Khasiat Memakai Tapel, Param Dan Pilis Semasa Berpantang

Wanita, lumrah mereka untuk sentiasa kelihatan cantik tidak dapat dinafikan.

Keyakinan diri akan melonjak lebih tinggi apabila seseorang itu kelihatan cantik.

Banyak mata yang akan terpesona dengan kecantikan anda.

Situasi yang sama kepada wanita selepas bersalin, sentiasa berusaha untuk terus kekal sihat dan cantik maka ibu harus menjalani proses berpantang samada dari segi makanan, pergerakan juga penjagaan fizikal badan hanya kerana tidak mahu tua sebelum waktunya.

Antara rawatan berpantang yang sudah menjadi perkara wajib sejak turun termurun adalah Param, Pilis dan Tapel.

PARAM
Sejenis rawatan sapuan pada keseluruhan badan kecuali bahagian payudara dan perut sebelum berbengkung.

Tujuannya untuk membantu mengatasi pembengkakkan pada ibu selepas melahirkan.

Di galakkan sapu 2 kali sehari selepas mandi selama 40 hari berpantang agar badan ibu terasa segar semula.

Pada asasnya, Param terdiri dari beras yang direndam dan dicampur dengan bahan bahan seperti kencur, sirih, halia, cendana, bawang putih, kunyit, kulit limau purut dan beberapa jenis herba lagi.

FUNGSI PARAM
• Membantu melancarkan peredaran darah
• Membantu mengelakkan angin masuk ke dalam badan
• Membantu menghangatkan badan
• Membantu menjaga kecantikan luaran kulit
• Membantu menyegarkan badan

PILIS
Campuran herba yang khusus untuk di sapu pada bahagian dahi selepas berparam dan berbengkung.

Bahan asasnya adalah tepung beras yang dicampur dengan kunyit, biji pala, bawang putih dan kulit kayu manis kemudian di buat bedak sejuk.

Sebaiknya lakukan 2 kali sehari selepas mandi sepanjang 44 hari tempoh berpantang untuk membantu mengekalkan kesegaran atau memadai juga di lakukan selama 2 atau 3 minggu berpantang mengikut kesesuaian individu.

FUNGSI PILIS
• Membantu meredakan sakit kepala
• Membantu melancarkan peredaran darah
• Membantu menyegarkan mata juga memberi keselesaan pada ubun
• Membantu mengurangkan rasa pitam / gelap mata / pandangan kabur yang biasanya di alami oleh wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
• Membantu mengelakkan ‘angin’ yang boleh menyebabkan tekanan emosi

TAPEL
Kaedah sapuan pada bahagian perut sebelum dililit bengkung.

Bahan yang biasanya digunakan dalam ramuan ini adalah tepung beras, kapur sirih, limau nipis, kencur dan kayu manis.

Selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal tetapi untuk ibu yang bersalin secara pembedahan (caesarean) pastikan bahagian pembedahan tersebut tiada luka, kering, tidak bermasalah atau benar benar sembuh.

Sebaiknya tunggu sehingga 3 minggu atau dapatkan nasihat pihak doktor sebelum melakukan rawatan ini.

FUNGSI TAPEL
• Membantu mengurangkan rasa sakit pada perut serta memulihkan keadaan luaran perut akibat rekahan (stretchmark) juga selulit
• Membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut
• Membantu menghangatkan perut dan membuang angin serta darah kotor
• Membantu menegangkan perut yang menggelebeh

Kesemua kaedah ini anda boleh laksanakan dengan lebih mudah dan santai bersama produk yang lebih moden, LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU NIPIS.

Losyen Mustajab Hijau ini akan sebaik mungkin berfungsi mengantikan rawatan Param, Pilis dan Tapel sepanjang ibu berpantang.

Ibu boleh lakukan sendiri jika tiada pembantu atau suami bersama anda, lebih mudah hanya perlu picit Losyen Mustajab ini pada telapak tangan dan mulakan proses sapuan secara perlahan lahan, membulat mengikut arah jam.

Meringankan tugasan anda tanpa perlu menyediakan bancuhan rempah atau herba malah anda tidak perlu buang masa mencari bahan yang diperlukan untuk melakukan ketiga tiga rawatan ini sedangkan bukan mudah untuk dapatkan bahan tersebut terutama jika ibu berpantang di kawasan bandar.

Losyen Mustajab Hijau ini anda boleh gunakan pada bahagian Dahi untuk mengantikan fungsi Pilis.

Ketika rawatan Tapel anda boleh sapu di Perut kemudian baru lilitkan Bengkung.

Selain dapu di bahagian Dahi dan Perut, anda boleh sapukan pada keseluruhan badan untuk mengantikan fungsi Param juga ketika rawatan Mengurut.

Ibu boleh cadangkan Losyen Mustajab Hijau ini pada mak bidan atau tukang urut untuk mengantikan minyak panas.

Teruskan sapu ke bahagian badan yang lain seperti di Tengkuk, Pergelangan dan Lengan Tangan, Belakang Badan, Pinggang, Pinggul, Paha, Betis, Tumit dan Tapak Kaki sebelum anda mengenakan stoking.

Kini proses berpantang anda menjadi lebih mudah dan moden.

Mungkin ada antara anda yang sinis akan rawatan Tapel, Param dan Pilis ini sedangkan disebalik rawatan ini, kebaikannya melimpah ruah untuk anda kekal pada tahap kesihatan yang sehabis bagus.

Pada ibu yang mula terasa berubah pada ukuran bentuk badan, jangan berlengah lagi, rawatan Tapel, Param dan Pilis dengan penggunaan secara konsisten Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang pasti tidak akan mengecewakan untuk anda kembali pada susuk tubuh yang langsing dan ramping selain dari sihat.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

Beli Online : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply