Kekejangan Otot Saat Hamil

Kekejangan

Kekejangan
Kekejangan

Kekejangan Otot kaki ini amat menyakitkan terutama di kalangan wanita hamil dalam keadaan perut yang semakin memboyot.

Biasanya berlaku di trimester kedua dan ketiga disebabkan asid yang terkumpul serat Otot penyebab Otot anda Kejang.

Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Otot kaki akan menampung berat badan yang berlebihan semasa hamil.

Rahim yang membesar juga memberi tekanan kepada pengaliran darah dari vena utama kaki naik ke atas.

Kekejangan ini terjadi bersama dengan kesan hormon progesteron iaitu antara hormon utama yang terhasil semasa hamil sekaligus memberi kesan pada ketahanan atau kekuatan Otot kaki sepanjang kehamilan.

URUTAN
Saat terkena Kejang Otot, cuba luruskan dan gerak gerakkan kaki juga pada hujung kaki.

Sebaiknya pastikan hujung jari menghala ke atas manakala bahagian tumit pula mengarah ke bawah agar Otot betis berasa lega.

Sambil itu lakukan urutan perlahan pada bahagian betis sehingga ke tapak kaki.

RENDAMAN AIR PANAS ATAU TUAMAN PANAS
Jika masih terasa Kejang, cuba pula rendamkan kaki dalam seberkas air suam atau boleh juga gunakan tuaman panas pada bahagian yang Kejang supaya Otot lebih relax sekaligus membantu mengurangkan rasa sakit pada bahagian kaki anda.

PERBAIKI POSTUR
Mengabaikan penjagaan postur badan boleh mengundang pelbagai kesakitan.

Maka penjagaan postur badan sangat penting dan pastikan dalam keadaan optimum.

Semasa sedang duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya aliran darah lebih lancar ke bahagian kaki secara menyeluruh.

Apakata ketika tidur cuba gunakan bantal tambahan agar badan berasa lebih selesa antaranya meletakkan sebiji bantal pada bahagian kaki untuk menumpang.

SENAMAN REGANGAN
Wanita hamil akan sering keletihan atau malas untuk bergerak namun tabiat ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan kerana jika kurang pergerakan boleh menjadikan anda cenderung diserang Kekejangan atau lenguh badan.

• Regangan Kaki
Berdiri 1 meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan. Tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki kekal melekap pada lantai. Cuba tahan selama 5 saat. Ulang semula senaman ini selama 5 minit untuk 3 kali sehari.

• Senaman Tapak Kaki
Bengkokkan tapak kaki kebawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Lakukan pada kedua dua belah kaki. Kemudian ulang dengan membengkok tapak kaki ke atas sebanyak 8 kali dan ke bawah juga 8 kali. Selain dari kedua dua kaedah senaman di atas, ramai ibu hamil berpendapat bahawa berenang sangat sesuai dilakukan walaupun ketika sarat hamil.

MINUM AIR KOSONG
Sekiranya anda sering mengelat untuk minum air kosong sebanyak 8 – 12 gelas sehari, anda harus berubah untuk mencukupkannya atau anda boleh berusaha menambah keperluan tersebut dengan minum jus buah buahan tanpa gula.

AMALKAN DIET SEIMBANG
Kekurangkan magnesium, kalsium dan garam galian boleh menjadi punca utama pada masalah Kejang Otot atau ‘cramp’ kaki ketika hamil.

Sedang hamil, keperluan untuk ketiga tiga nutrien ini juga bertambah selari dengan usia kehamilan.

Cuba ubah gaya pemakanan anda kepada yang lebih bernutrisi tinggi terutama kalsium dan magnesium.

Lebihkan sayuran hijau, hasil tenusu, buah buahan dan gantikan ‘snek’ yang berkhasiat antaranya kekacang seperti almond, badam dan pistachio.

MINUM SUSU DAN MAKANAN TINGGI KALSIUM
Minum segelas susu sebelum tidur disyorkan pada ibu yang seing di serang Kejang Otot pada waktu malam bagi membantu mengurangkan gejala ini.

MAKAN ‘SUPPLEMENT’ YANG DI PRESKRIPSIKAN
Biasanya Klinik Kesihatan akan memberikan ‘supplement’ pada ibu hamil iaitu pil zat besi (iron tablet), aid folik, vitamin B complex dan vitamin c.

Keempat empat pil ini amat penting untuk mencukupkan keperluan nutrisi harian anda. Makanya ibu hamil perlu patuh pada jadual pengambilan ‘supplement’.

Jangan sesekali mengelat atau menukar pil ini dengan produk produk yang lain tanpa di ketahui kandungan bahannya dan tanpa pengawasan doktor.

Untuk dapatkan kesan yang lebih memuaskan ketika kaedah urutan, kami cadangkan anda LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU NIPIS yang ada hubung rapat dengan ibu hamil, bersalin dan berpantang.

Keadaan fizikal ibu hamil yang terpaksa memboyot dengan perut besar akan mudah di serang rasa tidak selesa dan kesakitan.

Losyen Mustajab Hijau ini akan bertindakbalas ketika anda sapukan pada bahagian Lengan, Bahu, Belakang Badan, Pinggang, Pinggul, Paha, Betis dan keseluruhan Kaki terutama saat Kejang Otot, Lenguh Lenguh Badan atau Sakit Sendi.

Bauan Aroma yang menyegarkan dari Losyen Mustajab Hijau ini akan memberi ketenangan pada diri anda.

Penggunaan Losyen Mustajab Hijau ini tidak berhenti pada ibu hamil sahaja malah boleh berterusan ke proses berpantang.

Ada beberapa rawatan berpantang yang sesuai dengan Losyen Mustajab ini antaranya rawatan Param, Pilis, Tapel, Bertangas, Sauna dan Urutan.

Dari kaedah bancuhan herba yang mencomotkan, anda sudah boleh gantikan dengan sapuan Losyen Mustajab Hijau pula, lebih mudah dan moden tetapi kekal membantu pada kesihatan dan kecantikan anda terutama pada bahagian Perut yang masih Buncit dengan kesan Rekahan.

Usah bimbang, penggunaan Losyen Mustajab Hijau ini ketika rawatan rawatan berpantang bersama pemakaian Bengkung akan berkesan untuk anda kembali pada Perut yang Rata tanpa kesan Rekahan lagi.

Yang penting adalah disaat anda hamil, beri lebih perhatian pada kesihatan badan dan kandungan anda.

Perlukan rawatan awal sekiranya Kekejangan Otot dan sebarang kesakitan masih berterusan atau semakin teruk.

Jadikan Losyen Mustajab Pati Halia dan Limau Nipis ini sebagai bantuan melegakan kesakitan anda sekaligus mencantikkan potongan badan anda.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply