Diet Mengikut Jenis Darah

SALLY mulanya tidak tahu darahnya jenis apa. Bagi mendapatkan kepastian, Sally berjumpa doktor untuk mengetahui jenis darah yang dimiliki kerana penting pengetahuan mengenainya. Akhirnya Sally menemui jawapan yang darahnya jenis ‘B’.

Ciri-ciri golongan darah B dan contoh diet dan aktiviti yang perlu dilakukan :

– Lakukan diet dengan pelbagai variasi makanan.
– Hadkan pengambilan daging.
– Minuman berasaskan susu atau bijirin untuk tingkatkan imunisasi badan.
– Olahraga sesuai seperti berenang, main tenis, jalan kaki, bermeditasi atau hobi berasaskan kreativiti.

Sebenarnya, darah terdiri daripada empat jenis iaitu A, B, AB dan O. Diet mengikut jenis darah atau ‘Blood Type Diet’ (BTD) diperkenalkan Dr. Peter D’Adamo menerusi buku ‘Eat Right For Your Type’ (1996). Hari ini, diet itu semakin popular dan menjadi ikutan ramai.

Dalam kajiannya, Adamo mendapati setiap jenis darah menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan khususnya tumbuhan kekacang.

Menurutnya, setiap individu memiliki tindak balas berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki.

Katanya lagi, pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah akan memberi kesan positif seperti emosi yang lebih stabil mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan melawan penyakit.

Selain itu, pengambilan makanan yang bersesuaian darah pula dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisme tubuh.

diet

Jenis Darah

Jenis O. Disaran mengamalkan makan daging tanpa lemak, ayam, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan tenusu serta melakukan senaman.

Jenis A. Perlu makan makanan soya, bijirin, sayur-sayuran organik dan melakukan senaman yang lebih lembut.

Jenis B. Perlu makan makanan tenusu, daging, hasil keluaran, jagung atau gandum dan melakukan senaman yang sederhana serta dinasihatkan tidak mengambil terlalu banyak kekacang.

Jenis AB. Harus makan makanan laut, tauhu, susu, ayam, daging lembu dan melakukan senaman.

Faedah Mengamalkan Pemakanan Mengikut Jenis Darah

Dr. D’Adamo menyarankan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan makan protein yang mencukupi dengan mengambil daging tanpa lemak, ayam, makanan soya, makanan laut dan susu rendah lemak. Beliau juga mengesyorkan tidak memakan lemak setiap hari dan menghadkan gula dan alkohol.

Shares
One Comment
0 Pings & Trackbacks
0 Pings & Trackbacks

Leave a Reply