Legakan Derita Senggugut

senggugut
senggugut

Keluhan para wanita setiap kali bermulanya kitaran awal haid bulanan. Rata-rata wanita tidak terlepas dari alami kesakitan ini. Petanda hari haid sudah tiba maka bermulalah kesakitan pada perut, ari-ari, pinggang, lenguh pada kaki, payudara tegang, berdenyut pada miss v, kembung perut dan terasa loya.

Tidak mustahil saat ini ‘mood moody’ melanda bila semuanya serba tidak kena, resah dan merimaskan sehingga terganggu aktiviti harian. Segelintir wanita kesakitan senggugut ini impaknya sangat menyakitkan sehingga mendesak mereka bertemu doktor dan akan diberi cuti sakit.

Kesakitan ini berpunca dari pengucupan dinding rahim yang amat ekstrem disebabkan oleh sejenis hormon yang di kenali sebagai ‘Prostaglandin’. Sejenis kumpulan molekul lipid yang berasal dari asid lemak dan fungsinya sangat penting pada tubuh badan.

Setiap ‘prostaglandin’ ini mengandungi dua puluh atom karbon. Merupakan perantaraan dan memiliki kesan pisiologi yang kuat seperti mengawal pengucupan dan rehat tisu otot licin. Inilah penyebab pada kesakitan dan jika ia terhasil secara berlebihan maka timbullah rasa sakit senggugut ini.

Senggugut Terbahagi Kepada 2 Jenis :-

SENGGUGUT PRIMER
Kebiasaan dialami oleh wanita remaja yang belum pernah berkahwin. Kesakitan menyerang pada hari pertama dan kedua hari haid. Terbukti anda berada di zon subur.

SENGGUGUT SEKUNDER
Ianya berkait rapat dengan penyakit organik, antaranya penyakit dari uterus, saluran fallopio atau ovari. Ini di sebabkan wujudnya sel endometrium di luar rahim (endometriosis) dan berlaku pendarahan dalam perut. Ada kemungkinan lain, jangkitan kronik yang menyebabkan sakit senggugut pada lewat usia dan ini berlarutan sepanjang hari haid.

Ada wanita perlukan pil penahan sakit ketika hari haid mereka tetapi doktor pakar menolak kaedah ini yang lebih mengundang kesan negatif pada kesihatan buah pinggang anda. Tak ada penyakit jangan cari penyakit, cuba usaha pada alternatif yang lebih semulajadi dan sihat.

Apa kata untuk hari haid yg bakal mendatang ini, cuba berhenti dari kaedah berisiko, legakan kesakitan senggugut anda dengan cara semulajadi yang kami kongsikan ini tanpa melibatkan pil tahan sakit.

JAGA DIET DAN PEMAKANAN
Anda perlu lebih serius dalam hal ini. Makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi seperti daging lembu, kambing dan produk tenusu wajar di elakkan. Menurut kajian, ianya akan mengakibatkan pengucupan rahim menjadi lebih ekstrem.

Juga elakkan pengambilan garam, karbohidrat, serat dan minuman berkafein. Ini akan mengakibatkan keradangan dan bengkak pada saluran pembiakan tiub fallopian dan rahim. Lebihkan makan buah buahan, sayur sayuran dan coklet gelap kurang manis.

MINUMAN AIR TEH DAN AIR SUAM
Sudah ramai yang arif akan manafaat air suam. Air suam juga memberi kelegaan pada otot rahim yang kejang, membuang toksin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan mengenyangkan perut,

Anda juga boleh ubah selera pada minuman teh hijau atau teh pahit tanpa gula, juga bantu legakan kesakitan. Teh hijau yang anda perlu tahu mengandungi tinggi fenolat yang mana boleh menghalang kesakitan senggugut. Cuba bancuh air teh bersama sedikit kapur sireh.

HERBA
Tidak salah rasanya kita ambil tahu petua orang tua-tua dahulu,

– Bakar sembilan biji pinang tua hingga menjadi arang dan tumbuk halus. Kemudian campurkan secawan air suam dan minum dari hari haid pertama berterusan sehingga hari ke sembilan.

– Rebus rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang, kemudian minuman rebusan tersebut sebelum atau semasa hari haid.

– Tumbuk halia dan campurkan bersama serbuk lada hitam. Sukatan kedua dua bahan ini sama banyak. Di syorkan makan seminggu atau dua minggu sebelum hari haid tiba.

VITAMIN, MAKANAN TAMBAHAN (SUPPLEMENT) DAN MINYAK IKAN
Pengambilan vitamin, makanan tambahan (supplement) tidak di nafikan menyokong tubuh badan lebih sihat, aktif dan bertenaga. Vitamin B1 dan Minyak Ikan antara cara semulajadi untuk merawat sakit senggugut.

Vitamin B6 yang terkandung dalam ubi kentang, pisang, ikan, ayam juga di kata mampu melegakan tekanan emosi, kembung perut dan sakit senggugut. Kalsium dan magnesium pula dapat elakkan pengucupan keterlaluan pada dinding rahim.

BERTUAM
Dengan cara bertuam panas, otot-otot yang sedang rancak mengucup akan lebih ‘relax’. Anda boleh gunakan Pad Pemanas yang mudah di beli dari farmasi. Tuam pada perut atau pada mana mana abdomen yang di serang sakit atau rasa tidak selesa.

Botol yang berisi air panas dibaluti bersama tuala juga boleh gantikan pad pemanas ketika proses bertuam. Selain dari bertuam, anda juga di galakkan mandi air hangat atau suam bagi meredakan kesakitan.

BERSENAM
Bersenam atau berolahraga mampu membantu tubuh untuk melepaskan hormon endorphins dalam tubuh yang dapat mengurangkan gejala kekejangan (cramp) perut. Gerakan seperti yoga, jogging serta jalan kaki boleh membuatkan gerakan di bahagian otot. Ianya akan mengurangkan masalah kekejangan (cramp) yang teruk.

Alternatif terakhir tetapi tidak di nafikan keberkesanannya hanya dengan urutan. Urut bukan sebarangan urut, kombinasi bersama LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA. Rumusan Pati Halia Tulin pada Losyen Kuning ini membantu anda persiapkan diri lebih awal sebelum hari haid tiba. Jika anda sudah arif dengan tarikh keramat hari pertama haid anda, ini lebih memudahkan untuk anda hindari sakit yang keterlaluan,

Picit Losyen Kuning pada tapak tangan dan mulakan urutan lembut pada abdomen PERUT, ARI ARI, BELAKANG BADAN, PINGGANG, PEHA, BETIS sehingga ke TAPAK KAKI sekurang kurangnya lima hari sebelum hari pertama haid anda di lanjutkan sehingga hari haid terakhir. Tiada yang merumitkan, dengan keadaan terbaring pun anda masih boleh usahakan,

LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA ini tidak tertumpu pada proses melegakan kesakitan malah dengan Losyen yang sama, boleh bantu anda nyahkan segala lemak yang berlipat ganda melingkar di Perut dan Pinggul anda. Anda tidak perlu tertunggu tunggu harinya, jadikan amalan urutan atau sapuan nyahkan lemak ini secara harian,

Kini anda sudah boleh tarik nafas lega, ada banyak alternatif yang semulajadi lagi sihat. Buatlah pilihan yang bijak. Jangan terlalu fokus pada kesakitan, tanam sikap yang lebih positif dan tenang pada diri anda. Hindari kesakitan lebih awal agar anda tidak di rundung kemurungan.

SAPU-SAPU JER…MUSTAJAB!

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply