Losyen Mustajab Pegaga

Losyen Mustajab Pegaga
Losyen Sejuk
Kerisauan tentang rasa ‘pijar’ atau rasa panas yang tidak dapat ditahan oleh seseorang mungkin menyebabkan ada diantara kalangan masyarakat yang takut untuk mencuba Losyen Mustajab Pati Halia. Losyen Mustajab Pegaga Cool adalah salah satu rangkaian Losyen Mustajab yang bersifat sejuk tetapi dirumus khas untuk tujuan pelangsingan badan dan pelbagai kegunaan lain lagi dengan menggunakan ekstrak pegaga yang cukup terkenal dengan khasiatnya.

Pengenalan Kepada Pegaga
Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar. Pada waktu dahulu pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung justeru kegunaannya juga amat terhad. Nama lainnya ialah tapak kuda (Indonesia), indian pennywort, gotu kola. Ia dikatakan berasal dari India tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN. Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak. Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat Gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur. Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.

Khasiat Pegaga
Pegaga, seperti yang diketahui umum, amat berkhasiat bagi menyegarkan badan. Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit daripada berkedut, menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awet muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut, melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya. Selain itu, pegaga digunakan juga untuk menyembuh beberapa penyakit antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi.

Kegunaan Losyen Mustajab Pegaga Cool
Losyen Mustajab Pegaga Cool dengan ekstrak pegaga ini dirumus khas untuk membakar lemak di bahagian yang sensitif seperti dagu, lengan dan peha sesuai dengan sifatnya yang sejuk. Disamping itu, Losyen Mustajab Pegaga Cool ini dapat menjaga kelembutan dan kehalusan kulit kerana ekstrak pegaga mengandungi Vitamin tertentu yang menjaga struktur kulit. Selain digunakan untuk pelangsingan dan lembut pada kulit, Losyen Mustajab Pegaga Cool juga boleh membantu mencerahkan bahagian badan tertentu seperti celah ketiak, siku dan peha.

logo-kualiti-2

Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00
Kandungan : 130ml
KKM : NOT150304953K

Khasiat & Fungsi Losyen Mustajab Pegaga


  • ✓ Losyen Sejuk Serbaguna

    ✓ Bahan Asas Ekstrak Pegaga

    ✓ Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

    ✓ Sapuan Bawah Dagu, Lengan, Peha Dan Pinggul


  • ✓ Penggunaan Berterusan Dapat Melembut Dan Menyihatkan Kulit

    ✓ Tidak Melekit Dan Tidak Berminyak

    ✓ Boleh Digunakan Sekerap Mungkin

  • Shares