sahaja. Untuk sihat mereka perlukan lebih aura kerajinan agar kesakitan dapat di legakan dengan lebih efektif.

Losyen Mustajab Pati Halia ini boleh di amalkan sapu tidak hanya pada bahagian Lutut sahaja malah di PINGGANG, PEHA, BETIS terus ke TAPAK KAKI untuk legakan rasa sakit, ngilu dan lenguh-lenguh.

Mulakan sebarang aktiviti harian dengan dahulukan sapuan Losyen Mustajab Kuning ini, antara langkah awal mencegah Lutut dari ketidakselesaan.

Pada mereka yang fizikal tubuh badannya pada kategori obesiti, ini ada kaitannya dengan kesakitan Lutut mereka. Usah buntu, masih dengan ikhtiar yang sama, sapu sapu Losyen Mustajab pada PERUT atau bahagian bahagian lain yang lemak suka melekat. Bila lemak bisa di kurangkan, kesihatan Lutut akan ikut beransur baik.

Kini sudah terjawab persoalan pada masalah sakit Lutut yang membelenggu kotak fikiran mereka sekian lama. Tugas anda, jangan biarkan yang tersayang mengidap kesakitan Lutut keseorangan tanpa perhatian dan tindakan yang segera.

Lutut antara keperluan manusia terutamanya ketika kita berdiri, duduk, berjalan dan solat. Bayangkan jika Lutut manusia tidak sihat, sudah pasti mereka berhadapan dengan kesulitan dalam segala hal.

SAPU-SAPU JER…MUSTAJAB!

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply