Jom Jaga Kebersihan Tangan

Hampir 22 juta hari persekolahan ‘hilang’ setiap tahun disebabkan pelajarnya mengalami masalah kesihatan antaranya selsema.

Berdasarkan data itu juga, dianggarkan sejumlah 52.2 juta kes selsema berlaku ke atas kanak-kanak berusia bawah 17 tahun setiap tahun di Amerika Syarikat (AS). Bagaimana di Malaysia?.

Kanak-kanak mengalami enam hingga sepuluh kali selsema dalam tempoh satu tahun. Secara purata orang dewasa yang mengalami selsema pula antara dua hingga empat kali setahun.

Sesetengah virus dan bakteria boleh hidup dalam tempoh 20 minit sehingga dua am. Tempoh itu juga ada kalanya lebih di a tas permukaan meja di tempat tumpuan seperti di meja kafeteria.

Bakteria sama juga boleh membiak di meja tempat anda bertugas dan pada tombol pintu.

Laporan Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) AS bahawa usaha untuk mengatasi penyebaran kuman di sekolah penting bagi memastikan kanak-kanak bebas ada ancaman bakteria sepanjang proses pembelajaran di sekolah.

Cuci tangan selepas menggunakan tandas bagi mengelak jangkitan. Kajian mengaitkan tabiat mencuci tangan dan serangan penyakit yang menjadi punca mengganggu proses pembelajaran pelajar, kajian membabitkan

Penyelidikan dijalankan di Delaware, Ohio, Tennessee dan California dengan menetapkan sekolah di setiap daerah dibekalkan dengan produk mencuci tangan untuk pelajar dan kakitangan sekolah.

Antara tempat tumpuan bakteria untuk diberikan perhatian:

– Tombol pintu

– Pam tandas

– Pintu tandas

– Pemetik suis

– Butang lif

Menurut kajian di sekolah Bogota, di Colombia sekitar Mac tahun 2006 hingga April 2007 pula membabitkan respoden berusia 13 tahun mendapati individu yang mencuci tangan mereka dengan sempurna menggunakan sabun pencuci didapati kurang mengalami gangguan perut.

Remaja yang mencuci tangan secara kerap {empat kali sehari } kurang sehingga 24 peratus mengalami demam akibat penyakit saluran pernafasan dan 51 peratus demam kerana penyakit usus.

Langkah mencuci tangan

cuci tangan
– Kuku adalah tempat yang paling banyak berkumpulnya bakteria. Jadi, potong kuku mengikut jadual elak pengumpulan kuman di bahagian hujung kuku bagi mengelak jangkitan penyakit.

– Setiap kali memegang objek, tangan kita berisiko dihinggapi kuman. Basuh tangan setiap kali memegang sesuatu objek.

– Bakteria E.Coli adalah antara yang paling banyak menyerang manusia. Bakteria ini mudah membiak pada permukaan tangan.

– Elak menggosok mata, dengan tangan kerana jari jemari anda dipenuhi bakteria. Tanpa disedari kuman memasuki mata ketika menggosoknya.

– Membasuh tangan anda mengikut prosedur Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada kekerapan sekurang-kurangnya lima kali sehari.

 

Kelebihan sabun dan cecair pembersih

– Cecair antibakteria lebih berkesan membunuh kuman secara menyeluruh

– Sabun biasa sesuai untuk tujuan pembersihan bukan untuk membunuh kuman (atas nasihat doktor)

– Digalak menggunakan pencuci cecair berbanding sabun buku.

– Pembersih cecair mempunyai pelembap bagi mengelak tangan menjadi kering

– Penggunaan sabun buku tidak digalakkan, khuatir berlaku alahan atau jangkitan pada kulit sensitif.

– Anda digalak menggunakan cecair pembunuh kuman ‘sanitizer;’ yang secara klinikal terbukti membunuh sehingga 99 peratus.

– Tisu pelembap dengan cecair pembunuh kuman adalah antara kaedah membersihkan tangan paling mudah sebelum menikmati hidangan.

Waktu perlu membasuh tangan

– Sebelum dan selepas makan

– Sebelum dan selepas menyediakan makanan atau memasak

– Selepas memegang haiwan peliharaan

– Selepas menjalankan aktiviti luar

– Selepas keluar tandas

– Sebelum menyusukan bayi anda

– Pastikan anda membasuh tangan pada air yang mengalir

– Kesan kulit kering kerana kerap membasuh tangan hanya sementara, yang lebih penting, tangan anda benar-benar bebas bakteria.

Shares

Leave a Reply