Keluhan Kesakitan Ibu Ketika Hamil

hamil

Anda HAMIL! Perkhabaran yang paling teruja buat seorang wanita yang sudah terikat dengan perkahwinan. Alhamdulillah, di kurniakan rezeki dariNya. Maka bermulalah episod menjaga janin dalam rahim hingga lahir ke dunia dalam keadaan sihat dan sempurna.

Namun bukan mudah atau indah indah sahaja pengalaman yang bakal ibu lalui sepanjang tempoh kehamilan sehingga melahirkan. Ramai yang salah faham, sangkaan mereka wanita hamil hanya akan rasai kesakitan ketika saat bersalin sahaja tetapi hakikatnya macam macam rasa sakit dan ragam yang akan mereka alami sepanjang tempoh hamil,

Pada anda yang bakal bergelar ibu, pasti masih cetek pengetahuan dan pengalaman semasa hamil. Mari kita berkongsi beberapa ketidak selesaan ibu hamil supaya anda lebih bersedia dan tidak panik bila berhadapan dengan situasi begini,

SAKIT KEPALA berpunca dari peningkatan jumlah darah dan hormon pada fasa awal kehamilan di katakan perkara biasa pada trimester pertama sehingga ketiga. Apabila kurang tidur, ’stress’ atau kesan berhenti dari minuman kopi, sakit kepala ini akan lebih teruk. Ada kemungkinan juga postur badan yang lemah akibat berat bayi dalam kandungan yang semakin membesar,

SAKIT LEHER, BAHU dan tulang belakang saling berkait. Berkemungkinan akan rasa sakit keseluruhannya. Dengan perubahan walaupun sedikit pada postur tubuh badan, ianya boleh menjadi punca sakit pada bahu dan leher semasa kehamilan,

SAKIT PUNGGUNG terjadi apabila otot otot pada bahagian belakang, tidak cukup kuat untuk ampu berat bayi. Sakit yang paling kerap di alami. Wanita hamil terpaksa memikul berat janin yang semakin membesar, ini akan memberi tekanan dan kesakitan pada tulang belakang termasuklah bahagian punggung,

SAKIT PADA PAYUDARA salah satu tanda anda hamil. Biasanya kira kira tiga atau empat minggu kehamilan payudara akan menjadi sensitif, sakit dan berdenyut denyut. Kesakitan ini akan semakin berkurangan selepas trimester pertama,

KESAKITAN PADA BAHAGIAN BAWAH PERUT (ROUND LIGAMENT PAIN). Dalam pelvis anda ada ligamen yang berfungsi untuk memegang rahim supaya kedudukannya stabil. Apabila semakin meningkat berat kandungan, berat yang di tanggung oleh ligamen penyebab ianya menebal dan tegang. Saat ini wanita hamil akan berasa tidak selesa atau rasa sakit seperti di cucuk pada kedua dua bahagian abdomen bawah terutama bila bangun dari duduk, melakukan kerja kerja berat atau batuk yang kuat,

SEMBELIT semasa hamil ada kemungkinan kurang pergerakan fizikal, pemakanan yang kurang serat dan tubuh wanita hamil juga terkandung hormon progesterone yang banyak. Ini melewatkan sistem pencernaan dan penyebab pada usus memproses makanan lebih perlahan. Penyebab lain, rahim yang semakin membesar juga akan beri tekanan pada usus sehingga menghalang pergerakan najis ke usus besar dan dubur,

BUASIR penyakit biasa di kalangan wanita hamil di sebabkan perubahan hormon dan tekanan pada bahagian dubur di sebabkan oleh pembesaran bayi dalam kandungan. Antara faktor lain, wanita hamil mengalami masalah sembelit dan meneran semasa buang air besar,

KEKEJANGAN PADA PERUT ini adalah normal walaupun ianya menyakitkan bahkan menakutkan pada wanita hamil kali pertama. Membawa bayi dalam kandungan memberi banyak tekanan pada otot, sendi dan urat. Maka tidak hairanlah jika rasa tidak selesa di bahagian perut,

RASA SAKIT PADA BAHAGIAN PELVIS apabila kedudukan bayi mula menurun ke salur kelahiran. Pada serviks atau hujung saraf di sekitar pelvis akan terasa tekanan dari kepala bayi. Rasa sakit yang seakan akan di cucuk pada bahagian pelvis menandakan hari untuk melahirkan sudah semakin hampir,

Apa pun kesakitan dan rintangan yang bakal anda hadapi, tempuhi dengan penuh kesabaran. Jadikan ia pengalaman yang cukup manis kerana tidak semua wanita sebertuah anda.

Wanita hamil juga tidak terkecuali untuk menikmati khasiat LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA & LIMAU sekaligus antara barangan yang wajib ada pada hari anda berpantang kelak.

Losyen Mustajab Hijau ini di formulakan dari Pati Halia Tulin dengan tambahan Pati Limau Nipis untuk bantu melegakan kesakitan pada KEPALA, LEHER, BAHU, PINGGANG, ARI ARI, PINGGUL, KEKEJANGAN OTOT dan SENDI.

Mampu bebaskan diri anda dari tekanan dengan menghirup bauan aroma yang menyegarkan dari sapuan Losyen Mustajab Hijau ini.

Jangan abai pada kecantikan diri walaupun anda wanita hamil, kawal LEMAK LEMAK dari terus menguasi tubuh badan anda. Persiapan awal untuk anda kembali langsing selepas bersalin.

Beri peluang pada diri anda untuk lalui fasa kehamilan bebas daripada kesulitan sehingga hari melahirkan bersama sama sapuan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU untuk hari hari yang lebih ceria dan sihat.

SAPU-SAPU JER…MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply