Losyen Mustajab Pati Halia – Kegunaan Pelbagai Guna

Losyen Mustajab Pati Halia
Kegunaan Pelbagai Guna
Kegunaan seisi keluarga dan losyen serbaguna Losyen Mustajab Pati Halia sememangnya harus dimiliki oleh setiap isi rumah. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2005, Losyen Mustajab Pati Halia Dunia Herbs menjadi perintis bagi produk losyen berasaskan pati halia. Mempunyai ribuan testimoni hebat daripada pelbagai lapisan masyarakat pengguna. Losyen ini yang bersifat tidak melekit dan cepat meresap pada kulit serta mempunyai kehangatan yang sederhana.

Amalan Turun-temurun
Diformulakan dari ekstrak pati halia yang telah diketahui umum banyak fungsi dan khasiatnya. Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun yang lampau. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit seperti masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah yang tidak lancar.

Kelebihan Halia
Halia atau nama saintifiknya ‘Zingiber officinale Roscoe’ dari keluarga ‘Zingiberaceae’ kaya dengan kandungan kalium, fosforus dan kalsium, protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin. Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah telah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden. Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai ‘Gingeroles’ memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

logo-kualiti

Harga : SM RM22.00 / SS RM25.00
Kandungan : 130ml
KKM : NOT170702251K

Khasiat & Fungsi Losyen Mustajab Pati Halia


  • ✓ Membantu Mengurangkan Perut Buncit Dan Selulit

    ✓ Membantu Membuang Angin Dalam Badan

    ✓ Mengurangkan Kesakitan Akibat Senggugut

    ✓ Membantu Mengurangkan Sakit Sendi Dan Otot

    ✓ Membantu Melegakan Lenguh-lenguh Badan

    ✓ Membantu Mengurangkan Sakit Pinggang Dan Belakang

    ✓ Membantu Melegakan Kembung Perut


  • ✓ Membantu Mengurangkan Kesan Ruam Dan Kesan Lecur

    ✓ Membantu Mengurangkan Kesakitan Akibat Gigitan Serangga

    ✓ Membantu Mengurangkan Kesakitan Akibat Gout

    ✓ Digunakan Untuk Urutan Akibat Terseliuh

    ✓ Kegunaan Seisi Keluarga (Kecuali Bayi)

    ✓ Boleh Digunakan Sekerap Mungkin

Q & A Produk Losyen Mustajab Pati Halia

Q : Apakah warna tiub Losyen Mustajab Pati Halia ini?

A : KUNING

Q : Berapakah isi kandungan dan harga losyen ini?

A : 130 ML DAN HARGA SEM – RM22.00 / SS – RM25.00

Q : Siapakah yang sesuai menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia berwarna Kuning ini?

A : WANITA, LELAKI, WARGA EMAS DAN KANAK-KANAK

Q : Kenapa losyen ini sesuai untuk golongan wanita, lelaki, warga emas dan kanak-kanak?

A : KERANA IANYA DIFORMULAKAN KHAS DARI PATI HALIA TULEN UNTUK PELBAGAI KEGUNAAN BAGI MENYELESAIKAN MASALAH KESIHATAN DAN KECANTIKAN SEPERTI MEMBANTU MENGATASI PERUT BUNCIT DAN SELULIT, LENGUH-LENGUH DAN ANGIN DALAM BADAN, SAKIT OTOT DAN BELAKANG SERTA SESUAI UNTUK WANITA YANG SELALU MENGALAMI SENGUGUT.

BOLEH JUGA DISAPU OLEH ORANG DEWASA PADA KANAK- KANAK YANG BERUMUR 5 TAHUN KEATAS BAGI MEMBANTU MELEGAKAN KEMBUNG PERUT DAN TERSELIUH MALAH WARGA EMAS YANG ADA MASALAH SAKIT LUTUT DAN SENDI JUGA AMAT BAGUS DISAPUKAN LOSYEN PELBAGAI GUNA INI. IANYA JUGA DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN SAKIT AKIBAT GOUT DAN JUGA BERKESAN PADA MEREKA YANG ADA KESAN-KESAN LECUR AKIBAT TERKENA AIR PANAS ATAU MINYAK PANAS.

Q : Berapakah tahap kepanasan losyen ini mengikut nombor dibawah ini :-

1 – Sejuk
2 – Tidak Panas
3 – Kurang Panas
4 – Panas
5 – Lebih Panas
6 – Sangat Panas

A : NOMBOR 4 – PANAS

beauty herbs

Shares