Hidangan Terbaik Untuk Ibu Berpantang

Di zaman yang serba sebi moden ini, masih ramai wanita yang masih percaya pada proses berpantang yang di anggap sangat penting dalam merehat, merawat dan memulih tubuh badan selepas melalui saat hamil dan melahirkan.

Mereka akan bersungguh sungguh mematuhi segala amalan semasa berpantang sepertimana yang telah di amalkan sejak dari turun temurun lagi semata mata untuk kembali pada potongan badan yang asal sekaligus terus kekal sihat.

Pantang larang sepanjang tempoh berpantang tidak hanya pada perbuatan sahaja tetapi soal pemakanan yang sihat juga amat berkait rapat dengan proses pemulihan kesihatan wanita bersalin.

Orang tua kita dahulu sangat percaya jika anda tidak pantang makan atau patuh pada pantang larang, di khuatiri akan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan anda.

Percaya atau tidak bergantung kepada individu itu sendiri namun anda perlu bijak dalam memilih makanan yang seimbang dan sihat bagi melancarkan proses pemulihan dan jaminan pada berat badan yang ideal dan sihat.

Mari kita lihat senarai makanan yang patut di amalkan sepanjang tempoh anda berpantang.

BERAS PERANG
Ramai wanita selepas bersalin tidak lari dari perasaan berkobar kobar untuk kembali kurus seperti bentuk badan yang asal.

Namun anda tidak perlu terburu buru, keadaan tubuh anda yang masih dalam proses pemulihan di tambah dengan proses penyusuan bayi, sudah tentunya anda lebih memerlukan nutrisi yang berkualiti melalui pemakanan anda.

Mencadangkan beras biasa kepada beras perang antara cara di anggap bagus untuk diet anda serta mendapatkan kalori yang baik.

Sumber bijirin serat tinggi ini juga bagus untuk proses penghadaman dan mencegah dari masalah sembelit yang biasa di alami selepas bersalin.

IKAN
Protein dalan hidangan seharian amat penting bagi membekalkan tenaga sepanjang hari.

Wanita berpantang lebih memerlukan kerana bukan sesuatu yang mudah dalam penjagaan bayi sambil menguruskan diri terutama pada anda yang berpantang sendiri.

Pengambilan ikan seperti salmon, tenggiri dan tuna bukan sahaja berkhasiat tetapi turut terbukti mampu mencegah dari risiko kemurungan selepas bersalin.

SAYURAN
Sayuran hijau lebih di galakkan seperti sawi hijau, bayam, kucai serta ulam ulaman pegaga, daun cekur dan ulam raja patut tersenarai dalam menu harian wanita berpantang.

Sayuran mengandungi antioksidan yang tinggi, vitamin serta mineral malah sumber kalsium yang penting untuk tubuh anda dan rendah kalori.

BUAH BUAHAN
Ada antaranya beranggapan buah buahan tidak sesuai kerana sifatnya yang sejuk namun buah buahan mengandungi serat dan sumber vitamin yang tinggi seperti buah anggur, betik, oren dan pisang yang mana khasiatnya di perlukan oleh wanita berpantang.

Di syorkan sekurang kurangnya 2 hidangan buah buahan setiap hari.

BUAH BUAHAN KERING
Umum sudah ketahui yang kurma antara buah buahan kering yang kaya khasiat dan sangat baik untuk wanita selepas bersalin.

Selain berfungsi sebagai pemberi tenaga, kurma juga membantu merangsang pada penghasilan susu badan ibu. Kismis, aprikot kering atau buah tin juga tidak kurang khasiatnya, bolehlah cuba.

Anda boleh tambah kedua dua kekacang dan buah buahan kering ini pada bijirin atau oat untuk tambah keenakkan sewaktu sarapan pagi anda.

ROTI BERSERAT TINGGI
Anda boleh amalkan pengambilan roti berserat tinggi saat sarapan pagi selain dari nasi yang sudah tentu menjadi hidangan utama makanan berpantang anda.

Roti berserat tinggi mengandungi asid folik yang penting untuk kesihatan tubuh anda dan bayi di bandingkan dengan roti putih atau biskut kering.

SNEK SIHAT
Tidak ada masalah jika wanita berpantang teringin akan ‘snek’ cuma haruslah pilih daripada sumber yang sihat seperti kacang badam, walnut, kuaci atau pistachio.

