Kurangkan Sakit Otot Selepas Bersenam

Sakit Otot

Sakit Otot
sakit otot

Bangga dengan diri sendiri apabila anda berjaya aktif bersenam sehingga ke akhirnya mengikut perancangan.

Petanda azam anda untuk kembali pada potongan badan yang ideal tidak sia sia.

Jika anda baru berjinak jinak dengan aktiviti bersenam ini, pastinya otot akan terkejut sehingga anda rasa kesakitan selepas atau selang beberapa hari anda bersenam.

Sebaiknya jangan biarkan kesakitan ini semakin melarat atau terus memaksa otot menjalani aktiviti berat lagi.

Kesan sakit ini akan membantutkan pergerakan anda.

Anda perlu tahu langkah langkah untuk membantu mengurangkan gejala ini agar anda dapat konsisten bersenam dengan lebih sihat dan cergas.

PEMAKANAN YANG SIHAT
Badan anda perlukan protein untuk kerja kerja pembaikkan otot dan karbohidrat untuk menjana bekalan tenaga selama anda bersenam dan pada hari hari seterusnya.

Untuk menghasilkan hormon, badan anda perlukan lemak yang sihat.

Maka adalah penting untuk anda menjaga pemakanan sebelum (pre-meal) dan selepas latihan (post-meal).

Antara menu sihat, semangkuk sayur sayuran bersama ayam atau sepotong roti bakar mentega kacang dengan buah epal sebelum atau selepas anda bersenam.

Pastikan menu yang di pilih kekal buat anda bertenaga.

HIDRASI
Dehidrasi adalah salah satu punca yang menghalang proses memulihkan otot.

Untuk mengepam otot yang rosak, tubuh badan anda memerlukan cecair yang cukup.

Pastikan anda sentiasa minum seteguk air bagi setiap 15 hingga 20 minit semasa bersenam.

Langkah ini akan membantu kesakitan otot segera beransur hilang.

PEMANASAN BADAN (WARM UP)
Anda wajib luangkan masa antara 10 hingga 15 minit untuk lakukan aktiviti pemanasan badan sebelum anda bersenam dengan melakukan senaman ringan dan mudah antaranya aerobik, berjoging perlahan atau berjalan pantas di ikuti dengan aktiviti regangan.

Pastikan anda benar benar merasa pengaliran darah laju dan panas untuk memastikan anda mampu mendapatkan bekalan oksigen yang mencukupi daripada aliran darah ke dalam otot semasa latihan anda.

Otot anda perlu menjadi panas terutamanya dalam cuaca sejuk supaya otot anda lebih fleksibel untuk proses mengecut dan merenggang semasa senaman.

PENYEJUKAN BADAN (COOL DOWN)
Di penghujung latihan, sebaiknya perlahankan senaman anda dan di ikuti dengan senaman regangan dan bukannya berhenti secara mengejut.

Penyejukan badan (cool down) boleh membantu mencegah pengumpulan sisa cecair di dalam otot dan sendi juga mengelak dari sengal otot.

Malah sesi penyejukan badan (cool down ) selama 10 hingga 15 minit akan membantu anda mencapai pernafasan seperti biasa.

KAEDAH URUTAN
Urutan otot yang sedang sakit adalah kaedah terbaik untuk melegakan tisu dalaman otot dan dalam masa yang sama turut membantu pengaliran darah seterusnya mempercepatkan proses pemulihan.

Sebaiknya dapatkan khidmat urutan daripada yang benar benar pakar dan lakukan urutan ke seluruhan badan.

Boleh juga jika anda mahu gunakan ‘foam roller’ untuk mengurut dan meningkat aliran darah ke otot melalui tekanan ‘roller’ tersebut.

Urutan secara perlahan lahan di bahagian otot yang tegang sebenarnya membantu melembutkan otot.

Sebelum memulakan senaman regangan, luangkan masa 10 hingga 15 minit untuk urutan menggunakan ‘roller’.

Apabila otot anda lebih lembut, anda akan dapat merengangkan lagi otot anda berbanding ketika ia masih mengecut.

MANDI SAUNA
Meningkatkan suhu badan sekaligus melancarkan peredaran darah selain memberi lebih banyak osigen dan nutrient ke otot.

Di syorkan mandi sauna selepas habis anda bersenam atau beberapa jam kemudiannya.

Langkah ini juga baik untuk merehatkan dan melegakan tubuh badan anda secara psikologi.

TERUSKAN BERGERAK
Meneruskan aktiviti ketika otot masih sakit mungkin di sangka idea yang tidak bagus sedangkan menurut para penyelidikan ada mengesahkan bahawa aktiviti ringan sebenarnya membantu mengekalkan peredaran darah dan mempercepatkan keupayan tubuh badan untuk mengepam keluar dan mengalirkan sisa dan bahan kimia yang ada kaitan dengan sakit otot.

Losyen sapuan juga tidak kurang hebatnya dan masih membantu mempercepatkan proses melegakan kesakitan otot.

Demi keprihatinan kami pada anda, kami telah rumuskan LOSYEN MUSTAJAB SUPER HOT yang bersifat panas untuk membantu anda dari kesakitan otot selepas bersenam.

Mungkin anda sudah biasa dengan kesakitan ini tetapi tidak sepatutnya anda abaikan kesakitan itu, bimbang akan berlanjutan sehingga mematahkan semangat anda untuk bersenam pada hari seterusnya.

Ramuan Pati Halia dan Capsicum pada Losyen Mustajab Merah ini tidak sekadar melegakan malah turut membantu mencegah dari Kekejangan Otot, Sakit Sendi dan Lenguh pada keseluruhan badan.

‘Pack’ Losyen Mustajab Merah yang mudah di bawa ke mana mana ini, hanya perlu anda sapu secara membulat pada bahagian Tengkuk, Lengan, Perut, Pinggang, Pinggul, Peha, Betis sehingga ke Tapak Kaki sebelum aktiviti regangan anda bermula.

Cegah otot anda dari kesakitan yang di luar jangkaan.

Ketika anda mula mengerakkan badan, perlahan lahan kepanasan Losyen Mustajab Merah ini akan terasa dan bertahan pada jangkamasa yang lama sehingga Lemak berlebihan dalam badan turut merasa hangatnya lalu cair.

Semakin laju pergerakan anda, kepanasannya mampu bertahan pada jangkamasa yang lebih lama.

Walaupun keletihan anda tetap bersemangat menghabiskan aktiviti senaman anda sehingga ke akhir waktu tanpa di landa kesakitan otot malah lebih berkobar kobar untuk terus bersenam pada hari berikutnya.

Di tambah dengan kesan panas dari Losyen Mustajab Super Hot yang lebih cenderung pada otot yang sihat dan badan yang langsing.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB

Pembakar Lemak Yang Degil
Sesuai dengan kepanasan yang lebih tinggi dari losyen-losyen yang lain, Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot boleh membantu mengurangkan kesan selulit yang degil dan tebal serta membantu mendapatkan pinggang yang ramping dan potongan badan yang ideal. Untuk mendapatkan kesan yang lebih optimum, gunakan bersama bengkung dan nantikan hasilnya yang sangat memuaskan.

Memberikan Kelegaan Pada Otot Dan Sendi
Kesakitan pada sendi serta kekejangan otot selepas melakukan sukan lasak seringkali menjadi masalah utama kepada penggemar aktiviti seperti ini. Namun kini, ia mampu dikurangkan dengan menyapu Losyen Mustajab Pati Halia Super Hot terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Rasa hangat yang berpanjangan, menambahkan keselesaan pada pengguna dan mengurangkan kesan sakit akibat aktiviti lasak.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply