Kenapa Perlu Berbengkung Selepas Bersalin

Berbengkung
Berbengkung

Fasa kehamilan dan kelahiran mampu mengganggu potongan badan dan keseluruhan otot otot, tulang, urat, sendi, rahim dan faraj berubah menjadi kembang, bengkak, regang dan longgar di sebabkan pengaruh dari hormon hamil.

Makanya sebilangan besar wanita Melayu memilih amalan berpantang yang di jamin akan kembalikan kejelitaan, kelangsingan dan kesihatan dalaman luaran. Pakej wajib seorang wanita untuk menarik minat encik suami.

Samada rela atau terpaksa, hari ini amalan berpantang selama empat puluh empat hari sudah di amalkan secara meluas terutama amalan Berbengkung.

Paling polular dan relevan malah ada antara anda yang sudah jenuh di leteri mak mak betapa pentingnya Berbengkung ini. Jangan biarkan yang kembang terus mengembang atau berat tidak susut dan badan mula sakit berbisa baru nak kelam kabut.

Sebelum terlewat, mulalah Berbengkung pada peringkat berpantang lagi dan adalah lebih baik jika anda mahu teruskan amalan ini meskipun tempoh berpantang sudah berakhir.

KENALI JENIS-JENIS BENGKUNG

Bengkung Bersalin Lilit Jawa.
Kain selebar 15 meter yang di ikat dan di lilit kemas. Jenis ini lebih ketat, kemas dan cepat kembalikan bentuk badan langsing tetapi susah untuk di buka atau jika anda mahu ke tandas.

Bengkung Bersalin Zig Zag.
Kain lebar yang di ikat dengan tali secara berselang seli. Boleh di pakai seperti bengkung Jawa. Jenis ini lebih mudah untuk di buka, hanya perlu longgarkan ikatan zig zag nya.

Bengkung Bersalin Jenis Barut.
Sama seperti barut yang di pakai pada baby yang baru lahir. Bengkung ini di hasilkan dengan banyak tali di bahagian kiri dan kanan kain. Tali perlu di ikat dengan ketat.

Mudah untuk di pakai dan mudah untuk di buka. Anda sendiri boleh pakai tanpa perlu bantuan.

Bengkung Bersalin Moden.
Seakan akan korset dengan cangkuk, zip, zap on dan tiub. Lebih mudah di pakai dan sangat sesuai untuk ibu yang bersalin secara ‘ceaser’ (pembedahan).

Setelah selesai anda memilih Bengkung yang mana paling sesuai dan memudahkan anda, cara Berbengkung yang betul juga perlu di ambil kira agar tidak menjejaskan proses pemulihan tubuh badan anda,

✓ Lapik Bengkung dengan kain lain agar sentiasa dalam keadaan bersih,
✓ Alas Bengkung dengan daun pandan atau lengkuas,
✓ Kemudian sapu herba, rempah, minyak atau krim khas pada bahagian perut, belakang badan dan paha,
✓ Pakai Bengkung dengan cara berdiri atau berbaring,
✓ Lilit dan ikat Bengkung dengan ketat dan kemas pada semua abdomen bermula dari bawah payudara hingga ke bawah pinggul,

Anda di galakkan Berbengkung sekurang kurangnya 5 jam sehari selama 44 hari tempoh berpantang. Pada ibu yang bersalin secara pembedahan ‘(ceasarean)’ tidak di galakkan sehingga kesan pembedahan ‘(ceasarean)’ atau jahitan benar benar pulih.

Ketahuilah bahawa amalan Berbengkung ini bukan kerja yang sia sia malah jika anda patuh, ianya sangat terkesan pada penjagaan dalaman dan luaran diri anda.

✓ Kembali kempiskan perut yang masih membuncit atau menggelebeh,
✓ Menurunkan berat badan agar kembali pada potongan yang asal,
✓ Memecahkan lemak yang terkumpul dari saat kehamilan,
✓ Melindungi organ dalaman, mempercepatkan proses mengecut dan kembali pada kedudukan asal,
✓ Mengecut dan menggelakkan rahim jatuh,
✓ Mengetatkan perut dan otot otot yang longgar saat kehamilan,
✓ Melancarkan darah kotor,
✓ Buang angin jahat dan elakkan angin jahat ini masuk ke dalam tubuh badan,
✓ Mengurangkan rasa sakit pada bahagian perut dan belakang badan,
✓ Menguatkan kembali kedudukan tulang belakang dan membentuk postur yang ideal,
✓ Mengawal tabiat makan berlebihan,
✓ Membantu proses penyusuan bayi.

Jika sukar untuk anda dapatkan bahan yang perlu di sapu pada perut sebelum di lilit Bengkung, anda boleh sahaja gantikan dengan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS.

Bahan yang mudah nak jumpa, mudah nak guna dan mudah terkesan. Losyen Mustajab Hijau ini bukan sebarangan, Losyen Mustajab yang mampu buat ibu tersenyum kepuasan bila proses berpantang tidak lagi menyukarkan.

Biasanya sebelum Berbengkung, anda perlu khidmat bidan atau tukang urut untuk legakan sakit sakit badan dengan kaedah berurut.

Masa inilah anda boleh ‘recommend’ tukang urut Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis dengan adunan Pati Halia dan tambahan Pati Limau Nipis Tulin sebagai penganti Param untuk di sapu pada keseluruhan tubuh badan anda sambil menghidu bauan aroma yang menyegarkan dan tanpa kesan berminyak.

Selesai sahaja seisi berurut, tibalah masa untuk anda Berbengkung. Masih menggunakan Losyen Mustajab yang sama, anda sasarkan sapuan pada bahagian utama di Perut untuk ratakan perut yang masih membuncit dengan lemak sekaligus membantu pudarkan Kesan Rekahan pada Perut (Strectmark).

Kemudian anjakkan sapuan ke bahagian Pinggang dan Pinggul pula yang sudah tidak seramping kerengga. Sebelum anda sarung stoking, sapu dulu bahagian Peha, Betis sehingga ke Tapak Kaki untuk caras angin jahat. Akhir sekali jangan lupa sapu juga pada bahagian Dahi ya sebagai penganti Pilis.

Tidak di nafikan adat Berbengkung sangat logik untuk di guna pakai cuma apa salahnya sekiranya anda lebih kreatif mengabungkan kaedah tradisonal bersama produk moden, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis untuk kesan yang extra optimum.

Diri anda tanggungjawab anda. Ayuh jadikan Berbengkung ini satu kemestiaan untuk pemulihan yang maksimum pada keseluruhan tubuh badan anda.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply