Kebaikan Rutin Berurut Ketika Berpantang

berurut

berurut
berurut

Amalan berpantang bererti memberi tumpuan sepenuhnya pada kaum ibu untuk dapatkan rehat yang berkualiti, pengambilan diet seimbang termasuk penjagaan kesihatan yang baik setelah melepasi fasa melahirkan.

Kaedah rawatan tradisional yang biasa di amalkan dalam masyarakat Melayu sehingga ke hari ini antaranya Berurut, bertungku, berbengkung, bertangas dan penggunaan herba.

Berurut antara rutin pemulihan tradisional yang paling popular dan wajib di amalkan kerana impaknya yang positif malah selamat.

Mengikut tradisi, di nasihatkan Berurut sekurang kurangnya 3 hari berturut turut atau lebih kerap adalah lebih baik.

Kenapa dan sebab apa, mari kami kongsikan antara kepentingan dan kebaikan Berurut ini yang patut anda tahu.

MELEGAKAN SAKIT SAKIT BADAN
Fasa hamil dan bersalin adalah proses yang amat meletihkan.

Ianya banyak mendatangkan tekanan pada bahagian badan terutamanya bahagian bawah abdomen, belakang badan dan pinggang.

Di susuli pula saat selepas bersalin, anda sekali lagi perlu lipat gandakan tenaga untuk penjagaan dan penyusuan bayi pula.

Saat menyusukan bayi, ada kemungkinan badan anda rasa tidak selesa atau sakit pada awalnya.

Untuk itu anda perlukan Urutan bersalin yang mana sangat membantu melegakan kesakitan dan merehatkan badan yang sedang mengalami rasa lenguh lenguh, sakit otot, sengal urat, lesu atau pening.

PERJALANAN DARAH LANCAR
Membantu memulih dan melancarkan perjalanan darah dengan Urutan lembut si tukang Urut bermula dari bahagian belakang badan sehingga ke hujung kaki sekaligus membantu pembuangan toksin dalam badan.

Di susuli dengan teknik yang betul, ianya mampu mengeluarkan darah beku yang terperangkap di celah celah rahim dengan berkesan.

PENGGALAK PADA SUSU IBU
Peringkat awal menyusukan bayi, ada antaranya mengalami bengkak susu atau kurang susu badan di sebabkan puting tersumbat sehingga anda tertekan (stress).

Tidak ada pilihan lain selain dari Urutan untuk melembutkan urat tegang di sekitar puting payudara.

Setelah di Urut, badan anda lebih tenang dan kurang tekanan (stress) lantas mampu membantu proses produksi susu badan dengan lebih efektif.

KURANGKAN TEKANAN (MEROYAN atau POSTNATAL DEPRESSION)
Urutan atau sentuhan lembut pada kulit itu sendiri sudah mampu membantu anda tenang bahkan lebih nyaman dan segar apabila terbau aroma dari minyak herba yang di gunakan.

Tidak salah untuk anda putarkan muzik sentimental yang membuai perasaan sambil anda berehat seketika dengan tenang tanpa kedengaran tangisan bayi.

Cara ini akan menjauhkan anda dari risiko meroyan apabila kesihatan anda terjaga dengan baiknya.

KEMBALI PADA BENTUK BADAN ASAL
Bab inilah yang buat anda paling teruja untuk Berurut.

Siapa yang tidak mahu kembali pada bentuk badan asal selepas bersalin.

Biasanya tukang Urut akan tekan pada bahagian badan yang berlemak bagi memecahkan lemak yang terkumpul.

Usai Berurut, anda akan di pakaikan bengkung yang akan membantu menyegerakan lagi pemulihan serta mengembalikan bentuk badan yang anda impikan.

MEMPERCEPATKAN PROSES PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN
Banyak manafaat yang di perolehi samada secara fizikal mahupun metal, Urutan bersalin juga mampu membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

PELUANG KAUM IBU DI MANJA
Tentu anda buntukan sedikit masa untuk berehat setelah lelah seharian mengurus dan menyusukan bayi.

Dengan Berurut anda boleh curi sedikit masa untuk rehat sementara bayi sedang tidur.

Rebutlah peluang ini untuk mengadu kesakitan, meminta nasihat, bersembang atau menenangkan fikiran bersama tukang Urut tanpa gangguan tangisan bayi bahkan bertambah tenaga untuk penjagaan dan penyusuan bayi di waktu malam.

Untuk anda yang pertama kali berpantang, mungkin kebingungan dalam memilih minyak herba yang sesuai di gunakan sepanjang tempoh anda berpantang.

Simpati dengan situasi anda selepas bersalin yang tidak punya banyak masa untuk diri sendiri, lebih memberi perhatian pada penjagaan dan penyusuan bayi, kami rumuskan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS khas untuk penjagaan anda sepanjang tempoh berpantang.

Losyen Mustajab Hijau dengan khasiat Pati Halia Tulin dan di tambah dengan Pati Limau Nipis yang lebih cenderung pada penjagaan kesihatan dan kecantikan selepas bersalin.

Losyen Mustajab Hijau ini akan lebih meringankan tugasan anda apabila tidak perlu lagi kalut untuk menyiapkan bancuhan pilis, param dan tapel, sudah memadai dengan sapuan nipis Losyen Mustajab Hijau ini pada Dahi dan Perut sebagai mengantikan fungsi Pilis, Param dan Tapel.

Dengan menggunakan Losyen Mustajab yang sama, anda boleh cadangkan pada tukang Urut untuk manafaatkan Losyen Mustajab Hijau ini pada keseluruhan badan sepanjang anda Berurut terutama pada bahagian Perut, Pinggul dan Peha yang meninggalkan kesan Rekahan atau Selulit sejak dari hamil lagi.

Khasiat Limau Nipis sangat membantu merawat Parut sekaligus mengempiskan Perut yang kelihatan masih membuncit termasuk pada bahagian Lengan dan Betis yang berlebihan Lemak.

Pada anda yang mengidam mahu kembali Langsing dan Ramping, jangan abaikan rutin berbengkung bersama penggunaan Losyen Mustajab yang telah terbukti berkesan.

Jangan lupa sapu juga pada Tapak Kaki dan berstokin untuk cegah dari Angin Jahat singgah masuk dalam badan anda.

Umumnya Urutan selepas bersalin masih relevan dan selamat untuk semua wanita namun tidak di galakkan pada ibu yang bersalin secara pembedahan.

Sebaiknya anda tunggu sehingga luka benar benar sembuh sebelum mula dengan sebarang rutin Urutan.

Sudah jelas bahawa rutin Berurut ini sangat bagus, begitu juga dengan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang sama bagusnya dan produk wajib ada setiap kali anda berpantang.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply