Khasiat Buah Delima

Assalamualaikum…. Pembaca Semua…

 

delima

Pada entri kali ini, Tok Aki ingin berkongsi mengenai kelebihan, khasiat dan kegunaan Buah Delima yang diperakui ramai pihak tentang keupayaannya merawat banyak penyakit termasuk untuk tujuan awet muda.

Tok Aki selalu ingat pesan orang tua di mana ayatnya cukup jelas dan sinonim kepada kita semua… “Makanlah walaupun sebiji delima, jika mahu mata anak bersinar indah dan inginkan bayi yang lahir sihat dan comel.”

Bagaimanapun, memakan delima bukan sekadar petua lama kerana kini banyak kajian kesihatan dan ilmuah dilaksanakan dan ia membuktikan buah ini sememangnya berkhasiat.

Tok Aki sempat menelaah pautan emel berhubung kajian diterbitkan dalam Proceedings of The National Academy Of Sciences. Menurut penemuan kajian itu mengatakan jus delima dapat memerangi pengerasan arteri dan penyakit terkait seperti serangan jantung dan strok.

Selain itu, buah delima juga mampu mencegah penumpuan plak di arteri dan dikatakan dapat meluruhkannya.

Dalam kajian lain iaitu, Journal of Cardiology, mereka mendapati pesakit jantung koroner yang minum sari buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sekitar 17 peratus.

Berdasarkan dua kajian yang Tok Aki baca, buah Delima secara jelas dari sudut kajian memiliki banyak khasiat dan manfaat untuk merawat banyak penyakit termasuk penyakit kronik.

Buah Delima juga amat sesuai diambil oleh wanita mengandung bagi mengelakkan kelahiran pramatang.

Harganya pula tidak semahal buah-buahan import. Buah Delima dijual pada harga RM6 sehingga RM10 sebiji bergantung kepada kualiti. Malah sewaktu Tok AKi pulang ke Kampung di Pasir Mas, Kelantan, Tok Aki dapati banyak rumah-rumah di kampung menanam buah ini di halaman atau belakang rumah.

Lagi Manfaat Buah Delima :

* Pengambilan secara kerap jus Buah delima dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan kadar pengaliran oksigen rendah dalam darah.

* Jus delima dapat menjadi satu sumber bagi asid folik diperlukan bagi pembangunan bayi sihat kerana asid folik adalah komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA.

* Kandungan antioksidan dalam buah delima dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik berbanding beri biru, kranberi serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Antara fungsi antioksidan ialah dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah barah, penyakit jantung dan alzheimer.

*  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

* Mencegah dan mengubati barah kerana ia bertindak menghancurkan sel barah payudara dan mengaktifkan sel sihat.

* Ekstrak biji delima kaya dengan polifenol mampu memulihkan leukemia dan merencatkan barah paru-paru dan prostat.

* Mencegah serta melambatkan penyakit Alzheimer.

* Untuk kecantikan pulan, kandungan gula dalam delima bertindak sebagai skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati sekali gus menghasilkan kulit segar dan muda.

* Kulit buah delima boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat dengan cara menjemur kulitnya sehingga kering sebelum kisarkannya dan digunakan bersama sedikit air perahan limau nipis kemudiannya dipakikan pada wajah.

* Menghilangkan kejang kaki wanita hamil.

jus-mustajab-gold-slide

Tok Aki melihat, Dunia Herb tidak ketinggalan menjadikan Buah Delima sebagai antara ramuannya untuk menghasilkan Jus Mustajab GOLD.

Langkah Dunia Herbs seharusnya dipuji kerana ia memudahkan orang ramai mendapatkan jus terbaik untuk kesihatan dengan memiliki ramuan herba terbaik di dunia untuk merawat pelbagai penyakit.

Harganya tidak mahal untuk merawat pelbagai penyakit iaitu RM128 (SM) dan RM138 (SS) sebotol (500 ml).

Dapatkan segera Jus Mustajab GOLD…

Sekian…

Shares

Leave a Reply