Kebaikan Mandi Herba Semasa Berpantang

Mandi Herba

Mandi Herba
Mandi Herba

Sudah menjadi satu kewajipan bagi wanita selepas bersalin harus melalui proses berpantang samada dari segi pemakanan, pergerakan juga penjagaan fizikal badan.

Bertujuan untuk membantu memulihkan sepenuhnya kekuatan fizikal dan emosi ibu selepas melalui proses kehamilan dan kelahiran yang amat menjerihkan.

Antara yang biasa diamalkan dan sudah terbukti bagus untuk proses pemulihan badan ibu adalah rawatan Mandi Herba.

Mengikut amalan dan petua masyarakat Melayu, ibu bersalin tidak digalakkan untuk kerap mandi ketika berpantang.

Air mandian juga tidak boleh terlampau sejuk, bimbang memudaratkan si ibu.

Biasanya ibu akan mandi menggunakan air herba pada waktu pagi dan dinasihatkan agar menghadkan masa mandian dalam 10 hingga 15 minit sahaja.

APA ITU MANDIAN HERBA
Antara komponen amalan berpantang cara tradisional Melayu dari rebusan herba, akar akar kayu dan rempah.

Secara tradisinya, Mandian Herba ini dikatakan membantu ibu selepas bersalin untuk Kembali Bertenaga, Menyegarkan Badan, Mengeluarkan Angin, Menghapuskan Bau Dari Darah Nifas, Mengendurkan Dan Melembutkan Urat Urat Saraf Yang Tegang, Melancarkan Peredaran Darah, Mengatasi Rasa Kebas, Sengal Tulang, Sendi Dan Otot, Melancarkan Darah Nifas, Menghaluskan Kulit, Awert Muda.

Bauan Daun Daun Herba Bertindak Sebagai Aromaterapi Untuk Membantu Memberikan Aura Aura Yang Lebih Segar Sehingga Membantu Mengurangi Tekanan.

BAHAN BAHAN MANDIAN HERBA
• Daun Limau Purut
• Daun Senduduk
• Daun Kunyit
• Daun Lengkuas
• Daun Inai
• Serai Wangi
• Daun Pandan
• Daun Halia
• Pucuk Jambu Batu
• Daun Serai

CARA PENYEDIAAN MANDIAN HERBA
Sebaiknya gunakan periuk tanah untuk hasil yang terbaik.

Cuci bahan bahan yang telah disediakan sebersih bersihnya.

Kemudian didihkan bersama air diatas api yang sederhana.

Setelah selesai campurkan sedikit air paip bagi tujuan mengurangkan suhu air rebusan tadi menjadi suam suam kuku.

CARA MANDI HERBA
Gunakan air rebusan tadi, mulakan jirus dari kaki kanan hingga kebahu kanan diulang kesebelah kiri, selepas itu barulah mandi seperti biasa menggunakan air rebusan yang sama pada keseluruhan badan tanpa bilas untuk kekalkan kesegaran khasiat dedaun tersebut.

JENIS MANDIAN
• Mandi air rebusan daun bagus untuk membantu bersihkan bahagian sulit wanita supaya luka segera sembuh.

• Gunakan serai wangi, daun pandan dan halia dalam air mandian rempah untuk membantu buang angin serta wangikan keseluruhan badan. Juga bagus membantu bersihkan keseluruhan badan terutama selepas berpeluh saat bertarung nyawa sepanjang proses melahirkan bayi dalam bilik bersalin.

• Rebusan daun dan rempah juga membantu membersihkan darah nifas serta kuman yang melekat selepas bersalin.

• Campurkan halia ke dalam air rempah juga membantu mengeluarkan angin serta membuang toksin dalam badan.

• Mandi lulur menggunakan tepung beras boleh membantu mengeluarkan toksin, daki daki, sel sel kulit mati pada badan, menegangkan kulit kendur terutama dibahagian perut, melembut juga menyegarkan kulit untuk kesan kulit yang halus dan cerah juga menghidari angin sejuk masuk kedalam badan. Dalam masa yang membantu memecahkan lemak dalam badan. Penggunaan bahan lulur seperti beras, halba, kunyit, cekur, halia juga membantu menghilangkan bau badan.

Rawatan Mandi Herba anda boleh dilengkapkan lagi dengan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS yang dirumuskan dari Pati Halia dan Pati Limau Nipis dikhususkan untuk ibu berpantang.

Kesan selepas Mandian Herba anda akan lebih berganda dengan Bauan Aroma dari dedaun herba bergabung dengan Losyen Mustajab Hijau ini akan memberi lebih kesegaran dan ketenangan terutama ketika badan anda sedang dalam keadaan rehat.

Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis sangat baik digunakan pada waktu pagi selepas anda mandi dan pada waktu malam sebelum tidur.

Ini bermakna selepas sahaja usai dari Mandian Herba anda, sapukan Losyen Mustajab Hijau ini pada bahagian Dahi, Tengkuk, Bahu, Lengan Tangan, Belakang Badan, Perut, Pinggang, Pinggul, Paha, Betis, Tumit dan Tapak Kaki ketika rawatan Param, Tangas, Berurut, Berbengkung dan Mandi Wap malah Losyen Mustajab ini mampu mengantikan fungsi Pilis juga.

Anda yang banyak Angin dalam Badan, Losyen Mustajab Hijau ini sangat membantu untuk Buang Angin Jahat tersebut dan pastikan sapu juga pada bahagian Tapak Kaki anda sebelum Berstoking.

Masalah perubahan pada bentuk fizikal badan dikalangan ibu salepas bersalin bukannya hal yang pelik terutama pada bahagian Perut yang Buncit.

Tiada yang mustahil dengan Losyen Mustajab Hijau ini, digalakkan sapukan pada bahagian Perut anda kemudian lilit kemas dengan Bengkung untuk membantu Ratakan Perut anda.

Wah lepas ini bolehlah pasang badan, bergaya dengan tubuh badan yang Langsing dan Ramping.

Mungkin anda sudah mula nampak betapa bagusnya Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis ini yang sangat membantu memudahkan proses berpantang anda terutama untuk anda yang berpantang sendirian.

Tidak perlu berkecah didapur lagi mencomotkan dengan bancuhan rempah atau herba, hanya dengan kaedah Sapu Sapu Jer mampu membantu anda.

Walaupun tiada pembantu (confinement lady) anda masih mampu mengurus dan memulihkan diri sendiri dengan Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis.

Tiada istilah moden atau tradisional, sekurang kurang anda masih berusaha untuk berpantang selepas bersalin demi Kesihatan dan Kecantikan tubuh badan anda.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

Beli Online : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply