Jenis-jenis Sakit Perut

sakit perut

sakit perut
sakit perut

Siapa antara anda yang tidak pernah mengalami Sakit Perut? Rata rata pernah atau sering mengalaminya.

Sakit Perut boleh berpunca dari pelbagai sebab antaranya sistem pencernaan terganggu atau dari organ organ lain sekitar perut.

Jangkitan atau kerosakan pada organ ini boleh jadi penyebab pada Sakit Perut.

Jangan beranggap bahawa Sakit Perut tidak serius.

Bila sakit menyerang, berguling guling menahan sakit, berpeluh, rasa senak dan tidak selesa silih berganti sehingga tidak senang duduk.

Sebaiknya beri perhatian pada Kesakitan Perut anda, dari bahagian mana datangnya sakit tersebut, bimbang jika ada gejala lain yang lebih serius.

Untuk lebih jelas lagi, mari kita lihat jenis jenis Sakit Perut yang biasa di alami dan cara untuk atasinya.

KEMBUNG
Berpunca apabila badan mengandungi angin berlebihan sehingga rasa kembung, senak, kerap sendawa dan terkentut.

Masalah biasa yang boleh di alami oleh semua peringkat umur.

Apa yang sepatutnya anda amal dan elakkan;
• Banyakkan minum air kosong agar sentiasa terhidrasi
• Kurangkan minuman manis, elakkan minuman bergas dan makanan tinggi lemak
• Elakkan pengambilan sayuran yang boleh menambahkan angin dalam tubuh badan anda antaranya brokoli dan kobis
• Tidak gelojoh ketika makan, makan perlahan lahan untuk elakkan angin masuk dalam badan
• Kurangkan minum susu atau produk tenusu jika badan anda intoleransi laktosa

PEDIH ULU HATI
Sakit yang ada kaitan dengan masalah pencernaan.

Perut biasanya dalam keadaan terlalu penuh atau senak selepas makan boleh menjadi penyebab anda terasa pedih pada ulu hati.

Apa yang sepatutnya anda amal dan elakkan;
• Kurangkan pengambilan makanan pedas, makanan berlemak, makanan berminyak dan kafein
• Makan dalam kuantiti yang sedikit atau kecil
• Tidak gelojoh ketika makan, makan dengan perlahan lahan
• Elakkan makan sebelum tidur
• Banyakkan bersenam
• Jika berat badan anda berlebih, cuba kurangkan
• Elakkan pengambilan aspirin setiap kali terasa panas di bahagian tulang dada atau terasa pedih ulu hati
• Banyakkan pengambilan herba antaranya chamomile dan minyak peppermint

SENGGUGUT
Senggugut atau ‘menstrual cramp’ biasa di alami oleh golongan wanita sekurang kurangnya seminggu atau di hari hari awal haid mereka.

Apa yang sepatutnya anda amal dan elakkan;
• Banyakkan senaman terutama sebelum hari haid
• Elakkan diri anda dari ‘stress’
• Pengambilan ‘supplement’ yang kaya dengan vitamin E, B1, B6, asid omega 3, magnesium juga herba amat digalakkan untuk atasi masalah senggugut anda

SEMBELIT
Masalah pembuangan air besar antara penyebab anda sakit perut.

Bukan sahaja di kalangan anak anak kecil malah golongan dewasa juga orang tua turut mengalami masalah ini.

Apa yang sepatutnya anda amal dan elakkan;
• Banyakkan pengambilan fiber dalam diet seharian anda
• Banyakkan minum air agar sentiasa terhidrasi
• Lakukan senaman
• Pengambilan ‘supplement’ herba amat digalakkan untuk kurangkan sembelit

GASTROENTERITIS ATAU ‘STOMACH FLU’
Apabila anda di serang ‘stomach flu’ ini, sakit perut anda di susuli dengan rasa mual, mahu muntah, cirit birit dan demam.

Apa yang sepatutnya anda amal dan elakkan;
• Sebaiknya jumpa doktor, mungkin anda perlukan antibiotik
• Banyakkan minum air terutamanya air pembekal tenaga usakitntuk untuk elak dari dehidrasi
• Makan makanan yang jenis mudah dihadam antaranya nasi, buah pisang, biskut atau roti bakar
• Elak dari makan makanan yang pedas, berlemak, produk tenusu dan kafein
• Pastikan anda rehat secukupnya dan kerap bersihkan tangan sebelum menyentuh sebarang barangan di dalam rumah atau di sekeliling anda untuk elak dari berjangkit

Jika masalah Sakit Perut anda tidak di kategori sakit yang serius, lebih kepada masalah angin pada perut atau keseluruhan badan, anda masih punya kaedah tanpa perlu melabur ribuan ringgit atau melalui kaedah canggih, hanya dengan LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA kesakitan Perut anda mampu di legakan.

Ramuan Pati Halia Tulin pada Losyen Mustajab Kuning ini apabila di sapu pada Perut akan buang Angin Jahat dari dalam Perut malah penggunaan yang konsisten juga mampu membantu mencegah dari Angin masuk ke dalam badan.

Badan akan terasa lebih ringan, lebih mudah sendawa dan kentut.

Sakit Senggugut di kalangan wanita juga boleh di atasi dengan sapuan Losyen Mustajab Kuning ini.

Digalakkan sapu pada bahagian Ari ari, Perut dan Pinggang sekurang kurang 5 hari sebelum hari haid pertama sehingga hari terakhir.

Bagusnya Losyen Mustajab ini, sapuan pada lapisan kulit sekaligus membantu pada proses Pembakaran Lemak jika di sapu pada bahagian Lengan, Perut, Pinggang, Pinggul, Peha dan Betis.

Losyen Mustajab yang sangat di gemari golongan tua apabila ianya turut membantu ringankan Sakit Otot, Sendi, Lutut, Lenguh lenguh badan dan Gout.

Pendek kata, sesuai untuk kegunaan semua golongan dari kanak kanak, remaja, dewasa sehingga golongan tua.

Bebaskan diri anda dari belenggu kesakitan dengan pengambilan makanan yang sihat, bersenam serta mengamalkan produk bagus Losyen Mustajab Pati Halia.

Lalui aktiviti harian anda dengan lebih sihat dan ceria.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Fungsi Dan Kegunaan Losyen
Antara kegunaan Losyen Mustajab Pati Halia adalah mengurangkan perut buncit dan membuang angin dalam badan. Sapuan yang kerap di kawasan bermasalah seperti selepas mandi dan sebelum tidur dapat mengurangkan masalah tersebut, selain membantu mengurangkan selulit. Salah satu punca perut buncit adalah disebabkan oleh angin, dan Losyen Mustajab Pati Halia dapat membantu masalah tersebut. Gunakan secara konsisten dan dibantu dengan senaman ringan serta pemakaian bengkung, anda pasti mendapat kesan yang optimum.

Selain itu, Losyen Mustajab Pati Halia juga digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot, lenguh-lenguh pinggang, kesakitan akibat gout serta lemah-lemah badan. Urut perlahan-lahan di tempat yang sakit dan dapatkan rehat secukupnya.

Membantu Masalah Wanita
Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh kalangan wanita juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Losyen Mustajab Pati Halia. Rasa hangat dapat memberikan kelegaan pada tempat sakit dan perlahan-lahan sakit tersebut akan berkurangan.

Losyen Mustajab Pati Halia keluaran Dunia Herbs terbukti mempunyai banyak kelebihan serta kegunaannya. Ianya mudah dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat (Tidak sesuai untuk bayi).

Harga : SM RM23.00 / SS RM26.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply