Hilangkan ‘Strecth Mark’ Pada Kulit

Strecth Mark
Strecth Mark

“Saya ibu kepada baby yang baru sahaja berusia tiga bulan, baby sulung. Tidak sekadar perubahan pada fizikal bentuk badan, Parut ‘Stretch Mark’ di perut ni pun masih tak hilang hilang lagi, rimaslah saya”.

Keluhan yang sering kedengaran oleh si ibu yang baru melepasi fasa melahirkan. Ramai wanita yang di belenggu dalam masalah yang sama pada saat kehamilan walaupun sudah punya anak berderet. Itu petanda normal pada ibu selepas bersalin cuma terasa malu bila berdepan dengan encik suami walaupun Parut ‘Stretch Mark’ ini terlindung dari pandangan luar.

DEFINISI ‘STRETCH MARK’
‘Stretch Mark’ atau istilah bahasa Melayunya Rekahan Kulit merupakan tanda khusus yang muncul berupa garis paralel pada kulit atas sebab perubahan hormon atau proses regangan yang berlebihan pada kulit. Awalnya berwarna merah keunguan kemudian ketahap semakin berkilat dan berwarna putih seperti mutiara atau berwarna daging. Biasanya Parut ‘Stretch Mark’ ini di sukai timbul di perut, atas peha, payudara dan pinggul.

Tiada apa yang perlu si ibu murungkan kerana Parut ‘Stretch Mark’ ini bukan sejenis penyakit cuma perlukan masa untuk memudarkan parut regangan ini agar ianya tidak terus kekal pada kulit anda.

Mari kita mulakan dengan petua orang lama :-

– Bancuh air limau nipis bersama sedikit kapur sirih. Sapu bancuhan ini pada perut bersama pemakaian bengkung atau korset. Jadikan amalan setiap hari terutama selesai anda mandi.

– Ramas air asam bersama kapur atau ragi bersama air. Ketika anda mahu tidur, sapukan dulu pada perut.

– Santan kelapa yg di masak sehingga pecah minyak juga boleh di amalkan sapu pada perut sejak awal kehamilan lagi.

– Campurkan satu sudu besar kapur sirih bersama dua puluh titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Campuran ini di sapu pada perut setiap kali selepas anda mandi sepanjang tempoh anda berpantang.

Pada anda yang kurang kerajinan dan lebih memilih kaedah yang tidak meremehkan, masih ada kaedah lain selain dari petua orang lama. Mari kita semak.

MINYAK ZAITUN
Pilihlah Minyak Zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat Vitamin A, D dan E. Lumurkan sedikit pada tapak tangan dan mula urut pada bahagian yang terlihat Parut ‘Stretch Mark’. Jadikan amalan harian sebelum anda tidur agar khasiatnya dapat diserap pada waktu malam.

MINYAK KELAPA DARA
Tidak terhad pada minyak zaitun sahaja, Minyak Kepala Dara atau Minyak Vitamin E juga galakkan sapu pada kulit yang meregang jika ianya bersesuaian dengan anda.

PUTIH TELUR
Putih Telur yang kita tahu kaya dengan protein yang mampu bantu rawat komposisi kulit, meremajakan kulit serta mencerahkan kesan Parut yang timbul pada kulit. Sapu putih telur ini pada Parut ‘Stretch Mark’ dan biarkan kering kemudian teruskan sapuan untuk beberapa lapisan sehingga habis sebelum membilasnya.

MADU
Madu mengandungi pelbagai ciri antiseptik yang dapat membantu memulihkan kulit daripada Parut ‘Stretch Mark’. Tidak hairanlah kenapa ia banyak di gunakan dalam masker dan produk produk kosmetik. Sapu madu asli ini terus pada Parut ‘Stretch Mark’dan biarkan kering seketika kemudian bilas bersama air suam. Ulangi langkah ini setiap hari.