Semua jenis kekacang sihat mampu membantu stabilkan paras glukos dalam darah, seimbangkan tindakbalas elektrolit dalam tubuh sekaligus tingkatkan kadar metabolisme serta fungsi tubuh dan otak.

MINUM AIR KOSONG
Penting! Jangan lupa pada kepentingan air kosong secukupnya untuk tubuh anda.

Walaupun ada mak mak yang tidak mengalakkan tetapi anda perlu minum air secukupnya kerana dehidrasi antara punca utama kehilangan tenaga terutama pada anda yang menyusukan bayi lebih memerlukan lebih banyak air untuk merangsang penghasilan susu badan secara produktif.

Pengambilan air yang kurang boleh mengganggu pelbagai fungsi fisiologi tubuh anda.

Kebanyakkan anda memilih untuk berpantang bukan hanya dengan niat mahu badan yang sihat semata mata tetapi anda lebih mengindam potongan badan kembali pada asal.

Tidak ada yang mustahil jika anda sertakan dengan usaha bersama produk terbaik masa kini LOSYEN MUSTAJAB PATI HALIA LIMAU NIPIS yang lebih cenderung untuk wanita selepas bersalin.

Demi memahami kekalutan sang ibu, mana mahu fokus pada diri sendiri juga bayi, Losyen Mustajab Hijau ini tampil meringkaskan tugasan berpantang.

Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis mampu mengantikan fungsi Param dan Pilis, sapu nipis sahaja pada bahagian Dahi, tidak perlu lagi bancuhan herba yang mencomotkan.

Sepanjang berpantang akan timbullah pelbagai jenis minyak angin atau minyak urut sampai keliru mana yang lebih sesuai, nah tidak perlu banyak pilihan, Losyen Mustajab Hijau boleh dicadangkan pada bidan atau tukang urut saat anda berurut di sapu pada keseluruhan badan sekaligus proses Pembakaran Lemak akan terjadi.

Untuk lebih efektif lagi, anda boleh lilit bengkung selepas di sapu pada bahagian Perut sehingga ke Pinggul.

Angin Jahat juga mampu di halang dari singgah dalam badan anda bila terbau Losyen Mustajab Hijau ini.

Khasiat tambahan Pati Limau Nipis yang mana sangat membantu merawat Parut Rekahan pada Perut dan Pinggul.

Di zaman serba serbi di hujung jari ini, anda tidak harus merumitkan keadaan, beralihlah pada kaedah yang lebih moden tetapi amat membantu.

Pendek kata untuk jalani tempoh berpantang dengan lebih tenang dan berhasil kembali Langsing dan Ramping, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis ini jawapannya.

SAPU-SAPU JER, MUSTAJAB!

Kegunaan Wanita Selepas Bersalin
Sangat sinonim untuk kegunaan wanita selepas bersalin, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis yang menggunakan ramuan utama pati limau nipis dan pati halia mempunyai pelbagai kegunaan hanya di dalam satu produk sahaja.

Limau nipis biasa digunakan oleh wanita-wanita selepas bersalin semasa dalam pantang sebagai salah satu bahan untuk mengempiskan perut dan menyegarkan badan yang lesu serta keletihan selepas melahirkan. Kebiasaan digunakan semasa memakai bengkung atau dicampurkan di dalam air mandian ketika berpantang.

Berpantang Secara Moden
Sesuai dengan arus kemodenan dan masih mengamalkan petua-petua tradisional, Losyen Mustajab Pati Halia Limau Nipis memudahkan ibu-ibu untuk mengempiskan perut dengan hanya sapuan losyen di perut ditambah dengan sedikit urutan dan memakai bengkung untuk mendapatkan kesan yang paling optimum. Ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan ibu-ibu untuk mengurus diri sewaktu berpantang terutama ibu-ibu yang berpantang sendiri. Ianya tidak berminyak dan mudah menyerap, itulah antara kelebihan losyen ini.

Harga : SM RM25.00 / SS RM28.00
Kandungan : 130ml

Info Lanjut : Klik Disini

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Talian Khidmat Pelanggan : 017-3798861

Whatsapp : Klik Terus Disini

Shares

Leave a Reply