Sakit Belakang
Tiada usia spesifik atau faktor jantina untuk menyatakan golongan yang berisiko mengalami kesakitan pada bahagian belakang badan.
Biasanya kesakitan ini menyerang setelah seharian lelah bekerja ataupun aktif dengan aktiviti lasak.
Contohnya para ibu yang mempunyai anak, sering kali di serang Sakit Belakang ini apabila kepenatan mereka mencecah pada tahap maksimum.
Mana tidaknya, selepas waktu pejabat, bersilat dengan tugasan di rumah pula yang tidak pernah habis. Tidak terkata penatnya.
Sakit Belakang di kaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa pada bahagian belakang.
Kesakitan ini sebenarnya tidak menyerang secara tiba tiba, tanpa anda sedari terdapat banyak sebab rasa sakit ini terjadi.
75% kes Sakit Belakang tidak pasti apa puncanya manakala 25% berkemungkinan di sebabkan oleh Otot Tergeliat, Otot Terkoyak akibat dari kecederaan bersukan dan Otot Letih.
Ada berkemungkinan, tabiat anda setiap hari yang di anggap remeh itulah yang menjadikan punca anda Sakit Belakang.
Percaya atau tidak, anda perlu tahu penyebabnya agar tabiat buruk ini dapat di lupuskan serta merta.
BERDEPAN DENGAN KOMPUTER
Menghadap komputer walaupun hanya di rumah, sudah cukup berisiko terkena Sakit Belakang.
Hal ini ada kaitan dengan postur duduk yang tidak betul. Duduk boleh beri tekanan pada disk atau piring tulang belakang malah jika duduk terlalu lama dengan postur badan yang tidak betul boleh mempercepatkan tulang belakang anda lumpuh.
Tulang belakang menampung pelbagai sarat penting dan menyokong 33 tulang vertebrae iaitu di bahagian leher, dada, pinggang, punggung dan kaki.
Maka pentingnya penjagaan postur dan pergerakan badan kerana ini mempengaruhi kesihatan tulang belakang.
Sudah tiba masanya untuk anda mengubah posisi duduk dan pergerakan seharian anda. Rajin gerakkan badan anda dengan berdiri atau berjalan seketika setelah terlalu lama duduk.
KURANG BERGERAK
Tidak cukup dengan berbaring atau rehat sahaja bila tibanya Sakit Belakang. Badan anda perlu bergerak sekurang kurangnya joging atau berjalan kaki yang mana boleh meringankan Sakit Belakang.
Jika tidak mampu, anda tidak perlu melakukan senaman yang ekstrem, memadai hanya 20 ke 30 minit masa untuk aktiviti jogging, berjalan kaki atau senaman ringan.
Yoga adalah antara senaman yang terbaik untuk redakan Sakit Belakang anda.
TELEFON BIMBIT
Leka melayan telefon bimbit dalam jangkamasa yang lama kerap berlaku.
Tidak dinafikan, penggunaan yang terlalu lama akan mengakibatkan Sakit Belakang bila mana bahagian leher anda akan tercondong ke hadapan terlalu lama.
Sebaiknya anda perlu menghadkan masa ketika menggunakan telefon bimbit.
MENGGALAS BAG
Bag juga boleh jadi punca ya. Bahagian belakang badan anda akan terbeban dan kesakitan jika anda menggendong bag yang terlalu berat.
Cuba ringankan bag anda dengan mengeluarkan barangan yang tidak perlu di dalamnya supaya Sakit Belakang anda dapat di kurangkan.
PEMAKAIAN KASUT
Pada anda yang gemar berkasut tumit tinggi, perlu menukar pada kasut yang lebih rendah. Pemakaian kasut tumit tinggi paling berisiko mengundang kepada Sakit Belakang.
Berkasut tumit tinggi akan membuat tubuh anda lebih condong ke hadapan sehingga memaksa tulang belakang bekerja dengan lebih kuat.
Tukarlah kasut anda, jangan biarkan Sakit Belakang semakin kronik.
TILAM YANG TIDAK BAGUS
Pemilihan tilam yang berkualiti tinggi juga penting kerana anda menghabiskan masa yang lama ketika tidur.
Tilam yang tidak menyokong tubuh badan anda bukan setakat mengganggu kualiti tidur malah mendatangkan kesan yang tidak baik pada tulang belakang anda.
Tilam yang baik adalah tilam yang bertahan selama 10 tahun mampu menampung badan anda secara natural, tidak terlalu keras turut memperbaiki peredaran darah, melegakan otot dan pernafasan yang teratur.
Anda di nasihatkan menukar tilam yang sudah berusia lebih dari 10 tahun.
Alangkah bagusnya jika usaha dan solusi anda ini di jayakan bersama LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA.
Losyen Mustajab Kuning dengan rumusan Pati Halia Tulin berupaya membantu melegakan kesakitan dan ketidak selesaan pada Sakit Belakang anda.
Picitkan Losyen Mustajab Kuning ini pada tapak tangan kemudian di sapu perlahan secara membulat pada keseluruhan bahagian belakang badan anda.
Anda boleh manafaatkan Losyen Mustajab yang sama jika tiba tiba terasa lenguh pada keseluruhan Badan, Tengkuk, Lengan Tangan atau di serang kesakitan pada Pinggang, Pinggul, Peha, Betis sehingga ke Tapak Kaki.
Jangan nafikan keupayaan Losyen Mustajab Kuning ini untuk nyahkan gumpalan Angin Jahat ini, legakan Kembung Perut terutama di kalangan anak anak dan sakit Senggugut setiap bulan.
Pada abang kakak yang fizikal Perutnya Buncit atau Boroi, tidak sia sia jika rajin sapu, perut boleh kempis tau!
Rumusannya, Losyen Mustajab Pati Halia ini wajib ada di rumah anda. Hal hal kesakitan ini terutama pada bahagian tubuh badan anda, jangan sekali kali di pandang remeh.
Anda harus peka punca dan solusi pada sebarang kesakitan dan ketidak selesaan.
Jangan kerana kesilapan diri sendiri, mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa anda di tanggung.
SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!
Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.
Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.
Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.
Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).
Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml
Info Lanjut : Klik Disini