JOM KURUS! Raya lagi beberapa bulan je lagi!

Mesti ramai tertanya-tanya macam mana nak kurus sebelum raya. Kurus mesti mengambil masa dan harus bersedia untuk berdisiplin! Harini admin nak kongsi sikit macam mana kita boleh mulakan sesi menguruskan badan raya.  

 

 

Percaya pada diri sendiri.

Setiap diet kita harus percaya pada diri sendiri kerana kita yang tahu tentang diri kita. Setiap diet yang dilakukan harus kita percaya dan kurangkan bertanya pada kawan-kawan kita tentang rupa badan kita. Konfiden diri dapat memudahkan perjalanan kita untuk menguruskan badan.

 

 

 

Kurangkan tengok penimbang.

Mesti ramai yang selepas bersukan je mesti terus tengok penimbang berat. Bukan tidak boleh tapi memang tidak logik kalau kita mempunyai harapan yang tinggi bahawa berat akan turun selepas bersukan. Setiap berat akan mengambil masa untuk turun. Cuba lihat dalam seminggu and dua minggu sekali. Baru kita akan puas hati dengan hasil. Jika kita selalu lihat penimbang dan berat tidak turun, nanti motivasi diri akan hilang.

 

Kurangkan kuantiti makanan

Untuk bulan ni, cuma kita kurangkan kuantiti makanan supaya badan kita tidak terkejut dengan diet kita yang akan datang. Bila badan terkejut ia akan menyebabkan kita mengidam semua makanan yang menggemukkan. Pada bulan seterusnya kita cuba diet kita dengan makan makanan yang sihat.

 

 

Lakukan Senaman 2-3 kali seminggu

Lakukan senaman selama 30-60 minit  setiap minggu. Cuba untuk bersenama minimum 2 kali seminggu kerana ia dapat membantu badan kita bakar lemak dengan lebih pantas. Cuba untuk lakukan senaman di pagi hari kerana tubuh kita berfungsi 2-3 kali lebih bagus.