Lemak Di Perut. Tidak Gusarkah Anda??

lemak
lemak

Cuba cermin perut anda! Apa yang terlihat oleh mata anda? Biasanya tidak lain dan tidak bukan gumpulan LEMAK yang sedang bertimbun di perut. Saat itu mulalah tidak keruan. Lemak ini di anggap umpama musuh yang mencacatkan penampilan. Maka tidak hairanlah begitu ramai di luar sana yang berlumba lumba dengan pelan kurus mereka sehingga sanggup melabur ribuan ringgit asalkan kembali pada perut kempis dan ramping.

Jangan terlalu obses pada kecantikan, ada hal lain yang perlu anda risau berkaitan dengan lemak di perut ini. Tahukah anda, perut buncit yang di sebabkan sekumpulan lemak bakal mengundang ragam risiko kesihatan dan tanda tanda awal penyakit!

Perut buncit ini berpunca dari gaya hidup dan cara pemakanan individu itu sendiri. Lemak yang terkumpul di dalam perut di kenali dengan lemak ‘visceral’. Menakutkan lagi, bila perut semakin buncit petanda makin tidak sihatlah dirinya. Faktanya, ada banyak penyebab kenapa lemak menumpu di perut.

Anda antara yang berpenampilan perut buncit? Apa kata kita fokus pada penyebabnya, info ini akan lebih membantu memudahkan usaha anda untuk leburkan lemak lemak yang tidak di undang.

BERAT BADAN TERLEBIH SUDAH, sah berbukit himpunan lemak di perut anda. Di sebabkan banyaknya kalori yang masuk ke dalam tubuh badan berbanding dengan kalori yang keluar di tambah dengan makan pada sukatan ikut perasaan sehingga berlebihan dan kurang pergerakan.

KURANG AKTIF, anda perlu pastikan jumlah kalori yang masuk harus sama dengan jumlah yang keluar jika mahukan berat badan yang normal. Jika sebaliknya, sudah tentu graf berat badan anda menaik. Puncanya bila anda sendiri kurang bergerak aktif. Kajian ada membuktikan wanita yang hobinya menonton televisyen dan menghabiskan masa lebih dari tiga jam sehari memiliki risiko obesiti dengan perut lebih buncit hampir dua kali ganda di banding dengan wanita yang hanya menonton kurang dari satu jam sehari.

TABIAT PEMAKANAN TIDAK SIHAT, lemak berkumpul berlebihan apabila pengambilan gula dan lemak (terutama lemak trans) berlebihan. Pengambilan harian protein dan serat yang rendah juga punca terkumpulnya lemak dan menaikan angka berat badan anda. Protein dan serat sangat membantu anda kawal nafsu makan dan melancarkan proses pencernaan.

MENOPAUSE, saat ini petanda anda sudah semakin berusia maka semakin berkuranglah massa otot dan lemak semakin bertambah. Ini membuatkan tubuh perlu lebih sedikit untuk bakar kalori dan ini juga akan menyukarkan anda pertahankan berat badan pada skala normal. Perhatikan mereka yang lebih berusia, biasanya tampak lebih mudah gemuk.

Hal yang lain, penurunan kadar hormon estrogen di kala mencecah usia menopause juga antara sebab mempengaruhi proses pembuang lemak dalam tubuh badan maka lemak berlebihan tersimpan di perut tidak di bahagian pinggul atau peha.

TEKANAN, saat anda tertekan (stress) tanpa di sedari anda akan makan berlebihan dengan selera yang membuak buak pada makanan manis, tinggi kalori atau berlemak. Saat ini juga kemalasan melanda untuk sebarang aktiviti fizikal, akhirnya kalah untuk nyahkan lemak.

Kandungan hormon kortisol akan terhasil jika anda terlalu tertekan yang mana akan menghalang hormon pembakaran lemak berfungsi dan kesudahannya lemak semakin menebal.

KURANG TIDUR atau TIDUR YANG TIDAK BERKUALITI penyebab kadar metabolisme dalam tubuh badan akan berkurang sekaligus menyulitkan proses pembakaran lemak. Anda lebih berisiko pada kenaikan berat badan sehingga punya lemak perut dengan mudah. Ada kemungkinan anda akan menikmati makanan yang tidak sihat pada waktu anda kurang tidur.

FAKTOR GENETIK, contohnya yang di warisi daripada seorang ibu kepada anaknya. Kajian ada menyebut bahawa melalui persekitaran, tabiat dan diet si ibu ketika di fasa kehamilan boleh beri kesan pada anaknya dari segi berat badan dan risiko menghidapi penyakit penyakit kronik.

Kini anda mungkin tersedar akan penyebab lemak perut ini. Apa yang anda perlukan selepas ini adalah tindakan yang lebih bijak untuk leburkan gumpalan lemak pada perut tidak kiralah apa pun alasan anda, untuk penampilan atau kesihatan yang lebih baik dan sihat. Pilihan masih di tangan anda.

Rumusannya, kerja kerja mengkikis lemak di perut ini kembali normal, perlukan 80% dari kualiti pemakanan dan 20% dari amalan bersenam atau bersukan.

Tidak habis di sini, LOSYEN MUSTAJAB EXTRA HOT masih mahu ke hadapan menyumbang pada kaedah perut kempis tanpa gumpalan lemak sekaligus penurunan angka pada skala penimbang anda. Jangan keliru, sapuan Losyen Mustajab Oren ini pada bahagian PERUT, kongsi sapuan pada LENGAN, PINGGANG, PINGGUL, PEHA, adalah solusi efektif untuk bersama menyempurnakan usaha anda perangi lemak selain dari amalan pemakanan dan gaya hidup yang lebih berkualiti.

Rumusan Khas Yang Berkualiti
Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot dirumuskan khas dengan ekstrak halia yang lebih tinggi untuk kegunaan dalam proses pelangsingan badan. Khasiat halia yang pelbagai sememangnya diketahui umum dan mempunyai manfaat khusus seperti menyingkir angin dari badan dan mengempiskan perut.

Khasiat Berganda
Selain dapat membantu melangsingkan badan dan mengempiskan perut yang buncit, losyen ini juga mampu membantu mengurangkan kesan selulit di peha, pinggul dan perut. Rasa hangat yang berpanjangan ianya memberikan rasa selesa dan nyaman kepada pengguna. Khasiat halia yang dipercayai sejak turun temurun untuk mengempiskan perut dan melangsingkan badan kini lebih mudah digunakan dengan adanya Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot.

Pelangsingan badan menjadi lebih efektif dengan Losyen Mustajab Pati Halia Extra Hot yang diakui sememangnya mustajab!!.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply