Losyen Mustajab Serai

Losyen Mustajab Serai
Rumusan Khas Kegunaan Seisi Keluarga
Losyen Mustajab Neutral Pati Serai dirumus khas untuk seisi keluarga dan sesuai untuk semua jenis kulit. Sifatnya yang tidak terlalu panas. Bau serai yang wangi juga dapat menenangkan serta melegakan tekanan selain boleh disapu di tempat-tempat bermasalah.

Info Mengenai Serai
Serai ialah rumput tropika yang tumbuh tinggi dan rupa fizikalnya seakan-akan lalang. Batang dan daun segarnya mempunyai bauan seperti lemon yang segar kerana ia mengandungi minyak pati, yang turut hadir sama seperti semasa mengupas lemon. Mungkin inilah juga sebab serai dipanggil sebagai “Lemongrass” di dalam Bahasa Inggeris.

Daun yang panjang seperti lembing di bahagian atas dan berpejal beberapa inci panjang pada bahagian akhir sebelum akar. Serai (Cymbopogon sp.) boleh di golongkan sebagai sejenis rumput berumpun besar dan berakar besar.

Keistimewaan serai adalah kerana semua bahagian seperti daun, batang, akar dan bunganya berpotensi untuk dijadikan sebagai ubatan. Serai, umumnya dikenali sebagai tumbuhan yang akar dan batangnya sering digunakan sebagai rempah penyedap masakan. Serai atau dalam bahasa latinnya disebut ‘Cymbopogon ciatrus’ adalah genus yang mengandungi kira-kira 55 spesies rumpun. Tumbuhan ini boleh tumbuh subur di cuaca panas dan mencapai ketinggian sekitar 2 hingga 4 meter.

Khasiat Dan Cara Penggunaan
Ekstrak Serai dalam Losyen Serai Neutral mempunyai elemen citral yang meransang untuk menyingkirkan kolestrol berlebihan, urik asid dan toksin dalam badan. Losyen ini sesuai untuk semua peringkat umur untuk menghalang daripada gigitan serangga dan sangat lembut pada kulit. Losyen ini boleh diurut secara perlahan-lahan pada tempat yang bermasalah dan losyen ini akan menyerap dengan cepat tanpa meninggalkan kesan minyak. Sapuan sebelum tidur pula boleh menghasilkan tidur yang lebih lena dan tidak diganggu oleh serangga seperti nyamuk.

logo-kualiti-2

Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00
Kandungan : 130ml
KKM : NOT150304952K


Kegunaan Losyen Mustajab Serai


  • ✓ Losyen Pelbagai Guna

    ✓ Boleh Digunakan Sekerap Mungkin

    ✓ Kegunaan Seisi Keluarga (Kecuali Bayi)

    ✓ Digunakan Untuk Urutan Di Bahagian Abdomen Badan


  • .
  • Shares