Jodoh Pasti Ada

jodoh

SETIAP kali balik kampung, ada saja saudara mara dan jiran bertanyakan soalan ‘cepu mas’… bila nak kahwin? Takkan nak membujang sampai ke tua? Elok kahwin dari hidup sendirian. Si Milah di hujung kampung dah beranak dua. Aisyah anak Pak Ali tak lama lagi makan nasi minyak. Pada hal kamu sebaya bla bla bla..!!

Ini antara soalan ‘nakal’ dan membuatkan Meera dan segelintir gadis yang sudah berusia, terasa tekanan mental amat dahsyat.

Wahai orang tua, kakak dan mak cik-mak cik. Tolonglah faham hati dan perasaan segelintir perempuan yang bercita-cita hendak berumahntangga tapi belum berjodoh lagi. Mereka juga ingin merasai nikmat hidup berumah tangga dan manisnya cinta.

Meera bukan tidak menarik. Wajahnya cukup sempurna selain memiliki kerjaya yang hebat. Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja, dia tidak punyavwaktu untuk keluar ‘dating’ atau ‘blind date’ dengan teman lelaki. Seringkali diajak keluar, Meera memberi alasan sibuk sehinggakan lelaki bosan dengan sikapnya.

Baik Meera atau gadis yang senasib, kiranya jodoh belum menjelma apalah daya mereka. Berusaha mengenali lelaki dan dalam masa sama terus meminta dan berdoa kepada Allah.

Antara sebab lambat berkahwin sehingga umur menjangkau lewat 20an, 30an dan 40 baru tersedar. Namun beberapa faktor lain yang menjadi penyebab mungkin disebabkan :-

– Terlalu kuat bekerja
– Kesibukan
– Jadual yang padat

Saranan atau tips yang berguna buat anda :-
– Perbaiki diri misalnya jika inginkan lelaki soleh kita harus menjadi solehah juga. Sepertimana firman Allah; wanita yang keji untuk lelaki yang keji, manakala wanita yang baik untuk lelaki yang baik.

– Tidak putus asa dalam berdoa kerana doa untuk mendapatkan jodoh yang baik terdapat dalam surah al-Furqon ayat 74; “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami daripada keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertaqwa.”Untuk lebih makbul, perhatikan adab berdoa agar doa anda dimakbulkan.

– Perbanyakkan ibadah sunnah iaitu bukan hanya melakukan yang wajib bahkan, harus menambahkan ibadah sunat. Lakukan ibadah sunat secara rutin seperti solat tahajjud, dhuha, membaca al-Quran dan lain-lain.

– Jangan terlalu berharap jodoh yang cantik dan tampan semata-mata sebaliknya, carilah yang mementingkan agama dan akhlak yang sempurna.

– Minta bantuan orang lain yang mempunyai reputasi yang baik dengan meminta tolong kepada guru mengaji, murobbi, orang tua atau wali, saudara-mara dan lain-lain.

– Menyatakan secara langsung kepada lelaki yang baik agamanya untuk berkahwin kerana tidak salah dari segi agama tapi bersulamkan adabnya.

Proses menyeru jodoh :-
– Banyakkan berdoa
– Selepas berdoa perhatikan tanda-tanda Allah atau kesan selepas berdoa pasti ada tanda diberikan.
– Sedekah untuk tingkatkan keberkatan daripada Allah
– Lalui mengikut urutan atau ‘go with the flow’

Jika sudah berusaha dan gagal juga, itu bermakna Allah ada perencanaan lain untuk anda. Yang pasti, rencana Allah lebih baik daripada apa yang kita bayangkan. In sha Allah..

Shares

Leave a Reply