Elak jadi mangsa ragut!

ragut

 

Jenayah ragut yang semakin berleluasa mencetuskan kebimbangan orang ramai.

Kejadian jenayah yang mampu meragut nyawa ini berlaku tidak kira tempat di bandar atau kampung dan ia sukar ditangani jika kita hanya mengharapkan kepada pihak berkuasa yang mempunyai bebanan tugas banyak untuk mengatasinya.

Tidak ada cara untuk kita mengetahui atau meramal bila kejadian itu bakal berlaku dan siapa pula yang menjadi mangsa.

Justeru, penting bagi anggota masyarakat untuk sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dan berwaspada apabila berada di bandar, perhentian bas, pasar malam, sedang menaiki motosikal atau berjalan kaki.

Adalah tindakan bijak untuk menghalang jenayah ragut sebelum ia benar-benar berlaku ke atas kita.

Antara panduan yang boleh dipertimbangkan ialah mengelakkan daripada berjalan sendirian di kawasan sunyi. Jika terpaksa dan rasa ada seseorang yang mencurigai mengekori cuba menuju ke tempat yang ramai orang.

Anda juga seharusnya mengelakkan menjadi mangsa seterusnya. Jadi, memakai barang kemas berlebihan termasuk memakaikan anak-anak dengan barang kemas turut mengundang kepada jenayah ragut.

Peningkatan kes jenayah seperti ragut dikaitkan dengan gaya kehidupan moden yang banyak memberi tekanan terhadap jiwa seseorang selain kepincangan dalam masyarakat.

Panduan mengelakkan daripada diragut:
   
* Gunakan jalan yang sering dilalui orang ramai
   
* Jika terpaksa keluar di waktu malam cuba bawa teman.
   
* Elakkan daripada meletak beg duit anda di dalam bakul membeli-belah atau di atas kaunter.
   
* Silangkan beg tangan anda di bahu dan berjalan di sebelah kanan jalan yang melawan arus laluan lalu lintas.
   
* Ketika membeli-belah di tempat yang sibuk genggam beg duit dengan kuat atau sembunyi beg itu di tempat yang sukar dilihat.

* Berjalan di atas kaki lima kedai supaya dapat mengelakkan diri dari diragut oleh pembonceng motosikal.
   
* Jangan berasak-asak apabila menaiki / turun bas, kereta api, panggung wayang atau tempat sesak supaya dapat mengelak daripada kena ragut atau penyeluk saku.
   
* Bila menggunakan lif, pastikan ada orang bersama anda atau cari orang yang anda biasa. Jika ada orang mengekori anda dan anda mencurigai orang itu, keluar dari lif dengan segera.
   
* Jangan menyimpan beg duit dalam kocek seluar sebelah belakang semasa berbaris membeli tiket wayang, bola sepak, bas atau kereta api.
   
* Ketika menaiki atau turun kenderaan awam seperti bas, teksi atau kereta api jangan berasak-asak, tunggu hingga orang lain telah menaiki atau turun.
   
* Jangan biarkan orang yang tidak dikenali meletakkan tangannya di atas bahu anda terutama sekali semasa naik atau turun kenderaan awam atau semasa dalam barisan untuk sesuatu tujuan.
   
* Jangan simpan duit (wang) di satu kocek saja. Simpanlah dalam kocek yang berasingan.

Shares

Leave a Reply