Khasiat Habbatus Sauda

Khasiat Habbatus Sauda

Sejak ribuan tahun lalu, 1,001 khasiat nigella sativa atau lebih dikenali sebagai Habbatus Sauda terbukti berkesan melegakan pelbagai penyakit. Perspektif perubatan adalah melalui pengambilan biji dan minyaknya dalam diet harian.

Pada masa sama, penggunaan herba ini bagi tujuan kecantikan dan merawat kulit untuk kekal jelita.

Tanaman habbatus sauda dengan ketinggian antara 35 hingga 50 sentimeter, bercabang dan menjalar pada bahagian atas, mempunyai dedaun serta bunga warna putih kebiruan.

Biji hitamnya berbau kuat sehingga menyengat hidung, namun tahukah anda seluruh khasiat Habbatus Sauda terletak pada biji hitam berkenaan.

Bijinya berkhasiat melawan dan mengusir virus, memperkuatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit.

Kajian membuktikan bijinya mengatasi masalah, antaranya batuk kronik, kemandulan, batu karang, insomnia, buasir, darah gemuruh, sakit jantung, masalah tenaga batin dan senggugut.

Kaya antioksidan

Mengandungi 100 bahan kimia seperti asid minyak tidak tepu dan minyak tepu seperti thymoquinone yang boleh mengurangkan risiko kanser, cymene, asid linoleik (kolesterol dalam darah), oleic, palmitic, linolenic, alkaloids, saponin, polisakarida, asid amino dan bahan galian.

Pakar Imunisasi Eropah, Dr Peter Schleicher, dalam kajiannya membuktikan habbatus sauda berupaya melegakan 420 daripada 600 individu yang mempunyai masalah alahan terutama debunga, debu dan habuk.

Pengambilan berterusan juga mengatasi masalah jerawat, legakan rengsa saraf kulit dan meningkatkan daya tahan badan.

Kaya antioksida dan menjadi penawar keracunan dalam badan, antibakteria, antiradang serta berupaya melegakan pernafasan, angin, sengal atau bengkak pada badan.

Justeru, ramai saintis Islam dan Barat, mengkaji kebaikan biji, minyak serta pati Habbatus Sauda sejak turun-temurun.

Sementara itu, kajian sekumpulan pakar dari pusat penyelidikan Cancer and Immunobiological Laboratory of Germany di Jerman, mengesahkan Habbatus Sauda merangsang sum-sum tulang dan sel imunisasi.

Merangsang tenaga

Habbatus Sauda berkhasiat meningkatkan penghasilan interferon dan mempertahankan sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel virus.

Menyedari khasiat Habbatus Sauda, Cerebos Malaysia, pengeluar produk kesihatan melancarkan minuman kesihatan baharu iaitu Ca’ya yang menggabungkan dua ramuan semula jadi yang boleh mengekalkan tenaga berpanjangan bagi individu yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Dikeluarkan selepas tiga tahun menjalani kajian saintifik dan pengguna, Ca’ya diformulasi dengan kombinasi Habbatus Sauda dan ginseng yang dapat memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang tenaga untuk prestasi yang optimum.

Info:

Panduan diet Habbatus sauda

* Makan tujuh biji jintan hitam sebelum tidur dan tujuh biji selepas bangun tidur.

Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.

* Goreng satu sudu kecil habbatus sauda dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah satu sudu besar madu.

Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.

* Rebus susu segar atas air mendidih kemudian campurkan dengan satu sudu teh habbatus sauda bersama satu sudu besar madu. Jadikan minuman.

Kebaikan: Tingkat tenaga dan kesihatan dalaman

* Campur serbuk habbatus sauda dengan air suam dan berkumur.

Kebaikan: Melegakan sakit gigi

* Campur satu sudu besar cuka dan satu sudu kecil habbatus sauda.

Kebaikan: Membunuh cacing dalam perut

* Campur satu sudu kecil habbatus sauda, satu sudu kecil perahan limau dan satu sudu besar madu. Makan dua hingga tiga kali sehari.

Kebaikan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.

Untuk lebih mudah, anda boleh dapatkan saja Jus Mustajab GOLD keluaran Dunia Herbs.

 

jus-mustajab-gold-sidebar

Kerana Jus Mustajab GOLD turut memiliki ramuan berasaskan habbatus sauda dan pelbagai lagi herba yang baik untuk kesihatan

Amalan meminum Jus Mustajab GOLD keluaran Dunia Herbs adalah langkah bijak dan mudah untuk mereka yang kurang gemar menyediakan langkah yang mungkin agak rumit demi membantu menjaga kesihatan anda.

Harganya tidak mahal untuk merawat pelbagai penyakit iaitu RM128 (SM) dan RM138 (SS) sebotol (500 ml).

Shares

Leave a Reply