ALOE VERA
Aloe Vera amat di syorkan dalam merawat dan memulihkan kulit terutama bila kulit luka dan kegatalan. Begitu juga dengan masalah Parut ‘Stretch Mark’, sapukan aloe vera dan biarkan selama dua puluh minit sebelum dibilas. Sebaiknya pilih gel aloe vera asli daripada daun lidah buaya kerana ianya lebih semulajadi tanpa bahan kimia.

LEMON DAN TIMUN
Lemon yang kita tahu sangat kaya dengan Vitamin C dan tidak dapat di nafikan sangat berkhasiat dalam memulihkan kulit manakala Timun pula berkhasiat sebagai pelembab yang baik untuk kulit. Anda boleh sediakan pes daripada kisaran lemon dan timun. Sapu pada Parut ‘Stretch Mark’ dan biarkan hingga kering dan meresap pada kulit kemudian bilas. Jika kulit anda kekeringan, tidak di galakkan penggunaan lemon ini sekiranya ia penyebab iritasi atau mulakan sapuan dengan kuantiti yang sedikit terlebih dahulu mengikut kesesuaian kulit anda.

KENTANG
Kandungan mineral dalam Kentang boleh menjadi antibiotik semulajadi pada proses memulihkan kulit. Antioksidan semulajadi juga memainkan peranan penting supaya Parut ‘Stretch Mark’ pudar.

Potong sebiji kentang kepada dua bahagian. Sapukan bahagian isi kentang pada Parut ‘Stretch Mark’. Biarkan seketika sehingga air kentang meresap sepenuhnya pada kulit sebelum di bilas dengan air suam. Amalkan sekurang kurangnya dua kali sehari untuk kesan yang memberangsangkan.

GULA
Jangan tidak percaya yang Gula juga berperanan menghilangkan Parut ‘Stretch Mark’. Fungsi gula ini membantu buang segala kulit kulit mati. Jenis gula yang boleh di guna pakai adalah gula putih, gula merah atau gula organik. Caranya, buat ‘scrub’ sendiri dengan campuran gula bersama sedikit minyak zaitun sehingga menjadi pes yang kental dan bertekstur. Boleh juga gantikan minyak zaitun dengan garam atau serbuk kopi.

KERAP BERSENAM
Aktiviti bersenam boleh menyihat dan mencantikkan kulit kusam anda. Dengan bersenam peredaran darah akan bertambah lancar dan merangsang pertumbuhan sel kulit yang baik.

Ada lagi kaedah yang anda patut cuba dan ianya tidak perlu di sangkal lagi impak positifnya. Gabungan rumusan Pati Halia Tulin bersama Pati Limau Nipis maka tampilnya LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA DAN LIMAU, losyen yang akan bekerja keras di saat proses baik pulih kulit tanpa Parut ‘Stretch Mark’.

Amalkan penyapuan Losyen Mustajab pada lapisan PERUT, PEHA dan PINGGUL yang terlihat Parut ‘STRETCH MARK’ ini secara konsisten selepas waktu mandi anda dan pada waktu malam sebelum anda lena.

Losyen Mustajab Hijau ini tanpa kesan berminyak dan mudah menyerap sesuai sangat pada mereka yang tidak selesa dengan bahan berminyak.

Teknik picit dan sapu yang lebih ringkas, moden dan efektif. Yang paling anda tidak terduga, sapuan Losyen Mustajab ini tidak tertumpu pada Parut ‘Stretch Mark’ sahaja malah lemak lemak yang sudah sedia ada pada PERUT, PEHA dan PINGGUL anda secara tidak langsung terhakis sama. Inilah rezeki namanya, anda berpontesi untuk kembali langsing.

Kini anda sudah punya pelbagai kaedah untuk menutup segala kerisauan anda pada masalah Parut ‘Stretch Mark’ ini. Kebiasaannya Parut ‘Stretch Mark’ ini perlukan masa untuk di rawat, tidak semudah mencuci kesan ‘make up’ pada wajah anda.

Sebaliknya perlu rawatan di iringi usaha kental anda yang pastinya inginkan kesempurnaan dari potongan badan yang ideal, kesihatan dan kemulusan kulit tubuh anda.

SAPU-SAPU JER…MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply