Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis – Kegunaan Wanita Selepas Bersalin

limau nipis
Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Rekahan Pada Perut Dan Pinggul
Disamping dapat membantu menurunkan berat badan, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis juga boleh membantu mengurangkan kesan selulit dan kesan rekahan pada pinggang serta pinggul dengan penggunaan yang konsisten. Diperkaya dengan Vitamin E, sememangnya Losyen ini dapat membantu masalah rekahan kulit anda.

Pengganti Param Dan Pilis
Selain itu, ramuan utamanya iaitu halia dapat membuang angin dalam badan serta boleh menggantikan fungsi Param dan Pilis dengan membuat sapuan nipis di dahi dan bahagian-bahagian lain kecuali bahagian luka. Angin di dalam badan akan menyebabkan sakit urat dan lenguh-lenguh badan. Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis ini mampu membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah ini. Losyen ini juga boleh disapu pada kaki sebelum mengenakan stoking. Tiada lagi kerisauan tentang herba-herba yang jatuh bersepah dan mengotorkan pakaian dan tempat tidur dengan penggunaan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis.

Bauan Aroma Yang Menyegarkan
Bauan aroma limau nipis dan halia yang sungguh menyegarkan, ditambah pula dengan sedikit bauan “mint” dapat membantu menceriakan emosi ibu-ibu selepas bersalin yang biasanya lesu dan tidak bermaya. Lakukan sedikit urutan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis untuk membantu pengaliran darah yang lebih lancar, menghilangkan rasa kebas serta membuang angin dalam badan dan mengurangkan tekanan.

Lebih jimat serta lebih efektif, Losyen Mustajab Pati Halia Limau sememangnya mustajab!!.

logo-kualiti

Harga : SM RM24.00 / SS RM27.00
Kandungan : 130ml
KKM : NOT170702246K

Khasiat & Fungsi Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis


  • ✓ Khas Untuk Kegunaan Wanita Selepas Bersalin

    ✓ Menggantikan Fungsi Param Dan Pilis

    ✓ Membantu Mengurangkan Kesan Rekahan Perut Dan Pinggul

    ✓ Membantu Mendapatkan Pinggang Yang Ramping

    ✓ Membantu Mendapatkan Bentuk Badan Yang Ideal

    ✓ Membantu Membuang Angin Dalam Badan


  • ✓ Mempunyai Bauan Aroma Yang Menyegarkan

    ✓ Digunakan Bersama Bengkung Untuk Kesan Optimum

    ✓ Boleh Digunakan Secara Kerap

    ✓ Digunakan Untuk Urutan Seluruh Badan Kecuali Bahagian Luka

    ✓ Disapu Pada Bahagian Kaki Sebelum Memakai Stoking

    ✓ Tidak Sesuai Untuk Bayi

  • Q & A Produk Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis

    Q : Apakah warna tiub Losyen Mustajab Pati Halia Dan Limau ini?

    A : HIJAU

    Q : Berapakah isi kandungan dan harga losyen ini?

    A : 130 ML DAN HARGA SEM – RM24.00 / SS – RM27.00

    Q : Siapakah yang sesuai menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia dan Limau berwarna Hijau ini?

    A : WANITA SELEPAS BERSALIN DAN DALAM PANTANG

    Q : Kenapa losyen ini sesuai untuk golongan wanita selepas bersalin dan dalam pantang?

    A : IANYA DIFORMULAKAN KHAS UNTUK WANITA SELEPAS BERSALIN DAN DALAM PANTANG KERANA HARUMANNYA YANG SEGAR SERTA DAPAT MENGEMBALIKAN BENTUK BADAN ASAL DAN MELANGSINGKAN BADAN. PADA MASA YANG SAMA IANYA MEMBANTU MENGURANGKAN REKAHAN DI PERUT SELEPAS MENGANDUNG. IANYA JUGA AMAT SESUAI UNTUK MENGGANTIKAN PARAM DAN PILIS KERANA BOLEH DISAPU DI DAHI DAN PERUT UNTUK MENGELAKKAN MASUK ANGIN DAN MEMBANTU MENGECUTKAN RAHIM. LOSYEN INI JUGA BOLEH DISAPU DI BAHAGIAN KAKI DAN BETIS SEBELUM MEMAKAI STOKIN BAGI MENGELAKKAN MASUK ANGIN DAN KEKEJANGAN, JUGA AMAT SESUAI DISAPUKAN DIBAHAGIAN BELAKANG BAGI MENGURANGKAN RASA LENGUH-LENGUH BADAN DAN SAKIT PINGGANG.

    Q : Berapakah tahap kepanasan losyen ini mengikut nombor dibawah ini :-

    1 – Sejuk
    2 – Tidak Panas
    3 – Kurang Panas
    4 – Panas
    5 – Lebih Panas
    6 – Sangat Panas

    A : NOMBOR 4 – PANAS

    beauty herbs

    Shares