Diet Dengan Cara Yang Betul

Hendak tampil kurus menawan tidak semestinya anda perlu berlapar, kerana ianya akan menyebabkan anda kehilangan zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan.

Tapi cukup dengan pengambilan diet pemakanan dengan cara yang betul sahaja.

1. Makan sebelum lapar dan lebih kerap (Small portion).

2. Setiap hidangan ada sumber protein yang baik.

3. Setiap hidangan ada segenggam sumber karbohidrat yang berserat (kalau boleh).

4. Tak perlu tahan cravings. Kalau anda rasa nak makan chocolate, kuih, atau kek, just eat it! WITH SMALL PORTION OF COURSE! Tiada larangan tertentu, tapi jangan pergi hantam sampai sebijik kek pula.

5. Tiada halangan untuk anda melakukan apa-apa jenis diet, tapi ikutlah keperluan tubuh. Jangan ikut mana-mana program diet dengan membuta sahaja. Cari info terlebih dahulu, dan buat jika anda rasa sesuai dengan tubuh.

6. Anda perlu take control terhadap diet sendiri. Tetapkan tujuan berdiet. Berdiet untuk kesihatan diri sendiri ya, bukan sebab anda nak ‘fit in’ dengan trend atau nak puaskan hati orang lain.

7. Kawal pengambilan kalori anda. Jangan terlalu berlebihan atau terlalu kurang. Sekarang banyak ‘apps’ yang anda boleh download di phone anda untuk semak jumlah kalori yang anda ambil dalam sehari.

8. Ingat!, jangan tinggal breakfast setiap hari walaupun sedikit.

9. Lakukan senaman 2-3 kali seminggu.

10. Banyakkan minum air kosong!.

Semoga ianya bermanfaat.


  • Pilihan Oki Untuk Seisi Keluarga

    slide halia

  • Pilihan Oki Ketika Berpantang

    slide limau

  • Pilihan Oki Untuk Pelangsingan Badan

    slide halia

  • Pilihan Oki Untuk Aktiviti Lasak & Bersenam

    slide limau

* Kesemua produk dari Dunia Herbs ini mudah didapati di toko² atau kedai jamu dan hypermarket di seluruh Malaysia!

Shares

Leave a Reply