Kebaikan Terapi Urutan

Urutan

Urutan
Urutan

Samada Urutan tradisional, Urutan thai, Urutan reflesology, Urutan SPA dan seumpamanya masih mempunyai istilah dan tujuan yang sama iaitu perbuatan bagi melancarkan perjalanan atau pengaliran darah dalam tubuh.

Terdapat tukang Urut yang mewarisi ilmu Urut dari keturunan atau keluarga dan ada juga yang mempelajari secara khusus.

Kedua dua ilmu Urut ini boleh digabungkan bagi menjadikan proses Urutan lebih efektif.

Aliran darah dalan badan umpama longkang.

Sekiranya air longkang mengalir lancar maka tidak perlu dibersih tetapi jika longkang mula tersumbat dengan longgokan lemak, pasir atau sampah maka bantuan bagi melepaskan longgokkan itu segera diperlukan.

Begitu juga dengan mengurut, urat atau pembuluh darah yang tidak lancar akan menyebabkan tangan, kaki atau seluruh badan akan diserang kebas atau lebih parah lagi sukar untuk bergerak sehingga mengundang berbagai masalah praktikal.

Makanya Urut badan antara kaedah pilihan sesetengah individu untuk atasi kepenatan atau keletihan dan melegakan beberapa bahagian badan yang dirasai tegang setelah seharian lelah bekerja.

Ada banyak manafaat Urut bukan hanya pada anggota badan malah fikiran dan jiwa turut lebih sihat.

Antara kebaikan selepas anda melalui proses mengurut.

MENGURANGKAN PERASAAN GELISAH DAN TERTEKAN
Hati yang tenang sangat mempengaruhi kesihatan dan anda boleh perolehi dari kaedah Urutan badan.

Ketika depresi atau tertekan, perasaan akan gelisah dan serabut, sesetengah individu cuba atasinya dengan menelan ubat.

Namun Urutan boleh mengganti fungsi ubat dan sangat efektif bagi sesetengah individu.

Urutan akan mendorong pernafasan menjadi lebih lancar dan tenang.

Keadaan yang tenang akan menjauhkan anda daripada pelbagai fikiran negatif dan ketakutan.

MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
Urut badan adalah antara cara yang sangat bagus untuk tingkatkan perjalanan darah dalam badan dan sistem perjalanan darah dengan cara mengepam oksigen kedalam jaringan, organ juga membantu hapuskan racun dari badan anda.

BAIKI POSTUR TUBUH
Rawatan Urut badan yang baik dan dilakukan secara professional juga dikatakan mampu memperbaiki postur badan.

Urut badan ini akan membantu melatih otot otot tulang untuk duduk pada kedudukan yang tepat.

Situasi ini pastinya akan meningkatkan kemampuan otot badan sekaligus postur badan dalam keadaan lebih baik

MEMBANTU SEMBUHKAN KESAKITAN
Melalui Urut badan juga membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat serta tingkatkan ruang gerak bagi otot otot maka tulang otot akan lebih ‘relax’ dan selesa melakukan berbagai gerakan.

Ianya lebih baik jika Urutan dilakukan oleh professional atau terlatih kerana hasil urutannya membantu kurangkan rasa sakit ‘migraine’, sakit tulang (arthritis) dan sebagainya.

Malah mampu membantu tingkatkan pengaliran darah dan menghalang dari rasa sakit pada sistem saraf serta meningkatkan kepadatan tulang tulang anda.

TIDUR LEBIH LENA
Ada segelintirnya mengalami kesukaran tidur pada malam hari bermakna anda perlukan sesi Urut badan kerana ianya sangat efektif dalam meningkatkan pola tidur anda.

Urut badan mampu membuat badan dan fikiran menjadi lebih ‘relax’ dan mengurangkan ‘stress’ sehingga secara semulajadi akan bantu anda rasa mengantuk.

Ketika badan anda diurut, secara tidak langsung akan menghasilkan hormon tenang.

DAYA KETAHANAN BADAN
Daya ketahanan badan bukan hanya meningkat dari sumber vitamin atau makanan tambahan (supplement) sahaja sebaliknya melalui Urut badan juga.

Proses Urutan akan meningkatkan pengaliran darah ke sistem limfatik sekaligus menjadikan daya ketahanan badan lebih kuat.

MEREMAJAKAN BADAN
Jika anda terbeban dengan tekanan kerja, masalah peribadi, biasanya bahagian badan akan terasa sakit.

Selain dari memilih untuk berehat, Urut badan juga mampu membantu malah meremajakan badan anda dan ketika bangun, badan anda akan terasa lebih ‘energetic’.

Urutan badan yang menggunakan aromaterapi, minyak essential dan losyen turut membantu menenangkan fikiran.

MENCERAHKAN KULIT
Setakat wajah kelihatan bersinar atau lebih cerah sahaja belum memuaskan hati malah keseluruhan badan turut kelihatan cerah.

Urut badan mampu membantu meningkatkan fungsi kelenjar sebasea dan mengeluarkan peluh dalam badan serta membersih kulit.

Ini akan membuang sel kulit mati dari badan, melegakan otot otot, meningkatkan kitaran dan memberi kesegaran pada wajah dan badan.

Kini terdapat banyak jenis Urut badan terutama di pusat kecantikan atau spa malah anda sendiri boleh dapatkan khidmat tukang Urut badan terlatih rumah ke rumah, terpulang pada kesesuaian dan keperluan diri sendiri.

Apapun pilihan anda pastikan ianya terbaik.

Untuk dapatkan hasil yang berganda dan segera, anda boleh beri peluang pada LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA untuk di sapu pada keseluruhan badan anda oleh si tukang Urut.

Ramuan Pati Halia tulin pada Losyen Mustajab Kuning ini sangat bersesuaian untuk bekalan dan bahan utama si tukang Urut badan untuk melegakan Sakit atau Lenguh Lenguh Badan, Sakit Pada Otot, Sendi dan Angin Jahat Berkumpul Dalam Badan.

Ada masa masalah Perut Kembung dikalangan anak anak, ayah atau suami dengan sakit Goutnya juga kakak atau adik yang tidak boleh terpisah dengan sakit Senggugut, anda boleh minta bantuan Losyen Mustajab yang sama dikala sakit menyerang atau boleh amalkan sapu setiap hari tanpa perlu tunggu sakit baru sapu supaya sakit tidak kerap berulang.

Bukan setakat Perut kembung, yang Buncit, Boroi, Padat Berlemak boleh dikempiskan oleh Losyen Mustajab Kuning ini.

Mudah menyerap pada kulit tanpa kesan berminyak, mesra wudhu, boleh dibawa solat dan sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

Penggunaan yang konsisten digalakkan untuk kesan yang memuaskan.

Biar sesibuk mana pun anda, pastikan punya masa untuk manjakan badan dengan nikmat Urutan bersama Losyen Mustajab Pati Halia walaupun hanya di rumah sendiri sekurang kurangnya sebulan sekali untuk kesihatan dan kecantikan badan.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply